Bab 16

9.6K 376 12
                                        

Pagi ini seperti yang dijanjikan aku memasak nasi goreng kampung sebagai sarapan. Aku menumis bawang besar sehingga ia garing. Selepas itu, aku masukkan cili padi, bawang putih dan sedikit belacan yang sudah aku kisarkan dan aku gaul lagi. Setelah ia garing aku tambah sedikit air dan memasukkan ayam yang dipotong dadu. Aku biarkan sebentar sehingga ayam tadi masak. Setelah itu, aku masukkan sos tiram dan bahan rahsia. Ada bahan rahsia lah pulak. Haha... Bahan rahsia dah tak jadi rahsia sebab aku kena bagitahu jugak. Takut nanti ada yang mintak resepi bahan rahsia pulak (gurau je). Bahan rahsia itulah yang bagi nasi goreng kampung aku ni meletup. Garam dan gula. Aku letak ikut suka hati aku je. Kemudian, aku masukkan nasi sejuk dan digaul sebati. Akhir sekali, aku masukkan ikan bilis dan sayur kangkung. Gaul rata untuk kali yang terakhir. Siap!

Aku dengan bangganya menghidangkan nasi goreng kampung yang sudah aku letak ke dalam mangkuk nasi ke atas meja makan. Tak sabar nak suruh Cikgu Daniel rasa. Nak buktikan yang aku pun pandai masak nasi goreng kampung macam yang emak aku buatkan semalam. Mataku melilau mencari kelibat suamiku. Mana pulak dia ni? Takkan belum bangun lagi.

Aku pergi ke bilik kami. Masuk sahaja dalam bilik aku tengok Cikgu Daniel masih lagi berselimut dengan lenanya. Dapat dengar dia berdengkur. Aku menggeleng. Aku menghampiri Cikgu Daniel di katil. Aku tarik selimut tebal yang menutup mukanya. 

"Abang, bangunlah" aku menggoncangkan lengannya.

Cikgu Daniel menggeliat. Dia membuka matanya sedikit untuk memandang aku. Haih... Cutenya dia. Suami siapalah ni? Suami akulah. Haha.. 

"Morning, sayang" ucapnya dengan suara serak basah. Seksi alahai!! 

"Morning," balasku sambil tersenyum.

Dia menggeliat lagi. Badannya dipusingkan menghadap ke jendela. Aku menilik dia yang tidak bergerak. Ya ampun. Sambung tidur rupanya. 

"Abang bangunlah!" sekali lagi aku menggeraknya. Kali ini lebih keras suaraku.

"Hmm.. Sekejaplah. Five minutes," katanya dengan mata yang masih tertutup.

"No five minutes. Cepatlah bangun. Farah dah masakkan nasi goreng kampung untuk sarapan,"

Masih tak ada reaksi daripadanya. Geramnya aku. Aku bangkit dari katil dan bergerak ke jendela. Aku menyelak langsir. Terang benderang bilik yang asalnya gelap tadi dengan silauan cahaya matahari.

"Erghh... Farah, silaulah. Tutup langsir tu," katanya sambil tangannya cuba meraih selimut. Pantas aku rampas selimut tersebut. Diraihnya pulak bantal dan sekali lagi aku mengambil kesemua bantal yang ada. Semuanya aku buang ke lantai. Memang dah berselerak bilik ini.

Cikgu Daniel baring terlentang. Tangannya didepakan di atas tilam. Kalah lah tu. Aku senyum sinis. 

"Bangun cepat. Farah tunggu dekat meja makan. Kalau lambat 5 minit, Farah makan terus tanpa abang," kataku berbaur ugutan. Aku melintasi Cikgu Daniel yang masih terlentang itu. Tiba-tiba sahaja tanganku direntap. Aku ditarik dan kini aku kemas dalam pelukan Cikgu Daniel.

"Dah makin berani eh ugut-ugut abang," katanya sambil mengeratkan lagi pelukan.

Aku meronta untuk melepaskan diri. Sesak rasa nafasku bila dipeluk seperti ini. 

"Lepaslah. Farah tak dapat bernafas ni," tercungap-cungap aku berkata sedemikian.

Cikgu Daniel melonggarkan pelukan. Aku menarik nafas lega. Baru dapat rasa oksigen. Aku menjeling tajam ke arah Cikgu Daniel.

"Bencilah dekat cikgu," ujarku. Terus aku bangkit dari katil dan berlari keluar dari bilik sebelum dia memelukku lagi. Sengaja aku panggil dia 'cikgu'. 

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang