Cuti hujung minggu yang teramat bosan! Aku mengeluh melihat skrin laptop dan kertas-kertas kerja yang bertimbun di atas meja. Menyakitkan hati betul bila pensyarah sibuk nak bagi assignment lepas tu due date nya dalam dua ke tiga hari gitu. Dia fikir kita ni robot ke apa nak siapkan benda alah tu dalam masa yang singkat? Kalau tak fikir masa depan dah sah aku tak buat assignment ni. Bazir tenaga je.
Letih memerah otak dan jiwa raga, aku bangkit dari duduk dan keluar dari bilik. Aku melangkah pergi ke dapur dan kelihatan Emak sedang menggoreng cucur pisang untuk minum petang.
"Nak Farah tolong?" Soal aku sambil memeluk Emak dari belakang. Terhenjut bahu Emak dek terkejut. Aku tersengih.
"Ya Allah! Farah dah tak tahu reti bagi salam ke?" Marah Emak pada aku. Aku senyum je. Tahu sangat yang Emak bukan marah sangat pun. Acah je lebih.
"Haa, alang-alang Farah kat dapur ni tolong bancuh air teh dan kopi. Sekejap lagi ayah kamu balik lepastu kita minum petang."
"Okay, boss!" Aku beri tabik hormat lalu mengambil bekas yg berisi uncang teh. Selesai saja membancuh teh aku terus bancuh kopi. Aku merasa kedua-dua air tersebut. Memang umph!! Pandai aku buat air. Uhuks uhuks!!
Aku duduk di kerusi makan dan mengambil sebiji cucur pisang yang panas. "Sedapnya mak!" Pujiku dengan lagak seperti kanak-kanak riang. Emak menggeleng kepala melihat olahan aku.
"Macamlah emak ni baru je buat cucur pisang. Habistu sebelum ni cucur pisang mak tak sedap ke?"
"Ehhhhh mestilah sedap mak! Mak tahu tak yang mak ni boleh buka kedai makan tau. Mesti laku gila kedai tu nanti. Dapatlah anak emas mak ni merasa rezeki lebih..."
"Siapa cakap kamu anak emas mak?" Pintas emak.
"Ouch! Sakitnya hati Farah dengar! Sampai hati mak. Mak ada anak lain ke selain Farah?" Aku memuncungkan mulutku. Nak raih simpati kononnya. Huhu.
"Mestilah ada!"
"Siapa, mak??" Soalku terkejut. Takkan emak dan ayah ambik anak angkat tak bagitahu kat aku kot. Naya aku nanti kalau dapat kakak angkat. Confirm garang nak mati. Habis semua kerja rumah aku yg buat. Aku pandang emak yang masih belum menjawab persoalanku.
"Makkkkk... Jawablah soalan Farah tadi." Aku hentak-hentak kaki tanda protes. Huh, perangai mengalahkan budak kecik.
"Apa kecoh-kecoh ni?" Soal satu suara garau dari belakang. Aku menoleh dan terlihat ayah yang baru balik dari surau.
"Huh! Perangai anak dengan ayahnya sama je. Tak pandai nak bagi salam." Sindir emak dekat aku dan ayah.
"Ek eleh awak ni. Suka hati je nak tuduh abang tak bagi salam. Abang dah bagi salam sebelum masuk rumah lagi tau. Awak tu je yang tak dengar." kata ayah sambil menarik kerusi di hadapan aku dan duduk.
Aku menuang air kopi ke dalam cawan dan menghulurnya kepada ayah. Otak aku masih tertanya-tanya tentang 'anak emas' emak selain aku tadi.
"Ayah, emak dengan ayah ada ambik anak angkat ke?" Soal aku dengan nada kerisauan. Gila tak risau. Aku taknak lah share emak ayah aku dengan orang lain.
"Eh, bila masa pulak kitorang ambik anak angkat ni?" Dahi ayah berkerut tanda bingung dengan soalan aku. Hehh, tak boleh jadi ni. Kalau ayah nampak bingung aku lagi lah bingung.
"Habistu tadi emak cakap yg emak ada anak emas lain selain Farah. Sapa pulak anak emas tu?"
"Sab, betulke apa anak awak cakap ni?" Soal ayah pada emak pula.
Emak tersenyum melihat kerenah aku dan ayah. Eh, boleh pulak emak senyum time ni. Kita serious ni!
"Hmm.. Anak emas yang mak kata tadi bakal suami kamulah,Farah." Kata emak sambil makan cucur pisang.
Aku terkedu dan geram sungguh dekat emak. "Emak ni janganlah bergurau macam tu dekat Farah. Farah tak nak lah orang lain rampas mak ayah dari Farah. Hmm," Aku peluk emak erat-erat. Ya Allah!! Manjanya aku.
"Emak tak berguraulah Farah. Kamu tu dah besar. Emak nak sangat tengok kamu kahwin. Bagi kami cucu cicit banyak-banyak. Barulah meriah sikit rumah ni."
Eeee... Emak ni tiba-tiba cerita pasal kahwin. Cucu dan cicit banyak-banyak? Ingat aku ni kilang anak ke?
"Emak... Farah lagi muda kot. Masih belajar lagi ni." Aku beri alasan.
"Farah memang masih muda tapi mak dengan ayah kamu ni makin tua. Tunggu masa lagi." Kata emak sayu. Ayah mengangguk setuju.
Aku terdiam. Tak tahu nak balas apa lagi. Blank. Out of ideas. Aku senyum nipis. "Emak. Ayah. InsyaAllah Farah akan tunaikan segala yang mak ayah inginkan. Tapi bukan sekarang. Farah kena focus dalam degree dulu, okay? Got to go now! Assignments waiting."
Aku terus berlari anak menuju ke bilik beradu.
***********************************
This is my first time I published a novel so please please pleaseeee give me your support by voting this and comment anything you want. Thank you fellas!!
YOU ARE READING
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...