Hari ini aku akan berpindah masuk ke apartmen suamiku. Aku lihat emak dan ayah dengan pandangan sayu. Lepas ni jaranglah aku nak luangkan masa dengan mereka. Pasti aku akan rindu sangat-sangat dekat mereka. Rindu nak memasak dengan emak. Rindu nak bergurau dengan ayah. Rindu nak makan sama-sama dengan mereka. Aku sebenarnya risau dengan mereka berdua. Bila aku tak ada di rumah siapa pulak nak tengokkan mereka. Lagi-lagi aku ni anak tunggal.
Aku menghampiri emak dan ayah. Tangan mereka aku cium dengan penuh hormat.
"Jaga makan suami kamu tu elok-elok. Patuh dan taat dekat suami. Jangan nak derhaka pulak. Ingat. Syurga seorang isteri letaknya pada si suami sekarang," pesan emak.
"InsyaAllah, mak. Mak dengan ayah pulak tolonglah jaga kesihatan. Farah risau bila kena tinggalkan emak ayah duduk dekat rumah ni,"
"Hesy... Kamu ni. Ini ayah kamu. Emak kamu. Kami makan gula dulu sebelum kamu. Apa nak risaunya. Pandailah kami jaga diri," ayah menyedapkan hatiku.
"Patutlah kena kencing manis. Asyik-asyik makan gula saja," gurauku.
Kami semua tertawa.
"Kami gerak dulu ya, emak ayah. InsyaAllah kami akan lawat emak ayah seminggu sekali. Rumah pun bukannya jauh sangat," pinta Cikgu Daniel.
"Yalah. Baik-baik jalan tau," pesan ayah.
Cikgu Daniel menyalam mereka berdua. Setelah itu kami pun masuk ke dalam kereta. Aku masih memandang ke arah kedua-dua orang yang aku sayang itu. Tangan aku lambaikan kepada mereka. Macam-macam budak kecik je aku ni.
"Farah..." Meleret suara Cikgu Daniel memanggilku.
Aku menoleh. Aku angkat kedua-dua keningku kepadanya. "Apahal?"
Tiba-tiba badan Cikgu Daniel merapatiku. Aku gugup. Apahal pulak dia ni. Muka kami begitu dekat jaraknya. Sampaikan aku dapat rasa hembus nafasnya. Selang beberapa saat dia menjauhiku. Diriku kini sudah pun memakai tali pinggang keledar.
Aku menjeling dia.
"Saya boleh pakaikan sendirilah," marahku.
"Alaaa... Saja nak tunjuk romantik dengan isteri. Tak boleh ke?" Dia mengangkat sebelah keningnya. Kemudian dia memulakan perjalanan ke apartmennya.
Aku mendengus geram. Tak boleh! Aku tak suka kalau dia berkelakuan romantik dekat aku. Aku akan jadi lemah. Aku benci diri aku bila lemah. Sebab aku akan mudah jatuh dengan permainan cinta Cikgu Daniel ini.
Akhirnya kami hanya membisu. Hanya suara dj radio sahaja yang mengiringi perjalanan kami.
***
Satu jam setengah perjalanan akhirnya kami sampai juga di apartmen milik Cikgu Daniel. Wait. Apartmen mewah weii!! Tengoklah berapa tingkat apartmen ini. Aku rasa dalam berpuluh jugak tingkatnya. Rekaan sekeliling pun cantik dan elegent.
Cikgu Daniel memarkirkan keretanya di basement park. Aku membuka pintu kereta. Cikgu Daniel pulak mengeluarkan bagasiku dari bonet kereta. Aku tak bawak banyak barang pun. Hanya barang yang perlu sahaja aku bawa. Yang lain bolehlah beli baru.
"Jom," Cikgu Daniel melangkah ke arah lif. Aku ikut sahaja.
Masuk sahaja ke dalam lif aku tengok Cikgu Daniel menekan butang 20. Aku terpegun.
"Apartment cikgu tingkat 20 ke? Wahhh! Tingginya," kataku dengan lagak jakun. Excited bila dapat apartment tinggi-tinggi. Mesti cantik view nanti.
Tiga minit selepas itu pintu lif terbuka. Aku membuntuti langkah Cikgu Daniel dengan terujanya. Sampai di hujung lorong, Cikgu Daniel mengeluarkan sekeping kad. Kad tersebut dilalukan di tempat yang aku tidak tahu namanya itu. Yang pasti ianya seperti kad yang kita gunakan di hotel-hotel gitu. Bila dimasukkan baru pintu dapat buka. Tapi yang ini lain sikit. Kena masukkan nombor pin dulu.
"Ini password apartment kita tau," katanya sambil menekan-nekan kekunci di dinding itu.
Aku perhati dengan tekun. 1201. Nombor apa tu?
"Tarikh birthday cikgu ke?" Tanyaku.
Pintu sudah pun dibuka. Cikgu Daniel masuk ke dalamnya.
"Haah. Ingat betul-betul nombor tadi tu,"
Aku hanya mengangguk. Masuk sahaja ke dalam apartment, aku terus membawa diri ke beranda. Pintu beranda aku tolak ke tepi dan wowwww!!! Aku terpegun dengan view di atas bangunan ini. Dari sini aku dapat lihat kesibukan bandar ini. Kalau waktu malam mesti lagi cantik.
"Cikgu, cantiklah!!" Jeritku dari beranda. Cikgu Daniel masih lagi di dalam. Mungkin sedang meletakkan bagasi aku ke dalam bilik.
"Baguslah kalau Farah suka. Risau juga abang kalau Farah ni gayat," katanya sambil duduk di kerusi kayu yang diletakkan di hujung beranda.
"Farah tak gayat pun. Suka lagilah ada. Kalau cikgu nak tahu Farah suka sangat tempat yang tinggi-tinggi. Dulu Farah, Adelin dengan Rizwan selalu daki gunung. Setiap minggu kami mesti akan pergi hiking," ceritaku sambil mengambil tempat di sebelah Cikgu Daniel.
"Extreme jugak isteri abang ni eh? Ingatkan 24 jam ayu," dia ketawa.
"Itulah. Cikgu belum kenal lagi siapa Farah,"
"Abang kenal siapa Farah. Cuma belum ada peluang nak tahu pasal Farah dengan lebih mendalam lagi,"
Aku pandang Cikgu Daniel. Ya, memang kami belum kenal diri masing-masing dengan lebih rapat. Walaupun kami pernah berkawan sebelum ini, tapi aku tak pernah pun berkongsi rahsia dengan dia. Hal peribadi dia pun aku tak nak ambik tahu. Tengoklah tadi. Tarikh hari jadi dia aku tak tahu. Bukan tak tahu tapi memang tak nak ambik tahu.
"Hmm... Farah ada cadangan. Apa kata kita main q&a? Cikgu tanya soalan pasal Farah, Farah bagi jawapan. Begitu juga dengan cikgu. Bila Farah tanya pasal cikgu, cikgu kena jawab. Bagi jawapan yang jujur tau," aku cuba menceriakan suasana.
"Okay, deal. Ladies first,"
Hye readers. Nampaknya author akan update next chapter maybe next next week. Huhuhu mianhae 🙏

ANDA SEDANG MEMBACA
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romansa[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...