CERPEN 1 Cintakah itu?

211 23 63
                                    

Cintakah itu?

Di sebalik langsir aku lihat dia mengesat peluh depan pintu pagar rumah aku. Berkali salam dia beri. Aku malas nak jawab, bukan aku tak kasihan tapi aku serba salah. Aku taktahu macamana nak berhadapan dengan dia. Aku sedih. Malah aku sangat-sangat menyesal.

"Along.. nape tak jawab salam tu" tegur mak aku dari belakang. Terkejut jugak aku. Mengurut dada.

"Along tak kenal mak." Helah aku. Memang dia tak pernah pun jumpa dengan mak. Tapi aku kenal sangat dengan dia. Bertahun sudah kami berkawan. Dia lah yang sentiasa ada dengan aku. Kat whatsapp.. kat WeChat.. kat Wattpad. Malah masa aku berada kat luar. Dia memang selalu ada. Dia dah macam bayang-bayang aku. Jelas sangat dia ambil berat pasal aku. Tapi aku....

"Masuk lah.." pelawa mak aku. Mereka berjalan masuk beriringan. Berbual mesra macam dah kenal lama. Hmm.. aku cuma mampu lepaskan keluhan saja. Lemah lutut aku nak berhadapan dengan dia. Dia yang sudah lama aku puja. Dia yang sudah lama aku intai dalam diam. Berbulan aku stalk semua website yang dia ada. Semua yang dia tulis aku baca. Baca dengan rasa bahagia. Tapi untuk apa. Kan dia sentiasa ada hadapan aku. Lagi selalu ada sebelah aku menahan bahunya bila aku perlu. Menghulur tangannya bila aku tersungkur kerana silap aku sendiri. Ini lah yang selalu menganggu fikiran aku. Selalunya aku abaikan macamtu je. Aku memang muda lagi untuk memahami perasaan orang keliling. Aku mentah menilai kebaikkan orang. Tapi ini dia......... Aku buta sebenarnya.

"Duduk la.." persila mak aku. Dia akur saja tanpa bicara. Tapi mata redup dia seakan tersenyum memandang aku yang terpaku kat tingkap. Aku seperti malu padanya. Sebenarnya aku malu pada diri aku sendiri. Tersipu-sipu aku ditenung begitu. Kenapa aku nak malu sedangkan dulu kami memang terlalu kerap bersama. Ketawa, bergurau senda. Tapi mengapa dulu aku tak perasan dia mempunyai mata seredup itu. Seredup perihatin dia pada aku. Sungguh aku sangat sedih dan malu. Aku ego......

"Along... Sini jumpa kawan." Lambai mak aku.

"Hai... Sori la.. silau kat luar tu. tak perasan pun tadi tu awak." Helah aku.

"Takpa... " Jawab dia ringkas tapi tetap tersenyum lembut pada aku. Terpaku aku dengan senyuman dia itu. Aku hampir nak menangis. Tapi aku tahan sesungguh hati. Senyuman dia tetap tak berubah, selalu lembut macamtu bila bersama aku. Bila aku merajuk, aku marah-marah kerana buah hati aku. Marah kerana masalah aku sendiri selalunya dia lah tempat aku lampiaskan semua marah. Bukan kah dia yang selalu ada dengan aku. Setia dengan aku. Sebab itu dia jadi tong sampah marah aku. Tapi dia tetap tersenyum dengan lembut walaupun ada riak sedih pada wajahnya ketika itu. Aku... Kejam.

"Kejap eh.. saya nak kedapur.. bual dengan mak dulu." Aku mintak izin dengan mak nak kedapur. Aku perlu sediakan air untuk dia. Tapi sebenarnya aku tak tertahan nak menangis. Lama aku tahan kesedihan ini. Berbulan sudah aku hindari dia. Semua kerana silap aku. Aku dah terlambat. Aku sangat terlewat apabila aku sedar siapa sebenar yang aku rindu. Siapa yang aku suka. Dari dapur aku dengar suara lemak merdu dia ketawa berselang seli suara mak. Dia memang sopan dan peramah. Aku tersedu-sedu....

"Minum la... " Pelawa aku. Dia terus minum tak banyak bicara.

"Hmm.. lega.. manis makcik air ni macam anak makcik jugak." Gurau dia. Mak aku dah ketawa. Nampak mereka dah begitu mesra.

"Nanti kalau perut tak selesa, cepat2 g klinik eh." Pesan mak aku kat dia sambil tersenyum melirik pada aku. Aku rasa aku dah kena bahan. Takpa lah, asalkan dia gembira bila bersama mak aku. Aku rela jadi badut sekarang untuk tebus sesal aku. Aku mengeluh.....

"Mak......."

"Jarang sekali ika kedapur... kami je ragu2 nak minum air dia buat." Usik mak aku lagi. Dia dah tergelak besar. Merah muka dia. Terpejam mata dia bila ketawa begitu. Raut wajah yang aku sangat rindu. Amat rindu dalam beberapa bulan ini bila dia aku tinggalkan. Dulu pernah dia aku marah bila ketawa begitu menonton youtube. Bising saja...aku sedang call buah hati aku. Serta merta dia tutup mulut dia, tersenguk-senguk menahan ketawa. Aku hanya menjeling dia. Masa itu dia penganggu pada aku. Macam nyamuk. hmmm.. aku tersenyum lesu....

