Sedikit ilmu dalam memancing untuk dikongsi bersama...
💖🎣💖🎣💖🎣Teknik Memancing Secara Ringkas..
1) Bottom/ Bawah
Teknik yang biasa kita gunakan untuk memancing di dasar laut..batu ladung sampai ke dasar laut/sungai. Tali perambut hendak lah lebih sedepa kalau memancing di laut.(cth Ikan - merah, jenahak dll)umpan casting
2) Casting
Teknik ini selalu di gunakan untuk memancing di tasik dan sungai untuk memburu haruan dan toman. Dan juga di gunakan memancing laut dalam. Teknik balingan umpan dan karau(tarik) perlahan2 atau laju.. biasanya gunakan umpan ikan tiruan lain seperti rapala,soft lure atau katak tiruan seperti jumpfrog untuk dalam air tawar..umpan tiruan ini akan berikan aksi seperti ikan/katak hidup bila di karau(tarik) selepas kita casting(baling). (cth ikan - GT, Haruan,talang,toman,sebarau dll)umpan popping
3) Popping
sama sepeti casting cuma popper untuk umpan permukaan laut , bila ditarik atas permukaan akan menghasilkan percikan air. Umpan tiruan selalu yang ada topi macam gambar di atas. Tetapi kalau korang guna botol kecil atau apa pun yang korang pasangkan mata kail seperti umpan tiruan tu.. jugak masih boleh mengumpan ikan sebenarnya. (cth ikan - GT,haruan,toman,sebarau dll)cara trolling
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Misteri / ThrillerCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...