5 bulan lalu ...
Di kala senja melabuh tirai, seorang gadis memandu laju menghampiri tempat kegemarannya di tepian pantai yang terpencil. Deruan enjin kereta memecah kesunyian jalan yang lengang. Telefon pintar di sisinya berdering tidak lama kemudian. Pantas dia menjawab panggilan, "Hello Abang Farhan!" Senyum manis menyungging di bibirnya dan pemanduan diteruskan seperti biasa sambil berceloteh dengan riang di atas talian.
Dari kejauhan, seorang lelaki memerhati kereta gadis itu dengan rasa gemuruh. Lelaki itu lalu meraup wajahnya, cuba memikirkan semula tindakannya. Dia tahu dia telah dibutakan oleh cinta manusia. Sanggup dia melakukan apa saja agar dia tidak dipisahkan dengan kekasih hatinya. Termasuklah membunuh. Salahkah tindakan yang bakal dilakukannya? Jawapannya ada pada gadis yang kebiasaannya akan melalui tepian laut itu pada setiap petang Ahad.
Skreeetch! Bunyi jeritan tayar bergeseran. Kereta yang dipandu gadis itu berputar beberapa kali sebelum akhirnya terbabas dari landasan menuju ke gigi air laut yang dipenuhi batu-batuan besar. Hancur remuk.
Bergetar tubuh lelaki itu melihat kereta gadis itu yang tadinya hampir melayang ke dalam laut. Itu semua berlaku atas perbuatannya. Kini, hanya tayar belakang kereta yang tersangkut pada batu-batuan yang menampung berat kereta. Bahagian hadapan kereta sudah tenggelam ke dalam air laut. Antara yakin dan ragu akan keselamatan nyawa gadis itu, dia mencapai telefon dari kocek seluar. Jarinya terketar-ketar tatkala mendail. Dadanya turun naik menahan rasa yang bercampur-baur. "Beres," katanya dengan nada berbaur kesal, marah dan benci. Sepatah kata itu sudah cukup membuatkan gerangan di hujung talian mengilai puas hati sebelum memutuskan panggilan.
Selesai. Lelaki itu telah mengorbankan nyawa seorang gadis yang tidak bersalah demi kepentingan dirinya sendiri. Dalam menghadapi kemelut perasaannya, rasa gembira perlahan-lahan menyelinap ke dalam hati. Sebentar lagi dia akan kembali ke sisi cinta hatinya. Akhirnya, tidak ada seorang pun lagi yang akan cuba memisahkan mereka.
Kuasa Sang Pencipta tidak ada sesiapapun yang bisa menyangkal. Berbekalkan kekuatan yang masih bersisa, gadis itu berusaha untuk menggapai semula kehidupannya.
YOU ARE READING
Cik Serai Halia | Wattys2017
Roman d'amour" Tiada fairytale kisah cinta kita Yang ada hanya hell " °°°°° Cik Serai Halia ... gadis yang hidup dalam kegelapan dan sering membuat keputusan untuk lari. Lari menjadi mustahil baginya apabila identiti diri sebagai anak bongsu pemilik perniagaan t...