Tepat jam 7 malam, majlis persandingan aku dan Cikgu Daniel pun selesai. Ramai tetamu yang sudah mulai beransur pulang. Yang masih ada dekat dewan pun merupakan para pekerja yang sibuk mengemas dewan tersebut. Aku tak sabar nak balik ke rumah. Aku dah mulai rindu dengan tilamku yang empuk. Tak sabar nak menghempas diri atas tilam nanti.
Eh... Mana boleh aku buat macam tu. Aku kan dah jadi isteri orang. Takkan masih nak buat perangai kanak-kanak riang depan suami pulak. Sudahlah dapat suami yang kuat menyakat. Nanti sampai ke mati aku disakatnya sebab tunjuk perangai begitu. Haih... Mengeluh lagi. Tak best nya. Sampai sahaja di rumah emak dan ayah, aku dan Cikgu Daniel terus masuk ke dalam bilik. Emak awal-awal lagi dah suruh rehatkan diri. So apa lagi. Masuk bilik teruslah.
Kekok jugak sebenarnya bila berduaan dengan Cikgu Daniel dalam bilik. Sebelum ini aku sorang-sorang saja dalam bilik ini. Katil single. Apa yang aku nak buat dalam bilik ni aku lantak je. Bilik aku suka hati akulah. Tapi sekarang... Katil single dah diupgrade kepada katil queen sized. Niat nak hempaskan diri atas katil pun jadi terbantut memikirkan ada suamiku di sini. Nikmat ada bilik sendiri sudahpun ditarik. Aku kena berkongsi bilik dengan Cikgu Daniel pulak sekarang. Tak best... Tak best... Tak best...
Aku duduk di birai katil. Cikgu Daniel pulak selesa berdiri di hadapanku. Awkward. Lima minit kami berdua membisu. Kalau ada sound effect sekarang mesti aku dah dapat dengar bunyi cengkerik. Paling tak pun bunyi cicak. Masalahnya sekarang cengkerik dengan cicak pun join sekali dalam game 'jangan buat bising, siapa bising kena denda'.
Mataku masih setia merenung lantai. Entah apa yang best sangat tenung lantai ni. Aku pun tak tahu. Yang pasti aku taknak tengok muka suamiku. Dalam hati aku tak putus-putus berharap supaya Cikgu Daniel akan buka mulutnya. Biar dia yang bersuara dulu.
"Ehem... Dari tadi lagi Farah tenung lantai tu. Muka abang ni bila pulak nak tengok? Jealous pulak abang dekat lantai ni,"
Finally! Buka pun mulut Cikgu Daniel. Aku pandang mukanya. Nampak dia sedang tengok lantai. Tadi cakap jealous dekat lantai. Sekarang dah jatuh hati dekat lantai jugak ke?
"Mengata orang dia yang lebih. Yang cikgu tengok lantai jugak tu apahal?"
"Mana ada abang tengok. Abang tengah jeling lantai ni. Rasa nak hentak-hentak saja lantai ni sebab buatkan isteri abang tenung dia daripada tenung suaminya,"
Aku mengerut dahiku. Agak-agaklah kalau nak buat lawak. Tak lawak pun.
"Dengan lantai pun nak jealous ke? Bukan hidup pun," balasku perlahan.
"Hidup tak hidup tetap jugak abang jealous,"
"Yelah. Yelah. Dah. Farah nak solat isyak dulu," aku mengalah. Kan dah cakap awal-awal lagi. Kalau berdebat dengan Cikgu Daniel mesti nak dia saja yang menang. Betul ke salah fakta itu belakang cerita. Janji dia menang.
Aku bangkit dari duduk lalu beredar ke bilik air. Selesai wudhuk aku keluar dan memakai telekung. Sejadah dihampar. Baru sahaja nak baca niat...
"Eh, tunggulah abang dulu." Cikgu Daniel bergegas masuk ke bilik air untuk mengambil wudhuk.
