Bab 17

9K 336 13
                                    

Dua minggu sudah pun berlalu. Tahun baru juga sudah menjelma. Bermaksud musim persekolahan telah pun bermula (dah macam pantun pulak aku baca😹).

Sepanjang dua minggu aku dan Cikgu Daniel bergelar sebagai suami isteri, kami berjaya mengharungi alam perkahwinan kami seperti biasa. Segala tanggungjawab sebagai seorang isteri telah aku laksanakan. Cuma satu sahaja aku belum mampu untuk berikan kepada suamiku. Aku belum lagi memberi keizinan kepada suamiku untuk menyentuhku dalam erti kata lain.

Aku menukar-nukar siaran tapi tak ada satu pun yang menarik perhatianku. Akhirnya aku merenung kosong kaca televisyen itu. Bosan sungguh. Jam di dinding baru menunjukkan angka 2 petang. Lagi tiga puluh minit baliklah Cikgu Daniel.

Lebih dari tiga puluh minit sudah berlalu tapi kelibat suami belum juga muncul. Hmm.. Jalan sesak kot. Aku menyandarkan badanku ke belakang sofa. Baru sahaja hendak melelapkan mata iphoneku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku mencapai iphoneku dan membaca mesej.

Cik Suami

Sayang. Abang ada mesyuarat hari ni. Maybe abang balik pukul 4. Jangan main dekat balkoni. Nanti jatuh abang yang susah. Take care, bye ❤

Berkerut dahi aku membaca. Ingat aku ni budak-budak ke nak main dekat balkoni? Tahulah aku jaga diri. Aku seen kan sahaja mesej tadi. Seminit selepas itu masuk lagi mesej baru. Dari orang yang sama jugak.

Cik Suami

Seen je?

Aduhai... Aku dah baca aku seen je lah. Perlu ke nak reply. Jemariku mula menari-nari di atas keyboard.

Farah

Okay.. Take care ☺

Cik Suami

Take care je?

Ya Allah. Kalau ada depan mata dah lama aku hentak kepalanya guna iphone ni. Geram jugak aku dibuatnya.

Farah

Habistu nak apa lagi??

Cik Suami

Cakaplah i love u ke.. Or bagi emoji love ke..

Farah

Yang ni nak tak? 👊👊👊

Cik Suami

Boleh2. Malam ni atas katil okay sayang? Abang tak sabar dah nak balik ni 😍

Meremang bulu romaku seketika.

Farah

Eewwww.. Dahla, malas nak layan. Adios 💤

Cik Suami

Malam nanti kena rajin tau. Hehehehe assalamualaikum 💕💓

Aku hanya menggeleng kepala. Sah Cikgu Daniel dah sewel. Percuma saja aku dapat dosa sebab mengutuk suami sendiri. Huh...

***

"Assalamualaikum, sayang."

Cikgu Daniel yang baru balik dari sekolah menghampiriku di ruang tamu. Dia menghulurkan tangannya. Aku memandang pelik.

"Salamlah," katanya sambil tersenyum.

"Ohh.." Aku pun menyambut tangan tersebut lalu dicium.

"Letih betul hari ni," rungutnya sambil melonggarkan tali leher. Dua butang baju sukan ditanggalkan. Dia duduk di tepiku.

"Mesyuarat apa tadi?" Tanyaku prihatin.

"Malaslah nak cakap. Hal kerja jangan dibawa ke rumah," katanya. Dia merebahkan kepalanya di atas ribaku.

Mulanya aku cuba untuk berdiri tapi bila melihatkan dia sudah melelapkan matanya aku biarkan sahaja. Jatuh kesian aku dengannya. Setahu aku dia sudah ditugaskan ke sekolah baru selepas sekolah lama aku. Sebab itulah dia berpindah ke apartmen ini. Katanya dah dua tahun dia duduk dekat sini.

Aku merenung muka Cikgu Daniel. Matanya ditutup dengan tangan. Disebabkan itulah aku berani memandang wajahnya yang tenang itu. Tanpa sedar, tanganku membelai rambut Cikgu Daniel.

Aku terkejut bila tanganku dipegang oleh Cikgu Daniel. Dan sekarang matanya tepat memandang aku. Aku gabra. Aku cuba untuk menarik tanganku dari pegangannya namun gagal. Pegangannya terlalu kuat dan kemas.

"I love you, sayang." Kata Cikgu Daniel romantis.

Aku kaku. Tidak tahu mahu membalas apa. Dia menukar posisi dari baringan kepada duduk. Tanganku masih lagi dalam genggamannya.

"I am truly in love with you, Farah." Daguku dipegangnya. Dia merapatkan wajahnya.

Saat jarak muka kami hanya berbaki seinci, pantas aku menolak dada bidang Cikgu Daniel. Agak kuat jugak tolakan aku sampaikan badan Cikgu Daniel tergerak ke belakang.

"Farah belum solat asar lagi. Farah solat dulu eh," aku berlalu dari ruang tamu.

"Tunggu abang. Kita solat sama-sama," kata Cikgu Daniel. Ketika dia melintasi aku, aku dapat lihat raut wajahnya yang muram. Pasti dia kecewa dengan aku.

Rasa bersalah menyelubungi hatiku. Aku tahu apa yang dia sedang lakukan tadi. Aku tahu akan kehendaknya. Tapi aku belum bersedia. Aku belum bersedia untuk membuatkan dia tahu akan perasaan aku. Aku tak nak rasa cinta aku terhadapnya diketahui olehnya.

'Maafkan Farah. Farah tahu Farah terlalu pentingkan diri sendiri. Kalau abang benar-benar cintakan Farah, abang kenalah bersabar. Biar waktu yang tentukan segalanya.' Bisikku dalam hati.

***

Vote & comment :)

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Where stories live. Discover now