Genap sebulan aku telah menjadi tunangan kepada Cikgu Daniel. Dan tibalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kedua-dua pihak keluarga. Pagi ini akan berlangsungnya majlis akad nikah di Masjid Darul Hana. Hanya saudara-mara terdekat sahaja yang dijemput. Petang nanti barulah ramai tetamu dijemput ke dewan sebuah hotel mewah. Majlis bersanding. Mulanya aku taknak bersanding. Tapi emak dan ayah paksakan jugak. Mereka nak lihat anak tunggal mereka bersanding. Aku yang lemah dengan emak ayah pun terpaksa bersetuju.
Aku melihat diriku di hadapan cermin. Lengkap dengan baju kurung berwarna putih bersih. Di kepalaku pula tersarung shawl dengan warna yang sama dan dililit biasa-biasa sahaja. Aku hembus nafasku perlahan. Gementar.
"Kau dah ready ke? Kereta dah sampai dekat luar tu," tegur Adelin yang menjenguk dari balik pintu bilik. Dia memakai dress berwarna lavendar. Dia juga merupakan pengapit aku manakala Rizwan menjadi pengapit lelaki.
Aku mengangguk perlahan. Ready tak ready tetap jugak aku kena hadir di masjid itu. Aku melangkah keluar dari bilik.
"Nervous eh?" soal Adelin ketika aku menghampirinya.
Soalan jenis apakah itu? Mestilah aku nervous. Gila kau kalau tak nervous. Aku hanya memberi jelingan kepada Adelin. Adelin ketawa. Suka benar dia menyakat aku.
Di dalam kereta aku hanya diam. Sepanjang 20 minit perjalanan, aku hanya memikirkan tentang status diriku yang tak lama lagi bergelar seorang isteri. Isteri kepada Cikgu Daniel pulak tu. Haih... Aku mengeluh lagi. Entah sudah kali keberapa aku mengeluh untuk hari ini. Tiba-tiba tanganku digenggam Adelin. Aku melihat muka sahabatku itu. Dia hanya senyum.
"Kau tak payahlah nervous sangat. Tak lama pun majlis ni. Akad nikah lepastu bersanding. Bukannya payah pun. Lagipun kau duduk dekat pelamin sahaja seharian ni. Ambiklah peluang bergelar sebagai raja sehari. Sekali dalam seumur hidup tau. Aku jealous betul dekat kau, babe. Habis grad terus dilamar orang. Aku ni entahlah umur berapa baru aku dapat tengok si Rizwan tu duduk melutut melamar aku. So, kau relakskan diri kau sekarang. Okay?"
Aku senyum. Beruntung sangat dapat kawan penyayang macam Adelin ni.
"Thanks, babe."
Aku akhirnya menarik nafas panjang-panjang dan hembus. Berulang-ulang aku lakukan benda yang sama. Cuba sedaya upaya untuk mengawal gementar.
***
"Aku terima nikahnya Farah Hanani bt Abdullah dengan mas kahwinnya RM 100,"
Dengan sekali lafaz akhirnya aku secara rasminya menjadi isteri kepada Harith Daniel bin Salahuddin. Rasa nak menangis pulak sekarang. Bukan menangis sebab kecewa tapi menangis kegembiraan. Aku kawal perasaanku.
Selesai bacaan doa, tibalah saat yang paling dinantikan. Upacara batal air sembahyang. Cikgu Daniel berjalan menghampiriku. Kemudian dia duduk di hadapanku. Memang dekat habis jarak antara kami berdua.
"Assalamualaikum," dia memberi salam. Syahdu sungguh suaranya.
"Waalaikumsalam," jawabku perlahan. Entah dengar atau tidak.
Dia menghulurkan tangan kirinya kepadaku. Meminta izin untuk menyarungkan cincin perkahwinan ke jari manisku. Aku menyambut hulurannya. Aku tahu mesti dia dapat rasa kesejukan dari tangan aku. Masih berada dalam zon nervous sebenarnya. Kemudian dia mengambil sebentuk cincin dari kotak baldu merah dan menyarungkannya di jari manis tangan kananku. Aku tengok ada bentuk bulan di cincin itu. Cantik sungguh. Cincin yang sebelum ini pun dah menawan hatiku apatah lagi yang sekarang. Giliran aku pula menyarungkan cincin di jarinya. Selesai sahaja aku terus salam dan cium tangan suamiku. Okay. Itu biasa sahaja bagi para penonton. Yang selepas ini memang luar biasa.
