<> 25 <>

140 19 110
                                    

Boleh dengar lagu di atas ya? :)

Aku menghalang Baekhyun dengan memegang lengan bajunya. " Dah malam ni Baek. Tak payah lah "

Dia menepis tanganku lembut. " Tak hyung, Baek akan pergi jugak dekat Hyun Ji. Dia perlukan Baek "

" Baek, kau kasilah dia rehat. Dia penat tu. Esokkan boleh? "

" Tapi hyung- "

" Masuk " kataku sambil menunjukkan jari telunjukku ke dalam rumah.

Bibirnya diketapkan lalu masuk ke dalam rumah sambil membuka jaket hitamnya dalam keadaan marah.

" Hyung bukan taknak kamu lawat Hyun Ji, tapi cuba kamu bayangkan. Kalau Hyun Ji terbangun dan bende pertama yang dia nampak adalah kamu. Ha macam mana? Kamu nak dia jadi macam situasi petang tadi? "

Lantas adikku menggeleng laju setelah mendengar kenyataan daripadaku.

Aku mengangguk sambil tersenyum. Bahunya aku pegang. " Kita lawat dia esok "

Dia menghela nafas berat. " Baiklah "

" Ha macam ni lah baru adik hyung. Dah pergi tidur "

" Nae. Jaljayo "

" Oh Baek! " belum sempat dia sampai ke biliknya, aku memanggil. Dia memandang ke arahku.

" Esok, kalau kamu lawat Hyun Ji, hyung minta kamu jangan nangis depan dia ya? "

Pada mulanya, dia seperti ingin bertanyakan ' kenapa ' tapi aku sempat menyampuk terlebih dahulu.

" Hyung rasa, kamu tau kenapa kan? "

Barulah dia mengangguk. Aku tersenyum nipis. " Dah pergi tidur. Selamat malam "

● ● ●

[ Keesokannya ]

[ Baekhyun P. O. V ]

Aku terjaga akibat bunyi alarmku. Aku menutup alarmku lalu bersiap sedia untuk berjumpa dengan Hyun Ji. Aku harap dia tak jadi macam semalam bila dia nampak aku. Mungkin, semalam aku tak patut jumpa dia macam tu je.

Semasa aku sedang mandi, kata-kata abangku terngiang-ngiang di fikiranku. " Esok, kalau kamu lawat Hyun Ji, hyung minta kamu jangan nangis depan dia ya? "

Aku menghembus nafas berat. Kalaulah tangisan ni boleh dikawal, memang aku akan tunaikan apa yang abangku katakan.

Selesai mandi, aku mengenakan T-shirt lengan pendek bewarna hitam, berserta dengan seluar jeans. Lalu, aku mencapai jaketku yang berwarna hitam dan menyarungnya ke badanku.

Aku turun ke tingkat bawah dan melihat kelibat abangku sudah tiada. Mungkin dah pergi hospital dulu.

Tanpa berlengah masa lagi, aku menghidupkan enjin motorsikalku dan memecut laju ke hospital. " Hyun Ji, tunggu saya ya? "

Sampai sahaja aku di depan hospital, aku memakai maskku yang berwarna putih dan berjalan laju ke bilik rawatan Hyun Ji

Sampai sahaja aku di depan hospital, aku memakai maskku yang berwarna putih dan berjalan laju ke bilik rawatan Hyun Ji

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Macam Buntat ?! &lt;&gt; KTH &lt;&gt;Where stories live. Discover now