"Macam ada jodoh je kita ni," Cikgu Daniel memerhati aku yang sedang memasang tali pinggang keselamatan.
"Apa yang jodohnya?" Tanyaku pelik.
"Baju kita sedondon hari ni,"
Aku melihat bajuku. Ya tak ya jugak. Baru aku perasan yang aku memakai blouse putih dipadankan dengan palazo berwarna khaki. Eh, biar betul?
"Takkanlah baju colour sama nak cakap jodoh. Apalah cikgu ni," Aku menidakkan kata Cikgu Daniel.
"Hmm.. Aminkan ajelah kita ada jodoh," Usik Cikgu Daniel.
"Please laaaa..." Aku buat muka menyampah. Di luar je menyampah tapi dalam hati ada bunga api meletup.
Aku lihat Cikgu Daniel ketawa kecil. Aku suka tengok dia ketawa. Manis je. Sejak insiden 'big apple' sebulan yang lalu, aku dan Cikgu Daniel kerap berbalas mesej dan otp(readers tahukan maksud word ni? Hehe. Kalau tak tahu comment tau😉) Baru hari ini kami ada masa untuk keluar bersama.
Kami tak jalinkan apa-apa hubungan cinta pun. Sekadar kawan tapi mesra saja. Ya! Itu mungkin bagi Cikgu Daniel. Tapi bagi aku? Dulu aku memang tekad nak lupakan dia. Tengoklah sekarang. Aku makin rapat dengan Cikgu Daniel. Rasa suka, cinta dan sayang kepadanya semakin menebal dalan hati. Aku tahu memang menyakitkan bila berkawan dengan orang yang bagi perasaan indah ini. Namun aku cuba untuk bersabar dan kuat untuk mempertahankan hubungan kawan antara aku dengan Cikgu Daniel sekarang. Biarlah aku bahagia dahulu sebelum terluka. Kan?
Setengah jam perjalanan, kami sampai di The Spring. Kami berjalan beriringan masuk ke dalam mall tersebut. Aku ikut je langkah Cikgu Daniel. Aku tengok kedai Big Apple di kananku. Eh, kenapa Cikgu Daniel tak berhenti. Kata nak makan big apple.
"Hari ni kita makan dekat tempat lain pulak," kata Cikgu Daniel seolah-olah dia dapat baca fikiranku. Dia masih dengan langkahnya. Entah nak ke manalah Cikgu Daniel ni nak makan.
Kemudian, kami memasuki sebuah restoran 'The Fancy'. Nama pun dah fancy apatah lagi rupanya. Memang mewah habis. Ternganga aku dibuatnya. Yalah, tak pernah lagi aku makan dekat restoran mewah macam ni.
Seorang pelayan lelaki tiba-tiba menghampiri Cikgu Daniel. Cikgu Daniel memberitahu namanya kepada pelayan tersebut. Terus pelayan tadi membawa kami ke sebuah meja makan yang agak romantik. Terdapat sekuntum bunga mawar merah di dalam gelas berlian biru di tengah meja bulat tersebut. Cantik!
Cikgu Daniel menarik kerusi dan mempelawa aku duduk. Uish, romantiknya Cikgu Daniel hari ini. Aku dengan lagak sopan mula melabuhkan punggungku di atas kerusi tersebut. Kemudian Cikgu Daniel mengambil tempatnya di hadapanku.
Si pelayan menghulurkan sebuah buku merah kecil yang merupakan menu restoran tersebut kepada kami berdua. Aku membuka menu tersebut. MasyaAllah! Mahalnya makanan dekat sini.
"Lamb stick and orange juice satu," kata Cikgu Daniel kepada pelayan yang setia menunggu di tepinya.
"Farah nak makan apa?" Cikgu Daniel dan si pelayan memerhati aku.
Aku jadi resah. Eee... Apasal lah makanan sini mahal sangat. Serba salah pulak aku nak memilih. Tak nak membuang masa, aku memesan spaghetti tomato yang bagi aku paling murah dalam menu tersebut. Juice strawberi-mango menjadi pilihanku.
"Cikgu... Banyak-banyak kedai makan dekat luar sana kenapa cikgu bawak Farah makan dekat sini? Mahal tau!" Bisikku selepas saja si pelayan berlalu dari situ.
"Mahal tapi sedap tau. Farah janganlah risau. Saya yang bayar," Selamba saja Cikgu Daniel menjawab.
"Memanglah cikgu yang bayar. Tapi tak payahlah bazir banyak duit dekat makanan mahal macam ni. Farah serba salah tau,"
"Don't worry, my dear. Makanan je pun. Tak salah kalau kita bantu melabur sedikit duit dekat perniagaan orang,"
"Yelah cikgu. Cikgu laburlah duit cikgu tu puas-puas," Aku malas nak berdebat dengan Cikgu Daniel. Confirm Cikgu Daniel yang menang nanti.
★★★
"Farah. Saya nak cakap sesuatu boleh tak?"
Aku memandang Cikgu Daniel. Kami berdua baru saja menghabiskan makanan. Sedap dan berlaloi. Bolehlah aku bawa emak dan ayah makan dekat sini.
"Cakap je lah cikgu. Kenapa nak minta izin pulak," Aku ketawa perlahan. Pelik dengan perangai Cikgu Daniel hari ini. Selalu kalau nak cakap dia terus cakap tak ada pulak dia nak minta izin aku dulu. Hari ini berbeza pulak.
"Farah jangan marah or salah faham dekat saya lepas dengar apa yang saya cakap nanti,"
Kenapa pulak aku nak salah faham. Serius sangat ke apa yang Cikgu Daniel nak bagitahu kat aku.
"Okay."
Cikgu Daniel berdehem. Nak betulkan suara kot. "Farah. Apa yang saya bagitahu lepas ni semuanya ikhlas dari hati saya. Saya tak tahu cara nak luah perasaan saya ni dengan romantik so I'll straight to the point. Sejak saya jumpa Farah dekat gelanggang futsal sebelum ni, saya asyik terfikirkan pasal Farah. Until we met again dekat sini, I rasa happy sangat-sangat dapat bercakap dengan Farah. Its so weird cause I tak pernah rasa perasaan macam ni. So, Farah Hanani. I think I am falling in love with you,"
Aku terkesima dengan luahan Cikgu Daniel. Aku rasa yang masa sedang berhenti bergerak. Cikgu Daniel cintakan aku? Susah aku nak menghadam ayat itu. Aku tak pernah sangka pun benda macam ni boleh berlaku. Seorang cikgu cintakan pelajarnya sendiri. Meremang bulu roma aku. Ya Allah. Apa aku nak jawab ni. Takkan aku nak berterus terang dekat Cikgu Daniel. Takkan aku nak cakap yang aku pun dah lama menaruh perasaan dekat Cikgu Daniel.
Aku masih mendiamkan diri. Aku taknak Cikgu Daniel tahu akan perasaan aku dan aku juga taknak melukakan hati Cikgu Daniel. Otakku masih ligat mencari jawapan yang sesuai untuk Cikgu Daniel. Aku menarik nafasku sedalam yang mungkin dan menghembusnya perlahan. Aku melihat Cikgu Daniel yang masih menanti balasanku.
"Cikgu. Sebenarnya..."
Okay. Stop sampai sini ja. Korang rasa apa jawapan Farah nanti? Well... Kalau nak tahu kenalah tunggu author update bab yg seterusnya okayy 😝 btw keep voting my story ⭐ I love you ❤😘

ANDA SEDANG MEMBACA
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...