Cerita Menggunung oleh HelmiEffendy ni memang aku suka baca. Kalau sesiapa yang ada sifat budak-budak degil tak takut hantu tu. Haa.. cerita ni paling best baca. Seakan aku yang berada di Menggunung tu. Tapi sekarang Menggunung dah jadi novel. Dah ada jual kat mana-mana. Harga sangat-sangat boleh beli berbanding cerita dia yang bagus dan penat lelah author tu menaip dan berfikir.
Oleh kerana pembacaan di Wattpad terhenti disebabkan Menggunung nak dijadikan novel. Aku yang pelupa ni jadi terus terlupa pasal Menggunung pasal Jirah, Emmy.. pasal Kamarul.. pasal Jiji. Busy kan.
Satu hari aku terlog in fb. Member-member penulis cerita seram update pasal novel Menggunung. Owh.. dah ade dah menggunung. Tapi tak tergerak hati lagi nak beli. Scroll la komen. Terbaca satu komen. Suspen nye bunyi.. komen oleh imasaid. Dia punya suspen tu lepas baca rasa macam dagu terjatuh atas meja. 😮.. tak ingat sangat komen tu. (Aku pelupa tegar kan). Yang mampu aku ingat cuma "helmy dah takde". Aku terus dm ima ni hendak la tahu apa maksud "dah takde" tu. Haha sori ima. Agak kepoh aku ni. Terkejut kot. Ima lambat sikit je jawab 😞. Aku yang tak penyabar ni selongkar pulak fb helmy . Punya la banyak akaun hehe.. Wualahhh.. helmy update status bahagia beraya. 😒
Lega...
Berborak dengan kawan pasal novel Menggunung. Kawan baik hati hendak tolong transferkan kat atm mall. Hendak jadikan cerita. Resit tak keluar. Member buat percetakkan mini pun tak kuar gak. Ok..tugas aku info pengedar aku dah transfer tapi resit takda. Harap pengedar boleh semak. Dah bagi semua nama masa dan tempat. Tapi dah nama novel seram misteri kan. Cara beli pun misteri hahaha. Pengedar kata tak boleh semak sebab takda resit. Ok... Aku malas hendak panjang cerita. kawan dan aku berpakat kira sedekah je. Aku boleh beli kat MPH. Last aku jadi kawan dengan pengedar tu sebab budi baik aku kira sedekah. Silaturahim tu berkat 😊. Tapi akhirnya pengedar call aku bagitahu pihak pengedar proceed gak pembelian tu dengan syarat "lain kali mesti ade resit pembayaran" .
Baik lah tuan!! 😉Tapi kawan aku bisik gak. "Diorang dah jumpa la tu nama aku." haha
"Biar la..kan dah kira sedekah babe." hehe.
Misteri kan Menggunung ni hehe.
Ok.. nak lagi misteri.. satu petang novel dah sampai kat rumah tapi adik aku yang terima.
Whatsapp:
Ucu. "Kakk...ade novel baru dah sampai.. adik bukak eh??"Aku. "haipp!!"
Ucu. "Mesti best.. adik takde ape nak buat.. boleh la nak baca kejap." ingat tu adik aku kata baca sekejap.
Aku. "Ok.. sekejap je eh"
Ucu. "😘😘"
Aku tersenyum je. Kakak sayang adik kan. TETAPI sejak dari petang tu aku cuma dapat dengar je adik aku bercerita dan bertanya pasal Menggunung. Novelnya haram aku nak nampak. Bila aku free nak lah baca sikit.
"Dik..mana Menggunung." masa ni adik aku tengok YouTube nyanyi.
"Eh.. adik nak baca lagi." Sambil baring tengok YouTube.
"Kejap la.. akak nak tengok bab last akak baca ritu."
"Nanti dah abes baca..adik bagi kat akak eh." Aku dah faham sangat dengan sekejap dia ni. Dan adik aku takkan percaya dengan sekejap aku. haihh.
Adik aku pergi sekolah, aku cari lah novel Menggunung ni. Hareyy nak jumpa. Niat nak baca kat tempat kerja bila free.
"Dik.. akak cari Menggunung pagi tadi takde.."
"Adik bawak g sekolah. Rehat boleh baca sikit.."
"hmmm..."
"Kak.. kawan nak pinjam ummu sibyan." Tengok.. tengok lah dunia. Seorang Ucu sedang bermaharajalela memperkotak-katikkan perasaan aku.
Aku cuma mengangguk. Memerhati adik aku yang terus merasa 'menang'.
Dia taktau sebenarnya aku sedang mengalah kerana sayangkan dia. Satu-satunya adik yang aku ada.Baru aku tahu erti 'menangnya' kedegilan aku dalam family. Baru aku faham kalahnya mak dan ayah aku bukan sebab aku menang tapi sebab mereka mengalah kerana kasih dan sayang.
ai lap yu mom n dad.. *sambil menahan hati fikirkan Menggunung.
Memang misteri Menggunung ni.. Nak tengok pun payah apa lagi nak baca.
Selepas Menggunung baca pula Vampira(Najirah).
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Mystery / ThrillerCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...