Tangan kiri Cikgu Daniel memegang bahuku manakala tangan kanannya memegang daguku. Lembut dia mendongakkan kepalaku. Saat itu aku memandang tepat ke arah matanya. Dia pun sedang memandang mataku. Ya Allah... Cepatkanlah masa ini. Dah tak tahan nak tenung mata dia ni. Nak tundukkan kepala pun bukannya dapat. Haih... Akhirnya, dia perlahan-lahan menundukkan kepalanya. Tanpa sedar, satu ciuman sudahpun berada tepat di dahiku. Dengan serta-merta kami dihujani dengan kerlipan cahaya dari flash kamera.
Malunya. Kalau tak pakai blusher pun dekat pipi ni memang dah semula jadi merah agaknya muka aku sekarang. Aku menunduk malu.
***
Lenguh otot muka aku. Dari tadi asyik senyum sahaja. Yalah. Ramai yang nak ambil gambar raja sehari ini. Aku lihat sekeliling dewan yang penuh dengan para tetamu. Malulah jugak bila duduk di tengah-tengah dewan ini sambil diperhatikan oleh mereka. Ada yang aku kenal ada jugak yang aku tak kenal. Mungkin yang aku tak kenal itu saudara-mara dan rakan-rakan kepada keluarga suamiku.
Paling aku rasa malu sekarang ini bila aku bertemu semula dengan cikgu-cikgu lama aku. Memang habis aku disakat oleh mereka. Yalah. Student berkahwin dengan cikgu. Kau rasa? Hmm... Nasib baiklah Cikgu Daniel ini muda lagi. Tak adalah aku dipandang serong sangat. Dalam hati aku beruntung sangat-sangat dapat kembar pelakon kegemaranku, Hafidz Roshdi sebagai suami. Bukan kembar sama daging tapi kembar tak sama ibu bapa. Memang Cikgu Daniel ni ada iras-iras Hafidz Roshdi. Tapi suamiku lagi kacak. Huhuhu...
Aku pandang suamiku di sebelah. Segak betul dia hari ini. Aku terharu sangat-sangat dekat dia sebab dia ambil tema merah jambu untuk majlis bersanding kami. Aku tak pernah ambil tahu pun pasal tema ini dan tak pernah nak bagi kerjasama. Akhirnya Cikgu Daniel lah yang uruskan semuanya sendirian. Terukkan aku? Tapi aku salute habis dekat Cikgu Daniel. Semua yang dia pilih semuanya ngam dengan kemahuan aku. Macam tahu-tahu saja apa yang aku fikirkan. Macam baju pengantin aku yang sekarang inilah. Simple tapi sangat menawan. Orang yang pakai lagi menawan. Uhuks... Uhuks...
"Sayang jangan tenung abang macam tu sangat. Segan pulak abang dibuatnya,"
Oppss... Kantoi pulak yang aku tengah tengok dia tadi. Matilah aku. Nak buat apa ni?
"Mana ada! Orang tengok kawan dekat sana tu," mulutku terus menjuih ke arah kiri Cikgu Daniel. Kebetulan ada kawan-kawan aku dekat sana.
"Yeke? Tadi abang perasan yang sayang tengok muka abang tadi. Mata sayang serious tak berkelip langsung tadi. Sayang tak boleh tipu suami tau. Berdosa,"
Biar betul sampai tak berkelip mata aku tengok muka dia tadi? Haduh... Dia dah cakap pasal dosa pulak. Ni yang tak best ni.
"Yelah. Farah tengok tadi. Kenapa? Tak boleh ke?" Hah... Ambik kau! Nak sangat aku mengaku tadi kan? Sampai cakap pasal dosa kepada suami pulak tu.
"Eh, boleh je! Tenung lama-lama pun abang tak kesah. Tenunglah lagi muka abang ni," Cikgu Daniel mengusikku.
Hesy... Ingatkan terus diam bila aku dah mengaku. Makin diusiknya kita adalah. Inilah perangai dia yang dah lama aku tak tengok. Memang dia suka menyakat. Pekerjaan cikgu tapi nakalnya nauzubillah. Payah nak lawan perangai yang satu itu. Nampaknya akulah yang kena bersabar dengan suamiku ini.
Tengok baju je tau. Jangan tengok muka. Hehehe...
Finally! Kahwin pun diorang. Lepas ni nak cerita pasal apa pulak eh? Kalau readers suka tolonglah vote okay. Really appreciate it. Thank u :)
YOU ARE READING
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...