Bab 27

7.8K 236 7
                                        

Sampai sahaja di rumah, aku terus masuk ke dalam bilik. Dengan kasar, aku melabuh duduk di atas katil. Panas betul hati aku sekarang. Bila mengingatkan kejadian di supermarket tadi, buatkan aku rasa nak baling sahaja bantal-bantal yang ada di atas katil ni. Masih segar di ingatan aku dengan pemandangan yang paling aku tak nak tengok tadi. 

Selepas sahaja makan tadi, Lidya sibuk nak pergi beli barang. Masalahnya, dia ajak aku dengan Cikgu Harith untuk teman dia sekali. Tak cukup dengan teman dia makan, dia heret kami pergi teman dia beli barang. Suami aku pun satu hal. Dia ikutkan sahaja kehendak si Lidya tu. Dia tak fikir ke yang aku ni letih. Jalan ke hulu ke hilir dengan berbadan dua camni. Dan yang membuatkan aku sakit hati sangat-sangat dengan suami aku tu bila Lidya memeluk erat lengannya. Sekali lagi dia hanya membiarkannya. Langsung dia tak tegur akan perbuatan Lidya tadi. 

Aku mendengar bunyi pintu bilik dibuka. Siapa lagi yang buka kalau bukan suami aku. Pantas aku baring dan menutup mukaku dengan bantal. Taknaklah aku tengok dia. Daripada aku sakit hati baik aku tidur. Aku dapat rasakan yang Cikgu Harith sedang duduk di sebelahku. 

"Farah tak sihat ke?" 

Farah sakit hati! Hatiku menjawab tapi tetap tak bagi respon dengan soalannya tadi.

"Farah~" 

"Jangan kacau Farah boleh tak? Farah letih Farah nak tidur," potongku tetapi mukaku masih disembunyikan dengan bantal.

"Hmm... Sorry. Farah tidurlah. Abang tengok tv dulu," katanya sambil mengusap perlahan lenganku.

Selepas sahaja Cikgu Harith keluar dari bilik, air mata laju mengalir keluar. Aku tahu aku dah kecewakan suamiku tapi aku lagi kecewa dengan dia. Aku tak dapat lupakan hal tadi. Sanggup dia biarkan sahaja Lidya memeluk lengannya walaupun ada aku di sebelah. Patutkah aku cakap yang dia kejam dekat aku sekarang? 

***

Sudah beberapa hari berlalu aku masih belum menegur Cikgu Harith. Masih lagi dengan rajukku. Dia tanya seratus soalan aku jawab sepatah je. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Dia tak tahu ke yang aku tengah cemburu dan merajuk disebabkan hal di supermarket dulu? Ke dia buat-buat tak tahu. Nak kutuk dia depan-depan kang aku yang dapat dosa. Yelah. Dia sendiri perasan yang aku nak tak nak je melayan dia tapi dia tak ada usaha pun nak pujuk aku. Dia tak tanya pun apa masalah aku sampaikan aku tak nak layan dia. Huh!

Balik sahaja dari kerja, aku singgah sekejap dekat The Spring. Tekak tiba-tiba teringin nak makan donut Big Apple. Usai sahaja aku membeli donut, aku ambil keputusan untuk jalan-jalan di sekitar mall itu. Window shopping katakan. Lagipun Cikgu Harith cakap dia balik akhir harini. 

Ketika aku melintasi restoran kegemaran suamiku, hati terdetik nak masuk ke dalam. Nak bungkus makanan untuk bawa balik. Awal-awal memang aku anti gila dengan restoran ni sebab mahal sangat tapi tiba-tiba pulak harini nak makan makanan dekat situ. Aneh binti ganjil betul. Tapi bila difikirkan balik, restoran mewah macam ni nak ke main take away bagai. Hmm... Cuba tanya dululah. Aku pun masuk ke dalam restoran itu. Baru sahaja kaki ingin menuju ke kaunter untuk bertanya, aku terlihat dua figura yang amat aku kenali sedang duduk berduaan dan bergelak ketawa di dalam restoran itu.

Tiba-tiba badanku rasa lemah. Beg plastik big apple yang aku genggam dengan penuh erat tadi akhirnya terlepas jua.

"Miss, are you okay?" Tegur salah seorang pelayan restoran itu sambil mengambil beg plastik yang jatuh tadi.

Dua orang makhluk yang perasan akan suara pelayan tadi menoleh kepala ke arah aku. 

"Eh! Your wife lah, Harith!" 

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang