Sesat.
Sesat ke aku.?? Tiba-tiba suasana jadi gelap dan lembab. Aku meraba-raba walaupun aku tak buta. Suasana serta merta menjadi malap seakan mendung. Aku tercari-cari jalan keluar sedangkan aku tak tahu pun aku kat mana sekarang. Hendak berpandukan matahari, setitik cahaya matahari pun aku tak nampak. Terpusing-pusing aku kat situ-situ jugak.. tak kemana. Akhirnya aku penat sendiri. Terduduk aku menatap langit yang langsung tak kelihatan. Cuma aku tahu kat atas itu ada langit. Arghhh..... aku rindu cahaya matahari dan terangnya langit.
Tersandar aku dipangkal sebatang pokok yang agak besar. Air mineral dalam beg galas aku ambil. Aku teguk sedikit. Aku perlu berjimat walaupun tekak aku haus sangat. Aku perlu bertenang. Aku berdoa sangat-sangat jangan lah malam dulu. Seingat aku baru tadi aku hiking dengan kawan-kawan aku. Kami sampai seawal pagi menikmati terbitnya matahari. Ye pagi.. harap aku boleh cari jalan keluar sebelum malam tiba. Aku taktau macamana aku nanti dalam hutan ini bila malam hari. Seorang diri.
Apa aku nak buat ni. Aku berfikir kalau aku jalan lagi..bimbang aku makin jauh tersesat. Aku perlu bertenang. Aku kena berfikir apa yang ada depan aku. Apa yang ada sebelah aku dan belakang aku. Arghh... Aku buntu. Rambutku aku acak-acakkan.. kepala ku tepuk-tepuk perlahan. Aku perlu lakukan sesuatu. Aku berdiri tegak. Baca Bismillah dan selawat.. nafas aku tahan. Mata aku pejamkan.. aku perlu dengar bunyi hutan.
Sepi....
Hening....
........................ sssrrrr........
Hanya kedengaran bunyi daun bergeser sesekali. Bunyi cengkerik.. krik..krikk.. krik..!! udara terasa sejuk dan sangat lembab. Aku lebih kan focus... terdengar bunyi pacat.. besar bunyinya bererti besar lah pacat tu.. nnnnggggg!!!!! ..... Pacat berbunyi lagi. Halusssss..... nngittt... nggittt... macam-macam bunyi aku dengar. Segala perhatian panca indera aku, aku tumpukan kat telinga. Aku pusing-pusingkan kepala aku
Perlahan-lahan. Mata masih lagi terpejam. Aku mencari bunyi air. Kalau ada aliran air aku akan ikut mana arah air mengalir. Harap ada kampung juga nanti. Tak pun akan jumpa orang mandi manda.. mana tau ada semua tu nanti. Tapi tiada bunyi air yang aku dengar, cuma sesekali dengar macam bunyi burung terbang.Hhhhhhmmm... Aku mengeluh. Aku dah mula menangis. Aku perlu berfikir lagi. Duduk lagi pangkal pokok. Kotak rokok aku capai. Aku keluarkan sebatang rokok. Aku patahkan dan tembakau rokok aku sapu-sapu kat kaki dan tangan aku. Sapu jugak kat belakang aku mana yang sampai tangan aku saja. Aku taknak pacat dan lintah hisap darah aku. Aku nak hidup lagi.
Aku perlu bergerak. Tak boleh tunggu kat sini saja. Hari makin beransur pergi. Aku kena berpatah balik jalan aku ikut tadi. Agak-agak jalan itu lah yang aku ikut tadi. Aku berfikir. Baca lagi Bismillah dan selawat aku berdoa sekejap pada Allah semoga aku ditemukan jalan keluar. Aku yakin kawan-kawan aku dah minta bantuan mencari aku. Setiap langkah dan apa aku lakukan aku mulakan dengan Bismillah. Harap sangat ada belas kasihan Allah pada aku yang lupa diri ini. Yang tak tahu malu sebenarnya. Dalam kesusahan Allah sentiasa aku harapkan pertolongan. Sebelum melangkah aku patahkan ranting kayu sebagai tanda. Kat situ aku patahkan banyak ranting pokok. Tanda disitu lah bermula aku sedar aku sesat. Selepas itu ranting pokok aku patahkan tiga tapi tak putus. Patah tiga luar biasa tapi kalau patah satu tu biasa. Mungkin jugak disebabkan benda lain lalu dan ranting patah. Setiap lima atau enam langkah aku patahkan ranting pokok renek. Aku perlukan tanda untuk panduan aku sendiri. Aku yakin jalan itu lah yang aku ikut. Dan mulut aku tak henti-henti baca doa Nabi Yunus. Aku benar-benar terdesak.
Lama jugak aku berjalan ni. Telefon aku keluarkan dari kocek. Dah tengahari. Line masih macam tadi zero, kosong...!! Air mata dah kering sekering tekak aku. Aku haus. Badan aku dah mula berbau. Aku ambil sedikit tanah sapu kat ketiak tengkuk dan leher aku sedikit. Aku taknak bau badan aku menarik perhatian benda lain datang kat aku. Aku amat takut sebenarnya. Aku teringat mak aku. Harap sangat masa ni mak ada teman kan aku. Airmata aku laju turun membasahi pipi aku. Makkkkkk....!!! Jerit aku dalam hati. Mak mesti dah tahu aku hilang. Mak tentu dah tak henti menangis. Mak.... doakan anak mak ini selamat. Aku takuttt.. 😰
YOU ARE READING
muka ketat (Cerpen)
Misterio / SuspensoCerita-cerita pendek dan bebelan terlajak yang aku kumpulkan dalam satu buku. Cerpen psikopat/psycoparth adalah percubaan aku nak lari dari rasa belas dan kelembutan dalam penulisan. Nak belajar jadi orang kejam! Muka ketat tu.. sebab muka kucing...