[ Author P.O.V ]
Dalam perjalanan balik, Hyun Ji mengeluarkan telefon bimbitnya untuk bermain game kegemarannya iaitu Superstar SM Town
Sedang khusyuk dia bermain game itu, seseorang menepuk bahunya perlahan. Hyun Ji memandang dan ternampak Baekhyun sambil memegang bukunya.
실패 !!!
Lantas Hyun Ji memandang ke telefonnya semula selepas terdengar perkataan gagal itu. " Alaaa kalah "
" Ohh saya kacau awak main game ke? " tanya Baekhyun
" Ahh takpe. Aku pun tak berapa reti sangat main game tu. " kata Hyun Ji sambil tersenyum
" Sampai hati awak! "
Hyun Ji mengerutkan dahinya tanda pelik. " sampai hati ? "
" Ye la! Tadi awak cakap nak balik dengan Taehyung! Ni mana Taehyung awak? "
" Ohh maaflah Baek. Bukan niat aku nak tipu kau, tapi dia tak dapat nak balik dengan aku"
" Kenapa? "
" Dia kata dia ade kerja "
" Oh " sepatah sahaja Baekhyun bercakap lalu dia berjalan mendahului Hyun Ji
" Alaa merajuk dengan aku ke wey "
Baekhyun hanya diam dan meneruskan perjalanannya.
" Ala bukannya aku tipu kau pun kan? Kan Baekhyun kan? "
Masih tiada respond.
" Ape kata kalau aku belikan kau buku cara memikat wanita nak? " sejurus sahaja Hyun Ji bercakap begitu, Baekhyun memandangnya dengan pandangan mautnya
" Awak tengok buku saya ke waktu saya pergi ambik baju awak?! "
Gulp
" Aaa.. Ehehe "
" Awak ni kan! Memang la! Nasib baik saya sayang awak! "
Setelah Baekhyun sedar yang dia terlepas cakap, dia segera menutup mulutnya
" A-ape kau cakap tadi ? "
" T-tak takde ape! Hmph! " Baekhyun hanya buat buat tak tahu dan menganggap yang dia tidak bercakap apa yang tak sepatutnya dia cakap tadi. Lalu dia meneruskan perjalanannya ke rumah
" Kau sayang aku? "
" Tak! Sape nak sayang orang yang tengok buku saya tanpa kebenaran "
" Alaa Baek.. Maaflah.. Aku janji! Aku takkan buat lagi "
Tiada kesan bagi Baekhyun walaupun Hyun Ji berjanji sekali pun.
" Baek! Apa kata kalau aku... "
Baekhyun memandang pelik Hyun Ji
" Awak ape? "
" Jom ikut aku! " Hyun Ji menarik tangan Baekhyun dan berlari ke tempat yang boleh membuat Baekhyun suka dan tidak merajuk lagi
" Nak pergi mana ni Hyun Ji!! "
" Alaa kau ikut je la "
● ● ●
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)