9: Gosip

1.8K 91 24
                                    

Tubuh genit Sera ditolak Chichi sehingga jatuh tersungkur ke atas lantai bilik persalinan. Sehelai gaun merah dihumban tepat mengenai mukanya.

"Tukar baju cepat! Kita dah lewat ni!" gerutu Chichi sebelum menghempas pintu bilik.

Gaun yang diberikan ditilik lama sebelum Sera mengeluh pasrah. "Ini untuk aku ke untuk bayi?" Setelah beberapa minit meniti kesengsaraan memuatkan gaun sendat itu ke tubuh, dia akhirnya melangkah keluar dari bilik persalinan. Dua orang pak andam yang tiba setengah jam yang lalu ternganga tidak terkata saat melihat Sera.

"I'm sexy and I know it! Tutup mulut tu nanti langau masuk." Sera cuba berseloroh.

Elok Chichi meneguk minuman kotak terus tersembur dibuatnya. "Kau tak tengok cermin ke?" Kepalanya yang sedang didandan oleh Rara digelengkan. Gelabah jadinya Rara.

"Hah?" Sera bingung lantas menilik penampilannya di cermin. Dahinya ditepuk tatkala melihat gincu merahnya sudah meleret ke pipi dan rambutnya juga serabai.

"Tak apa, adik manis! I boleh betulkan mekap you! Meh duduk sini," ujar Zee, pak andam yang berjambul hijau sambil menepuk kerusi berdekatan meja solek.

Geli ketiak Sera apabila dipanggil 'adik manis'. "I tak nak foundation. Letak bedak nipis aje dan mekap mata biarlah ringan-ringan aje," katanya sambil memandang kekok meja yang dipenuhi peralatan mekap.

"Tak ada masalah, adik manis!" Zee menghidupkan lampu yang menyilaukan anak mata Sera. Wajah Sera dibersihkan dan Zee pun memulakan magisnya.

"Tak sangka pula kan Zee? Kita orang pertama yang dapat tengok muka adik Rosalinda," ujar Rara dengan teruja setelah selesai mendandan rambut Chichi. Chichi sudah bergegas ke balkoni untuk membuat panggilan telefon.

"Iyalah Rara. Adik manis, you ni sebenarnya memang tinggal dekat luar negara ke?" tanya Zee yang masih ligat menempekkan pembayang mata pada kelopak mata Sera.

"Haah," balas Sera acuh tak acuh. Memang cerita itulah yang dijaja oleh orang tuanya dari dulu. "Tapi I dah balik Malaysia sejak enam tahun yang lepas lagi. Paparazi dekat Malaysia ni aje yang tak terer nak stalk." Bibirnya menguntum tersenyum tawar kala mendengar dusta yang keluar dari mulut sendiri.

"Ya ke?! Apa nak jadi dengan paparazi dekat Malaysia ni." Zee geleng kepala. Berdesing telinga Sera mendengar suara Zee yang naik seoktaf.

Kali ini giliran Rara yang sedang menyikat lembut rambut Sera pula menyampuk, "Paparazi dekat Malaysia ni tak cukup busy body kot, baik I yang jadi paparazi. Body I ni boleh tahan busy juga."

"Siapalah I ni mereka nak kisahkan sangat." Sera ketawa janggal.

"Eh, eh. Sedapnya mulut ..." Zee mencekak pinggang di hadapan Sera yang masih pejam matanya. "Bertahun kot I tertinggal gosip pasal you. You ni berbeza tau dengan anak orang kaya yang lain. Selalunya diorang suka tunjuk aje kehidupan diorang untuk tarik perhatian dan populariti. Tapi you, I tak rasa ramai yang tahu tentang kewujudan you. Dan mengikut ramalan I, selepas Rosa dah kahwin ni mesti cerita keluarga Alroze Empire yang lain pula yang naik. I yakin selepas ni mesti you yang akan jadi topik terhangat!"

Sera genggam kedua belah tangannya yang terasa lembap dek peluh. Aturan nafasnya mula berubah rentak. Kaki yang bersilang mula digoyangkan untuk menghilangkan rasa resah. Tiada satu pun kata-kata Zee yang tidak menjadi kerisauannya sejak menerima jemputan ke majlis malam ini.

"Betul ke you dulu tinggal dekat Australia? Kalau betul, mesti you tinggal dalam gua kan? Balik Malaysia pun mesti sorok dekat dalam gua juga. Yalah, hidup dalam gua aje yang boleh lari dari paparazi. Ke memang tak ada paparazi yang kejar you selama ni? Kesiannya." Selamba badak Rara membuat kesimpulannya sendiri.

Cik Serai Halia | Wattys2017Where stories live. Discover now