6: Ais

1.7K 90 29
                                    

Hadi berjalan terhuyung-hayang ke arah sebuah farmasi. Kepalanya pening dan hidungnya tidak henti meleleh sejak semalam. Sekiranya sakit ringan, ibunya sering berpesan untuk menggunakan ubat-ubatan tradisional sebagai penawar. Pintu farmasi ditolak dan seraya itu dia bersin tiga kali berturut-turut. Merebak virus-virusnya ke dalam farmasi. Pandangan kurang enak pelanggan lain tidak dihiraukan. Ruang ubat-ubatan diteliti namun bertambah kusut fikirannya. Tangan mencari telefon di dalam poket sweatpants untuk menelefon ibunya. Serangkai carutan diluahkan apabila menyedari telefon tertinggal di kereta. Matanya mula mencari kelibat pekerja farmasi. Namun hampa, kesemuanya sibuk melayan pelanggan lain. Apahal semua sibuk? Hari sibuk sedunia ke?

Beberapa langkah dari tempat Hadi berdiri, Sera terkial-kial mencari krim yang lebih efektif untuk menghilangkan kesan parutnya. Setelah yakin dengan pilihannya, dia segera bergerak ke kaunter pembayaran. Langkahnya terhenti apabila seorang lelaki menghalang laluannya. Lelaki itu menggaru kepala sambil membelek-belek botol minyak angin cap kapak. Apahal sempit betul farmasi ni?

"Maafkan saya, tumpang lalu dulu encik," kata Sera dengan sopan. Lelaki itu menoleh ke arahnya. Dua kali dia mengerling baru perasan gerangan lelaki itu. Oh, sweet!

Hadi tersengih melihat Sera yang kelihatan manis memakai jubah. Hormat juga hari Jumaat. Dah boleh buat bini ni. Choi! Fikirannya lantas dibuang jauh-jauh. "Nak lalu eh? Ada syaratnya kalau nak lalu." Bibir Hadi tersenyum nakal. Hidungnya masih teringat bau sos tomato basi semalam. Tidak lena tidurnya kerana termimpikan wajah Sera. Eh?

Wajah Sera yang tadinya hambar kini menyinga. "Sila meninggal. Tepi sikitlah, aku nak lalu!"

Hadi pandang sekilas ke belakang Sera lalu tersenyum sinis. Tangannya didepakan untuk menghalang laluan. "Tak boleh!"

Sera menjeling Hadi habis-habisan lalu memalingkan tubuhnya ke belakang. Macamlah tak ada laluan lain. Niatnya mati apabila melihat seorang wanita yang sarat mengandung sedang terbongkok-bongkok memujuk anaknya yang menangis naik hantu. Serangkai sumpah serana diberikan kepada pemilik farmasi yang tidak bijak menyusun atur dengan strategik lay-out kedai mereka.

Hadi mengekek melihat Sera yang berpaling semula ke arahnya. Seketika kemudian tawanya bertukar menjadi batuk.

"Apa syaratnya?" Sera masih mencuka.

"Pilihkan aku ubat tradisional untuk selsema," pinta Hadi sambil mengangguk ke arah rak ubat.

Baru kini Sera perasan akan penampilan Hadi. Dengan baju berkedut, sweatpants dan rambut serabai, sah-sah belum mandi. Kacamata yang dipakai jelas-jelas digunakan hanya untuk menutup matanya yang kemerahan. Rasa simpati mula berkutik di hati. "Beranganlah kau kalau kau rasa aku nak tolong. Dah kau jahat betul dengan aku semalam, kau rasa aku nak tolong ke?" Haa, kan dah keluar kesyaitanan aku. Ego menyebabkan hatinya keras hendak menolong Hadi yang kejamnya hanya kurang sedikit saja dari Hitler.

"Eh, aku tak minta tolonglah. Jangan perasan okey?" Hadi sedikit tercabar. Mahunya dijentik dahi luas Sera. Perangai mengada-ada sangat.

"Ya ke tak minta tolong?" Sera jongket kening sambil memeluk tubuh.

Hadi ketap bibir. Dia perlukan ubat dengan segera. Naya nanti kalau selsemanya tidak kebah secepatnya. Ibunya tidak akan gembira kalau dia tersengut-sengut di majlis malam nanti. Terpaksalah dia menadah telinga mendengar leteran ibu yang akan memujuknya untuk tinggal semula di rumah keluarga. Alasan ibu, tiada yang menjaga kesihatannya kerana tinggal bersendirian.

"Macam ni lah, Cik Serai. Kau tolong aku sekali ni, aku akan lupakan prank yang kami dah rancang untuk kau," tawar Hadi sambil jongket kening. "Amacam?"

Cik Serai Halia | Wattys2017Where stories live. Discover now