Pernah tak kau rasa.......
Sampai satu tahap tu kau nak lepaskan semua. Semua yang ada di sekeliling kau. Melepaskan bukan sebab dah tak perlu. Apa lagi bukan kerana sudah tak sayang. Sayang yang amat sayang. Tapi terpaksa sebab kau dah tak mampu lagi menjaga hati. Bukan menjaga hati mereka. Tapi menjaga hati kau sendiri. Kau dah tak macam diri kau lagi. Kau dah tak tahan kerap sangat di uji. Di uji dengan perkara remeh berulang kali. Kau sekarang bukan lagi kau yang penyabar. Kau bertindak seperti mereka yang kau tolong dulu. Termenung lah kau merenung diri yang hilang jati diri. Hanya kerana rasa yang ada kat hati. Rasa apa ni.? Kau sekarang bukan lagi yang tabah.. malah airmata kau begitu murah. Tumpah pada perkara yang tak munasabah, kata seorang Tok Abah.Pernah tak kau mau bebas dari rasa diperbodohkan kerana memang kau sekarang seperti orang yang bodoh2 je. Pernah tak kau rasa..... Mau pergi dari semua ni seperti sebelum kau kenal rasa ni. Rasa yang memperbodohkan kau dengan hanya rasa rindu. Hilang sudah rasa ditipu. Kalau memang kau tak mampu. Apa lagi dia nak tunggu. Bukan itu pun kau dah tak tahu.. mana pergi aqal penilai mu. Di mana sifat nekad abadimu.
Pernah tak kau rasa.. kau mau jadi seperti pokok yang tegak tinggi berdiri yang menyendiri antara jutaan pokok lain sekeliling nya. Aku mau seperti itu. Biar lah aku dipandang sepi dari kejauhan. Tanpa ada yg peduli bila berdekatan. Aku mau seperti itu. Tenang sendiri melayan hati sendiri. Tidak peduli lagi segala yang ada sekeliling. Aku mau seperti pokok tinggi itu. Aku mau setenang itu. Tak sedikit goyah angin muslihat bertiup. Tiada bergoyang ditolak cinta. Aku mau seperti itu.
Wahai pokok yang tinggi melangit, berikan aku semangat mu walaupon sedikit. Aku perlu tabah dan kukuh seperti mu agar aku tak terus sakit.Pernah tak kau ingin jauh dari semua rasa yang mengelirukan ini. Rasa yang amat sakit bila sedikit saja teripu. Kau mau seperti botol yang hanyut dilautan lepas. Membiarkan hidup mengikut arah alunan ombak. Tak peduli apa pun yang lalu melanggar. Pedulikan lah dunia. Aku mau seperti itu. Hanya bertemankan lagu ombak. Hanya bertemankan tarian asyik ombak. Membuai aku hingga leka pada rasa. Aku mau seperti botol itu. Tenang dilautan luas terbentang. Wahai botol dilautan. Izinkan aku menjadi teman walau hanya semangat yang datang. Izinkan aku meminjam ketenangan. Aku perlu ketenangan pasrahmu agar aku tak parah ditipu. Aku malu pada pasrahmu.
Pernah tak kau ingin menjadi seperti debu. Debu yang langsung tak terpandang. Tapi debu itu tak menyakitkan. Di langgar dia berterbangan.. dipijak dia diam.. tapi dia tetap disitu. Tak menganggu selagi dia tak diganggu. Aku mau seperti itu. Alangkah tenangnya aku menunggu angin. Yang akan membawa ku terbang bersama. Tanpa meminta aku membalasnya. Aku mau seperti debu itu. Nyaman berterbangan bersama siulan angin. Membawa aku hingga jauh dari sengsara rasa. Biar lah tak terpandang tiada lah aku akan rasa kehilangan. Wahai angin bawa lah aku kemana arah mu. Aku rela bertemankan mu yang ikhlas bertamu walaupon tak selalu. Hembusan nyamanmu aku tunggu.
Pernah tak kau rasa ingin melepaskan semua....
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Mystery / ThrillerCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...