Astaghfirullah. Apalah aku ni. Dah ada suami biarlah suami jadi imam. Ini tak. Nak solat sendiri jugak. Aku pun mengambil satu lagi sejadah lalu dihampar di hadapanku. Ketika itu Cikgu Daniel pun muncul. Kami mengambil tempat masing-masing lalu menjalankan kewajiban kami.
***
Aku duduk di kerusi belajarku. Bingung. Bingung sebab tak tahu mana aku nak tidur. Cikgu Daniel sudahpun tidur di atas katil. Kenapalah dia nak tidur dekat atas katil aku jugak.
'Eh. Dah korang tu suami isteri mestilah dia tidur atas katil tu. Takkan dia tidur atas lantai pulak,' hatiku berbisik. Ya tak ya jugak.
Masalahnya, aku belum ready lagi nak tidur bersama dia. Malu tau tak. Kenapa Cikgu Daniel rileks je baring atas katil tu. Dah ready sangat ke? Haduh... Kenapa kepala otak aku sekarang ni fikir yang bukan-bukan. Boleh tak fikir yang positif je. Dahla aku mengantuk ni.
Okay. Think positive, Farah. Aku pun berdiri. Langkah kakiku perlahan-lahan menuju ke arah katil. Sampai sahaja di hujung kiri katil, aku duduk. Sangatlah perlahan gerakan aku ketika ini sebab tak nak kejutkan Cikgu Daniel. Semasa aku betulkan baringanku, katil ini berkeriut sedikit. Badan Cikgu Daniel bergerak.
Alamak! Dia terjaga ke? Kerisauanku terhenti apabila dia hanya memusingkan badannya ke arah kiriku tapi masih dengan lenanya. Fuh... Nasib baik. Aku menguap. Setelah baca doa tidur di dalam hati aku pun cuba untuk tidur.
Beberapa minit selepas itu aku masih tak dapat tidur. Tak selesalah. Aku tak biasa tidur dengan kepala menghadap kiri. Tapi, kalau aku menghadap kanan sekarang ni bermaksud aku kena hadap muka Cikgu Daniel. Haih... Aku cuba tidur dengan kepala dihadap ke siling. Tak selesa jugak. Huwaaa... Aku nak tidurlah. Tak boleh jadi ni.
Dengan keterpaksaan, aku akhirnya menghadap ke kanan. Di depan mata aku sekarang terpampang muka suamiku. Jarak antara wajah kami sekarang lebih kurang tiga inci. Bagiku ia merupakan jarak yang sangat dekat. Walaupun hanya diterangi oleh cahaya dari lampu tidur yang kecil tapi aku dapat lihat dengan jelas wajahnya.
Kacak. Tenang. Baby-faced. Itu yang dapat aku simpulkan sekarang. Mataku masih lagi memerhati wajahnya. Cuba mencari cacat celanya. Tak ada. Sungguh sempurna. Hanya ada parut garisan di keningnya. Tapi masih nampak kacak. Parut yang unik. Beruntungnya kau, Farah. Tanganku cuba untuk membelai wajahnya.
Aku tersedar. Aku tak boleh tunjukkan rasa hatiku ini pada Cikgu Daniel. Aku tak boleh lemah macam ini. Aku kena ingat sebab utama aku kahwin dengan Cikgu Daniel. Aku tarik balik tanganku dari membelai wajah dia. Kepala aku hadapkan ke arah kiriku. Biarlah tak selesa. Asalkan tak dapat lihat wajah sempurna itu. Aku pejam mataku serapat yang mungkin. Tidurlah wahai mata. Tidurlah...
Hai readers!! Macam mana? Okay tak? Huhuhuhu kalau okay tolonglah vote eh 😘 kalau ada kurang silalah comment 🙏 really appreciate it thank u ❤💕

ANDA SEDANG MEMBACA
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...