Petang Sabtu aku dan Cikgu Daniel pergi ke rumah mentuaku. Sudah lama jugak tidak menjenguk mereka. Dan hari ini merupakan kali pertama aku ke rumah mereka. Sepanjang perjalanan aku hanya memerhati sahaja setiap jalan dan lorong yang kami lalui. Apabila Cikgu Daniel membelok masuk ke simpang kawasan perumahan, jantung aku berdegup dengan begitu laju. Aku tidak tahu sebabnya. Gementar ke? Atau teruja?
Cikgu Daniel memasuki ke dalam perkarangan rumah yang agak besar juga walaupun hanya satu tingkat. Dia mematikan enjin kereta. Dari dalam kereta aku dapat lihat ibu dan bapa mertuaku sedang duduk di anjung sana. Jantungku semakin berdetak laju apabila melihat ibu mertuaku sedang berlari anak menghampiri kami. Aku dan Cikgu Daniel keluar dari kereta.
"Daniel!" Jerit ibu. Dia memeluk anak lelakinya itu.
Aku hanya tersenyum melihat mereka. Rindu betul ibu dengan suamiku. Mestilah rindu. Dah dia sorang je anak ibu. Fikiranku terus teringat dengan emak dan ayah. Apa khabar agaknya mereka dekat sana? Hmm.. Bilalah aku dapat berjumpa dengan mereka. Aku rindu.
"Farah?"
Lamunanku terhenti apabila ibu memanggilku. Aku senyum sambil menyalam tangannya dengan penuh hormat. Tiba-tiba ibu memelukku erat. Tergamam aku sebentar. Bila teringatkan emak, aku membalas pelukan ibu. Lama kami berdua dalam keadaan begitu sehinggalah bapa menegur.
"Sudah-sudahlah lah tu. Lemas pulak anak orang nanti," tegur bapa.
"Takkanlah sampai lemas. Zila dah lama teringin nak peluk Farah ni," kata ibu sambil merungkaikan pelukan. Bibirnya masih lekat dengan senyum lebar.
"Hah. Siaplah Farah lepasni. Ibu dah lama nak buli kamu tu," bapa memberi amaran kepadaku.
Buli? Ibu nak buli aku? Kenapa dia nak buli aku? Aku mengerling suamiku yang diam sahaja dari tadi. Hmm... Entah-entah Cikgu Daniel cerita dekat ibu pasal aku. Mesti ibu dah tahu yang aku tak layan anak lelaki dia macam yang sepatutnya. Aku keresahan. Rasa panas tiba-tiba.
"Bapa bergurau saja tu. Nampak benar risaunya. Lucu betul isteri kamu ni, Daniel." Ibu ketawa.
Aku tersenyum simpul. Dalam hati rasa lega. Kalau ibu dah cakap macam tu agaknya Cikgu Daniel tak cerita apa-apalah pasal aku dekat dia. Kami pun berlalu masuk ke dalam rumah.
***
Selepas solat maghrib, aku keluar dari bilik. Kosong. Cikgu Daniel dan bapa sebelum maghrib lagi sudah ke surau. Ibu. Eh, mana ibu eh? Aku berlegar-legar di kawasan rumah tersebut mencari ibu. Sudah habis setiap pelosok rumah aku cari tapi kelibat ibu masih juga tidak kelihatan. Akhirnya aku duduk di ruang tamu. Lima minit selepas itu, pintu rumah terbuka. Terkejut aku dibuatnya. Mana tahu ada pencuri ke perompak ke masuk ke rumah. Dahlah aku sorang-sorang.
Rupanya ibu yang buka pintu tadi. Di tangannya terdapat beg plastik berwarna hitam.
"Ibu pergi mana tadi?" tanyaku kepadanya.
"Ibu pergi kedai tadi nak beli susu cair ni. Tadi nak ajak Farah tapi Farah tengah solat tadi," ujar ibu sambil menapak ke dapur.
"Ibu nak masak apa?"
"Ibu nak masak ayam butter dengan salad campur,"
"Ohhh..."
Aku dah sedia maklum yang kedua-dua makanan itu merupakan makanan kegemaran suamiku. Cuma aku tak pernah masakkan untuk dia.
"Nak Farah tolong?" aku menawar diri.
"Farah hirislah semua sayur-sayur ni," ibu menghulurkan sebakul sayur-sayuran yang pelbagai jenis kepadaku.

YOU ARE READING
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...