11: Famili

644 47 4
                                    

"Abang Danny!" jerit Chichi dengan teruja lalu merangkul Daniel dalam pelukan terlebih mesra.

Sweet couple! Sera membuang pandangan ke luar dinding kaca berdekatan. Kejadian tengahari tadi masih segar dalam ingatan. Janggal rasanya hendak berhadapan dengan Daniel.

Daniel melepaskan rangkulan Chichi. Matanya mencuri pandang ke wajah Sera.

Chichi menyorot pandangan Daniel. "Abang masih ingat dengan Serai Halia ni kan? Alah, yang semalam dekat Little Jasper. Dia ni rupanya ..."

"Dua pupu kita kan?" potong Daniel tanpa mengalihkan pandangan penuh minatnya dari wajah Sera.

Sera berpaling dan cuba memproses kata-kata Daniel.

Daniel hulur salam kepada Sera. "Daniel Amri Noor Alroze, anak sulung Datuk Qazar. Sepupu kepada Chichi dan dua pupu you."

"Patutlah." Sera tepuk dahi sendiri sebelum menyambut salam Daniel.

"Ya, I masih ingat insiden pagi tadi. I tak sangka you adalah Seraliyah yang menjadi misteri dalam keluarga Alroze Empire selama ni. Akhirnya kita bertemu juga." Daniel menggoncangkan tangannya. Matanya tidak lekang menilik wajah Sera.

"Pertemuan yang indah," gumam Hadi yang kurang senang melihat Daniel menggenggam tangan Sera terlebih lama.

"Aw!" sahut Chichi yang bertepuk tangan.

Belum sempat Sera berkata apa-apa, dua orang lelaki berusia lingkungan lewat 40-an yang memiliki wajah seiras menghampiri mereka.

"Papa dengar adik Rosa dah kembali ke Malaysia. Betul ke ni, Daniel?" soal lelaki berkumis itu kepada Daniel.

Sekilas atau dua kilas atau tenung lama-lama sekalipun, lelaki itu hanya menayang riak tegas dan sedikit kebengisan. Tiada secalit senyum yang terukir. Kalau bukan kerana tetamu masih ramai di sekeliling Sera, sudah lama dia membuka langkah seribu kerana gerun.

"Ya, papa. Kenalkan, Sera. Sera, ini papa I, Datuk Qazar. Papa ni abang kembar kepada ayah Chichi," Daniel tunjuk ibu jari ke arah lelaki di sebelah Datuk Qazar. "Uncle R."

"Nama ayah dan Uncle Q terbalik aje. Senang nak ingat," ujar Chichi yang kini sudah menempek di sisi Datuk Razaq.

Sera menghulurkan salam ke arah Datuk Qazar. "Hai, Uncle Q." Datuk Qazar merenung tangannya seketika sebelum bersalaman sesaat. Barangkali jijik hendak menyentuh tangannya yang bukanlah siapa-siapa dalam Alroze Empire. Tangannya lalu dialihkan ke arah ayah Chichi. "Hai, Uncle R."

"Jadi, Sera ni betul-betul wujud ya? Bukan sekadar omong kosong." Datuk Razaq menyambut salam Sera seperti helang menyambar ikan di air.

Hadi yang berdiri di belakang Sera meluat melihat anak mata Datuk Razaq yang tanpa segan-silu menjamah kecantikan tubuh Sera. Sera pun satu macam, dah tahu diri tu cantik, nak juga ditayang.

"Uncle tak sangka Rosa ada adik secantik kamu Sera," puji Datuk Razaq dengan senyuman meleret. Tidak dinafikan dia agak kagum dengan pemilihan busana Sera. Jelas sekali busana yang dipakai Sera adalah keluaran terhad Alroze Fashion Chamber sendiri.

"Biasa-biasa saja uncle," kata Sera yang tersenyum segan cuba merendah diri.

"Puji sikit, dah perasan," gumam Hadi menyebabkan darah Sera berderau.

"Chichi, gaun yang Sera pakai ni keluaran bulan lalu kan?" Datuk Razaq kerling wajah Chichi. "Terhad seratus helai saja yang dikeluarkan. Setahu ayah, dalam keluarga kita hanya kamu seorang saya yang beli gaun ni."

Chichi yang bertukar pucat menjawab dengan ragu-ragu, "Mungkin Sera antara pelanggan VIP yang pesan gaun ni. Ya tak, Sera?"

"Ayah yakin, hanya kamu seorang saja dalam famili kita yang beli gaun tu Chichi," bidas Datuk Razaq dengan nada lembut tetapi ketegasannya masih kedengaran.

Hadi yang hanya menjadi pemerhati mula menguap perlahan. Tipikal keluarga Noor Alroze, hal kecil boleh jadi drama. Kali ini hanya kerana sehelai gaun.

Sera kesian melihat wajah kalut Chichi. Lantas dia cuba untuk mencipta alasan bernas. "Uncle R, gaun ni saya beli dari seorang Datin ni. Datin Rara ke apa entah namanya. Dia tak muat baju ni, jadi dia buat online auction. Kebetulan saya memang nak beli gaun ni dulu, tapi tak sempat order awal-awal. Syukur dapat beli dari online auction tu."

"Oh, ya ke?" kata Datuk Razaq sebelum mengerling curiga wajah Chichi.

Chichi kembali lega. Padah sekiranya kedapatan dia telah meminjamkan gaunnya kepada Sera. Tambahan lagi ayahnya merupakan orang kuat di sebalik rangkaian fesyen dan tekstil Alroze Empire. Mana mungkin dia boleh terlepas pandang perkara itu.

"Tak sangka anak orang kaya macam kau ni beli baju terpakai." Hadi acah-acah kagum dengan Sera. Datuk Qazar, Datuk Razaq dan Daniel sudah membuat muka.

"Kau dah kenapa?" bisik Sera dengan nada tertahan. Dia malu kerana airmukanya dijatuhkan di hadapan keluarganya. Jaranglah ada orang kaya yang membeli pakaian terpakai. Pasti dia kini telah dipandang serong oleh mereka. Hadi hanya tersengih sinis. Suka barangkali mengenakannya seperti itu. Dia ni masih berdendam dengan aku ke? Walaupun apa yang dikatakan sebentar tadi hanyalah rekaan semata-mata, tidak bermakna dia tidak pernah membeli pakaian terpakai seumur hidupnya. Oh, percayalah dia pernah hidup susah.

Sera tarik nafas dalam-dalam. "Kau fikir kalau dah kaya tu boleh sesuka hati buang duit beli baju baru setiap masa ke? Penuhkan almari dengan baju-baju mahal yang tak habis pakai, sedangkan ramai orang di luar sana nak beli pakaian sekali setahun pun tak mampu? Tak takut ke kena soal nanti? Mentaliti tu janganlah penuhkan dengan duit saja."

Hadi ketap rahang. Savage perempuan ni, aku main-main aje kot. Dia bagi tarbiyah sentap pula. Dengan perlahan dia membalas, "Kau cakap macam tu, padahal kau sendiri buang duit semata-mata nak beli baju ni. Setahu aku online auction hanya pembida tertinggi saja yang mampu beli. Lagi-lagi gaun keluaran terhad, boleh jadi kau bayar lebih tinggi dari harga sebenar kot."

Chichi mengisyaratkan Sera untuk berhenti membidas. Memang Sera tidak punya modal pun untuk membidas Hadi. Online auction jauh bezanya dengan baju bundle.

Hadi tersenyum kemenangan. Seperti tidak cukup, dia meneruskan lagi ayat-ayat sentapnya. "Satu hal lagi. Kau takut duit kitorang yang dibazirkan untuk beli baju dipersoal, tapi kau tak takut ke pemakaian kau yang akan dipersoal kelak?"

Sera menahan tangannya dari memegang dada. Auch! Sesungguhnya ayat Hadi cukup pedas pada pendengaran wanita-wanita yang tidak cukup kain malam itu. "Apa-apalah. Aku tak nak bercakap dengan ustaz celup."

Hadi tersengih mencabar. "Itu aje kau mampu? Hilang ke mana ayat tazkirah kau?"

"Hadi." Datuk Qazar memotong bicara Hadi. "Saya tak nak dengar lagi pergaduhan kebudak-budakan kamu. Apa kata kamu simpan saja ayat kamu tu untuk kemudian hari. Tak perlu menyampuk perbualan kami lagi."

Hadi ketap bibir tanpa membalas kata-kata Datuk Qazar. Sera tergamam. Kali pertama dia melihat seseorang yang dapat menutup mulut longkang Hadi. Tekaan Sera meleset apabila Hadi membuka mulut longkangnya sekali lagi.

"Saya tak rasa apa yang saya bualkan tadi kebudak-budakan. Melainkan, Datuk sendiri tak ada kesedaran tentang apa yang kami bualkan tadi."

"Cukup, Hadi." Kali ini giliran Datuk Razaq pula yang mendiamkannya. "Kalau bukan kerana hubungan baik Lee Properties dengan Alroze Empire, perniagaan kamu tu tak ada tempatnya di Malaysia. Budak tak tahu diuntung, ada hati nak ajar orang tua."

Jujur, kali ini Sera pula yang sakit hati mendengar hinaan Datuk Razaq. Segera dia mencari wajah Hadi yang mencerlung tepat ke anak mata Datuk Razaq. Berani mati mamat ni.

"Okey, kalau macam tu, saya minta diri dulu," balas Hadi selamba. "Keluarga gila," gumamnya perlahan. Matanya sempat berlaga dengan anak mata Sera sebelum berlalu pergi.

Sera menatap belakang Hadi yang perlahan-lahan hilang ditelan bayangan tetamu. Entah kenapa kakinya terasa seperti hendak mengejar Hadi. Terlukakah dia diperkecilkan sebegitu rupa oleh Datuk Qazar dan Datuk Razaq?

***

Cik Serai Halia telah diterbitkan dalam bentuk e-book. Sekiranya berminat untuk mendapatkan e-book, sila komen atau hantarkan mesej kepada penulis di ruangan mesej.

Cik Serai Halia | Wattys2017Where stories live. Discover now