"Bual la dengan ika... Makcik nak kedapur" mak aku berlalu. Dia tenung aku. Aku tahu dia rindu. Sedangkan aku yang begini saja rindu sampai rasa nak mati. Apa tah lagi dia yang selalu kata rindu kat aku dulu. Kalau lah aku faham masa itu apa erti rindu. Aku akan balas rindu dia seperti lautan tak bertepi. Tapi aku masa itu...... Mengejar nafsu.

"Awak sihat ika... nampak macam makin slim.. diet ke.. dia masih nak awak kurus mcm tiang letrik lagi ke.?"

"Alhamdulillah sihat je.. macam biasa." Jawab aku sambil mengeleng kepala. Jawab sekali pertanyaan dia. Dulu dia pernah bagitahu aku, kalau dia cuma suka aku seadanya. Aku kata dia peduli apa.?? aku........ melampau.

****
Sejak haritu hati aku menjadi tawar dengan orang yang aku anggap buah hati. Aku terkedu pada suatu hari aku nampak bayang-bayang aku dengan orang lain. Panggilan kawan-kawan, malah panggilan manja buah hati aku pun tak aku hiraukan. Tak terdengar di telinga aku seperti hembusan angin sepoi sahaja. Mata hati dan tumpuan aku hanya pada dia yang ketawa mesra dengan seorang perempuan lain. Kenapa aku rasa sesakit ini. Dia bukan siapa-siapa. Buah hati aku ada depan mata. Tapi kenapa aku tiba-tiba nak menangis. Aku rasa sangat marah. Aku.....dah kenapa??

Pernah dulu dia berkata " ika saya sayang kat awak." sambil ketawa-ketawa tapi aku menjerit gembira kerana dapat ucapan sayang dari buah hati. Aku cuma menjeling saja kat dia. "In ur dreams... Ok?? " Dia cuma diam saja. Mati serta merta ketawa dia. Aku..... Tak peduli saja.

Satu hari dia belikan aku KitKat. Aku suruh dia simpankan dalam bag galas aku. Aku sedang sibuk mesej buah hati...pujuk nak coklat. Aku... Kejam.

Tapi bila aku lihat dia dengan orang lain. Kenapa aku tak merasa suka. Kenapa aku marah kat dia. Aku menangis macam dia aku yang punya. Aku......tamak.

"Sape dia?"

"Kawan..." Jawab dia pandang jauh kehadapan.

"Awak dengan dia....?"

"Macam ika dengan buah hati..." Jawab dia perlahan. Nafas aku terhenti. Aku sayang dia, tapi kerana aku sibuk merebut hati buah hati yang tak berapa peduli dengan aku. Aku abaikan rasa aku pada dia. Sebab aku tahu... Dia akan selalu ada untuk aku.

"Sejak bila awak..." tanya aku lagi perlahan. Aku dah menangis. Aku sedih, kenapa aku ego sangat semasa dia selalu luahkan perasaan kat aku.

Sekarang dia dah selalu takda sebelah aku. Aku seperti kehilangan bayang-bayang aku sendiri. Aku termangu-mangu sendiri. Tiada lagi yang nak bising kat telinga aku. Tiada lagi yang teman aku. Baru aku sedar, dia yang selalu ada disisi aku. Bukan buah hati aku.

"Baru beberapa minggu ni.." dia tertunduk diam. Tak berkutik pun. Tak memujuk aku seperti selalu. Dia dah tak sayangkan aku lagi ke.

Tangisan aku makin kuat. Aku memang sibuk dengan buah hati aku. Buah hati yang tak sayang kat aku. Tapi sebab aku dah memang pernah tersuka sangat kat buah hati. Buah hati yang cuma untuk ada-ada saja.

Tapi selama ini aku tak pernah hampakan setiap permintaan dia bila nak berteman kemana-mana. Semua aku lakukan kerana memang aku sayang kat dia. Dia bayang-bayang aku kan. Kalau dia tahu. Mungkin dia tahu tapi dia dah mula penat menanti ego aku. Aku...... Sedih.

"Awak... Saya sebenarnya sayang kat awak.." kata aku perlahan berselikan sedu sedan.

"Saya dah dengan orang lain ika... Kalau lah awak jawab setiap kata saya dulu." dia dah terdiam. Sepi terus suasana.. Aku tahu dia takkan tinggalkan orang itu kerana aku sekarang. Keadaan dah tak sama. Aku...... dah terlambat.

Sejak hari itu. Aku tinggalkan kan semua. Aku hindari dia. Dia bayang-bayang aku sendiri. Yang ada masa dia menjelma jugak. Aku tinggalkan kan orang yang aku anggap buah hati. Biar aku sendiri. Aku berhak untuk ini. Aku yang kejam dan zalim pada dia. Aku tak mahu kejam dan zalim dengan semua orang lagi. Aku sanggup menghukum diri kerana kebodohan sendiri. Tapi hari ini. Setelah beberapa bulan, dia muncul lagi. Merenung aku dengan cara dulu lagi. Tersenyum redup menenangkan hati. Tapi semua dah tak bererti lagi. Aku tak mahu kejam lagi dengan orang yang dia sayang kini.

"Ika.... Saya sayang awak"

Tersentak aku dari lamunan yang sunyi. Terhenti sekejap jantung dan nadi. Aku....... Sepi.

muka ketat (Cerpen)Where stories live. Discover now