Boleh dengar lagu di atas ya? :)
[ Kediaman Doktor Hyunwon ]
Pada malam sebelum melawat kubur Hyun Ji, Doktor Hyunwon mengetuk daun pintu bilik Baekhyun.
" Baek, buka sekejap "
Tiada respond daripada Baekhyun. Jadi Doktor Hyunwon hanya masuk ke dalam bilik Baekhyun.
Kedengaran dari bilik air, seperti ada orang di dalamnya. Mungkin Baekhyun tengah mandi. Doktor Hyunwon meletakkan sepucuk surat di atas katil Baekhyun dan melepaskan keluhan. Lalu dia berlalu keluar daripada bilik Baekhyun.
Beberapa minit kemudian, Baekhyun keluar daripada bilik air sambil menggosok kepalanya yang basah. Dia ternampak sepucuk surat putih berada di atas katilnya. Perlahan-lahan dia membelek surat itu sebelum membukanya, dan dia terlihat namanya tertera di belakang sampul surat itu.
" Baekhyun "
Tanpa melengahkan masa, dia mengoyakkan sampul itu dan membuka surat itu. Tulisan yang sangat dikenali, dia teliti.
" Ini tulisan Hyun Ji "
Byun Baekhyun,
Kenal kan ini tulisan siapa? Ye, ini aku, Park Hyun Ji. Baek, kalau kau baca surat ni, maksudnya aku dah tiada di dunia ni lagi. Jangan sedih dengan pemergian aku, setiap manusia akan pergi. Cuma cepat atau lambat saja. Ye, aku tau, kau mesti terkejut dengan penyakit aku. Macam tu jugak aku terkejut dengan kehadiran kau. Tapi tak apa, benda dah lepas, jadi kite lepaskan.
Tujuan aku tulis surat ni, sebab aku nak minta maaf dekat kau. Banyak salah aku dah buat dekat kau. Aku panggil kau nerd, aku layan kau kasar, dan semua tu. Tapi kau kena ingat, aku buat macam tu sebab kau kawan aku. Kawan baik aku.
Cermin mata bulat tu, tolonglah jangan tanggalkan. Bukan apa, nanti aku jealous. Ye lah, kau tu, dah la handsome bila buka cermin mata. Cuma kau sorok je kau punya handsome tu. Sejak daripada hari aku belanja kau eyeliner sampai berpuluh ringgit tu, aku baru sedar yang kau ni handsome rupanya. Hihi.
Buku cara memikat wanita tu, kau pulangkanlah balik dekat perpustakaan tu. Kau tak payah baca buku tu pun, orang dah terpikat dengan kau.
Cuma bukan aku lah.
Okok gurau je, alolo marah pulak dia. Eherm, dan aku juga nak berterima kasih dekat kau. Kau masih sabar dengan aku walaupun aku buat macam-macam dekat kau. Cuma yang aku tak tahannya, kau tu selalu sangat merajuk. Kurang-kurangkanlah ya? Ye lah, aku kan dah pergi jauh dari kau, siapa lagi nak pujuk kau?
Aku sebenarnya, ada perasaan dekat kau. Tapi aku lupakan. Sebab apa? Sebab aku sedar diri. Aku taknak la mak kau dapat menantu gemuk macam aku ni kan. Lagipun, aku lagi selesa bila kita kawan daripada kita serius.
Last, terima kasih sebab layan perangai kasar dan kebudak-budakan aku ni. Terima kasih sebab sudi kawan dengan aku. Terima kasih sebab layan aku dengan baik. Terima kasih juga kerana sabar dengan sikap aku.
Aku terhutang budi, aku harap kau boleh jumpa orang yang lebih baik daripada aku. Tapi bila dah jumpa, jangan lupa aku tau ;)
Okaylah, kertas pun dah tak cukup. Sampai sini sajalah. Aku akan rindukan kau, wahai sahabat dunia akhirat.
Hyun Ji
Baekhyun meletakkan surat itu ke dadanya dan menangis sepuas hati. Walaupun ada gurauan di situ, tapi itulah yang membuatkan dia lebih sedih. Setiap perkataan yang ditulis, ada maknanya.
YOU ARE READING
Macam Buntat ?! <> KTH <>
Fanfiction" Apsal aku tgk kau ni macam makin hari makin gemok ni ? " " Asalkan lemak tepu aku tak himpit badan kau sudah la . " Cover made by : @Syifvas Start : 16 September 2017 (2000) End : 21 November 2017 (1030)