Bab 30

8.2K 241 6
                                        

Sabtu. Hari yang sesuai untuk keluar jalan-jalan. Dari malam semalam aku dah bercadang nak pergi membeli belah di mall. Lama dah tak lepas gian lagi-lagi dah hujung bulan ni so duit pun masukla. Hehe. Cikgu Daniel tak dapat temankan aku sebab sekolah dia ada buat sekolah ganti. Hmm... Sedih sis. Sebelum dia turun kerja tadi dia ada bagi kad ATM dekat aku. Dia cakap, "Pilih je apa sayang nak and bayar guna kad ni tau. Jangan guna duit sayang."

Aku rasa serba salah nak ambil kad tersebut. Yalah. Aku ada pekerjaan sendiri. Ada gaji sendiri. Gaji aku tu pun dah lebih dari cukup. Kenapa nak guna duit suami. Dia pun susah payah bekerja cari rezeki. Aku pulak senang-senang je nak belanjakan duit dalam kad tersebut untuk barang peribadi aku. Sedangkan duit tu boleh je digunakan untuk bayar rumah, kereta atau apa-apa yang lagi penting lah.

"Tak payahlah bang. Gaji Farah kan dah masuk. Farah guna duit sendiri je lah. Abang simpan je duit tu untuk bayar benda lain," aku menolak.

"Pakai je lah. Walaupun Farah kerja sendiri ada gaji sendiri tak patut jugak abang biarkan Farah beli barang pakai duit Farah. Dah memang tanggungjawab abang sebagai suami untuk memberi nafkah kepada isterinya. Anggap je ni tanda terima kasih dari abang sebab Farah sudi jadi isteri abang and mengandungkan zuriat abang." Katanya sambil meletakkan kad ATM tersebut di dalam genggaman tangan kananku. 

Aku memarkir keretaku lalu mematikan enjin. Iphone dicapai lalu mencari nama Adelin di dalam contact. Disebabkan Cikgu Daniel tak dapat temankan aku jadi dia suruh Adelin yang temankan. Aku cakap tak perlu tapi dia tetap degil. Katanya dia risau dengan aku yang berbadan dua ni. Alaa... Nak risau apanya. Baru 6 bulan lebih kot. Kalau aku jawab camtu depan suami aku memang dah kena ketuk kepala ni agaknya. Haha. 

"Wei, aku baru sampai. Kau kat mana?" Tanyaku kepada Adelin sebaik sahaja talian disambungkan.

"Waalaikumsalam. Aku dekat tempat biasalah," jawab Adelin. Sempat jugak dia menyindir aku. Aku ketawa kecil. Lupa bagi salam. Hehe.

"Okay set. 5 minit lagi aku muncul," aku terus mematikan talian. Aku mencapai beg tangan lalu keluar dari kereta. 

Tempat biasa. Big apple lah tempat nya tu. Nasib baik tak jauh dari pintu utama. Aku parking dekat basement sebab parking atas dah penuh. Parking atas lagi dekat dengan pintu utama. Kalau dekat basement ni memang jauh sikitla. Jauh sikit eh. Bukan jauh banyak.  

Baru saja aku melangkah pergi, tiba-tiba suara seorang perempuan menyergah namaku. Macam kenal je suara perempuan tu. Aku menoleh belakang. Terkejut aku bila melihat kelibat Lidya yang sedang menghampiriku. Muka merah seperti menahan marah. Gaya jalan pun dah macam gangster aku tengok. Apasal perempuan ni? 

"Eh, Lidya. Terserempak pulak kita kat sini," kataku dengan muka dibuat manis semanis madu kelulut.

Lidya tersenyum sinis sebelum menyilang tangannya ke dada. "Sorry. Kita bukan terserempak okay. I sengaja ikut you dari you keluar rumah lagi. I ada benda nak settle dengan you," 

"Laaa yeke? Hmm... Why not kita masuk dalam dulu baru kita bincang apa yang you nak settlekan tu. I takut kawan I tunggu lama kat dalam. Jom," ajakku lalu memusingkan badan untuk beredar masuk ke dalam mall. Kalau berbincang dengan Lidya kena pergi tempat yang ramai orang. Lidya ni bukan boleh diagak apa yang dia nak buat.

"Heyyy! I nak cakap dengan you dekat sini! You jangan nak pergi mana-mana," katanya sambil merentap tanganku kasar. Hampir hilang imbangan badanku apabila ditarik oleh Lidya. Nasib baik dapat stabilkan diri. Aku memandang tajam Lidya yang turut memandang aku dengan pandangan tajam. Kalau ikutkan cerita kartun dah nampak sambaran kilat di antara mata kami.

"You nak cakap apa? Cepatlah. Kawan I tengah tunggu I kat dalam," aku menggesa. Dia masih menjeling aku. Wei perempuan. Baik kau cakap cepat sebelum aku berambus. Panas betul hati aku ni bila aku nak cepat dia masih lagi tercegat bisu dekat depan aku.

"You cakap apa dekat Harith sampai dia ugut I jangan kacau you lagi hah?" Berbunyi jugak perempuan ni akhirnya. Ingatkan memang dah bisu.

"Cakap apa? I takde cakap apa-apa pun dekat dia. You jangan nak buat cerita eh. I dah lambat ni. Got to go now. Kita bincang lain hari," pantas aku melangkah kaki untuk beredar. Malas betul nak buang masa dengan si Lidya tu. Cikgu Daniel ugut dia? Nonsense! 

Sedang aku berjalan menuju ke pintu masuk yang ada di basement itu, tiba-tiba aku ditolak kasar. Badanku terhentak kuat di atas jalan tersebut. Aku dapat rasakan kesakitan di perut dan ngilu di bahagian ari-ari. Aku mengerut dahi menahan sakit.

"Harith cakap yang I nak bunuh you. What??" Lidya ketawa sebelum menyambung bicara. "Ni mesti sebab patung yang I bagi kat you masa hari jadi you tu kan? I bergurau je lah masa tu. You ni degil and tak patuh janji rupanya ye. I dah cakap jangan bagi Harith tengok tapi you bagi jugak dia tengok. Tiba-tiba Harith datang serang I cakap jangan kacau dia dengan you lagi. Siap ugut nak report polis pulak tu. Haihhh... Sakit betul hati aku ni,"

Aku menahan sakit sambil mendengar patah bicara dari mulut Lidya. Itupun bukan semua aku dengar. Aku cuba untuk berdiri. Aku takut Lidya akan buat sesuatu yang lebih dasyat lagi. Hampa. Aku tak dapat berdiri. Mengalir keluar air mata aku menahan sakit. Aku dapat merasa ada cecair sedang mengalir di betisku. Aku selak gaun mengandung ke atas sedikit. Terdapat cecair merah pekat sedang mengalir. Makin teresak tangisku. Ya Allah, selamatkan bayi aku ini.

"Lidya... Tolong..." Rayuku. Aku melihat Lidya yang terkejut melihat keadaan aku. Mungkin dia baru sedar.

"You dah kenapa ni? You jangan main-main eh? Bangunlah sebelum orang tengok," Lidya mula gelabah. Dia membongkok menarik tanganku untuk menyuruh aku berdiri. Matanya liar melihat sekeliling. Takut kalau-kalau ada orang lain yang tengok.

"Lidya... Sakit..." Muka aku semakin berkerut menahan sakit di bahagian ari-ari. Air mata semakin laju mengalir. Dalam hati aku berdoa agar ada sesiapa yang lalu di kawasan kami dan dapat memberi bantuan. Sayang seribu kali sayang sebab aku memarkir kereta di basement yang paling bawah. Sunyi sepi sahaja.

"I.. I tak tahu... I tak salah. You sendiri yang jatuh tadi..." Kata Lidya terketar-ketar. Riak wajahnya risau dan takut. Tanpa rasa bersalah, dia memusingkan badannya lalu melarikan diri. Aku menjerit memanggil namanya dengan kudrat yang aku ada. Kelibat Lidya semakin menghilang dari pandangan. Aku merasakan diriku semakin lemah. 

Mataku melihat sekeliling sambil meminta tolong dengan suara yang lemah. Tidak lama kemudian, satu figura lelaki dan perempuan menghampiriku. Di dalam hati aku memanjat rasa syukur kepada Ilahi. Pasangan itu bertanya pelbagai soalan kepadaku tapi aku tidak ada daya untuk menjawab. Tiba-tiba pandanganku menjadi gelap.

***


Nanti sya sambung lagi ea. Sya busy sangat.. Sorry kalau bab kali ni kureng sikit.. Sorry sangat2 huhu



I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang