Bab 5

11.2K 399 28
                                        

Aku sampai di rumah tepat pukul 10.30 malam. Aku terus ke dapur dan meletakkan sekotak besar big apple di atas meja makan. Bukan yang penyek tadi tau. Yang baru lagi. Hihihi. Aku tersenyum gembira mengenangkan hal tadi.

"Awak Farah Hanani kan?" Tanya Cikgu Daniel kepadaku.

Aku mengangguk sahaja.

"Ingat saya tak?"

Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala. Bukan aku tak ingat dekat Cikgu Daniel tapi aku sengaja tak nak ingat. Nampak sangatkan aku berdosa? Huhuhu...

"Hmm... Kita pernah berjumpa dekat gelanggang futsal sebelum ni. Tak silap saya, awak dengan si Rizwan dengan Adelin masa tu,"

Wahhh! Hebat betul ingatan Cikgu Daniel ni. Sepatutnya pelajar je yang ingat dekat cikgu tapi ni cikgu pulak yang ingat dekat pelajar. Mana aku nak sorok malu aku ni. Aku menelan air liurku perlahan. Gugup nak jawab persoalan Cikgu Daniel ni.

Aku meletakkan jari telunjuk kananku ke dagu seperti tengah mengingatkan sesuatu. Bukan tengah mengingatkan tapi tengah memikirkan jawapan. Apa aku nak jawab ni? Allah, tolonglah. Bagaikan keajaiban, aku spontan memetik jariku. Nampak Cikgu Daniel sedikit tersentak.

"Ohhh... Cikgu Daniel yang tolong bayarkan barang saya dekat kedai runcit tu kan? Okay okay saya dah ingat." Aku tersengih perlahan. Nak tutup malu kononnya.

Aku melihat Cikgu Daniel tersenyum. Ya Allah, manis betul senyuman hambaMu yang sorang ni. Selepas kejadian di tempat parkir kereta tadi, Cikgu Daniel membelikan sekotak big apple yang baru kepadaku. Puas aku menolaknya. Katanya rezeki jangan ditolak. Yelah, aku pun tewas dengan pujukannya. Sebenarnya, dalam hati sudah ada taman. Pertama, aku dapat donut free. Kedua, aku dapat nombor telefon Cikgu Daniel! Masa Cikgu Daniel bagi nombor telefon tu, dia cakap kalau nak makan big apple telefon je dia kelak dia temankan. Lol, macamlah aku ni tak ada kawan. Takpelah, janji aku dapat nombor telefon buah hati aku.

 Takpelah, janji aku dapat nombor telefon buah hati aku

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Nah, author belanja gambar big apple untuk readers. Jangan marah okay? Hehehe...


***

 Sebulan kemudian...

Alhamdulillah. Tamat sudah semester terakhir aku di Universiti Tinggi Malaysia(Ini nama rekaan author je). Tunggu masa nak graduate je lagi. Tak sangka aku mampu melalui kehidupanku sebagai budak Degree. Sebelum aku menyambung pelajaranku ke Sarjana Muda Sains dengan Kepujian(Sains dan Pengurusan Sumber Haiwan), macam-macam propaganda dari seniorku mengatakan bahawa degree ni susah tahap kritikal. Aku yang keputusan STPM yang cukup-cukup makan jadi takut nak teruskan pelajaran. Aku bersyukur sangat bila emak dan ayah sentiasa bagi semangat dekat aku. Selepas ayah pencen dari tentera udara, hidup kami sekeluarga cuma bergantung dengan wang pencen ayah dan hasil jualan kuih-muih emak. Aku jadi sebak memikirkan itu. Sebab itulah aku berusaha keras dalam degree ni. Aku nak banggakan emak dan ayah. Aku nak balas jasa mereka.

Beep... Beep...

Iphoneku berbunyi menandakan mesej masuk. Aku memasukkan password dan segera membuka Whatsapp. Cikgu Daniel hantar chat

Nak makan Big Apple tak?

Lantas bibirku mengukir senyum seusai saja aku membaca chat dari Cikgu Daniel. Belum sempat aku membalas, terdapat satu lagi chat masuk. Dari Cikgu Daniel jugak.

Alahai... manisnya senyum tu 

Aku mengerut dahi. Mana pulak Cikgu Daniel tahu aku tengah senyum ni? Dia ada dekat sini ke? Mataku melilau mancari kelibat Cikgu Daniel. Takda pun. Aku kembali melihat skrin Iphoneku.

Mana ada saya senyum! Cikgu kat mana sekarang?

Dekat hati Farah lah... hehe

Ya Allah. Cikgu Daniel ni demam ke lalok?! Tiba-tiba nak main pickup line kat aku. Tanganku pantas menari-nari di keypad.

Main-main cikgu eh!!  

Janganlah marah. HAHAHA... Saya dekat tempat parkir kereta ni. Cuba Farah tengok kiri.

Aku memandang ke kiriku. Oh! Cikgu Daniel tengah berdiri di tepi kereta Honda Civic Coupe kepunyaannya sambil merenung aku dengan senyuman menggodanya. Dia mengenakan kemeja polo warna putih bersih dengan seluar slack berwarna khaki. Nampak HOT gila! Tambah lagi cuaca panas boleh cair aku sekarang.


Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


Perlahan-lahan aku menghampirinya. Cikgu Daniel masih dengan senyumannya. Alaaa... Berhentilah senyum. Bikin malu aku je! Aku berdehem perlahan apabila sudah berdiri di hadapannya. Aku berusaha buat muka seposen di depannya sedangkan jantung aku dah berdegup bagai nak gila. Attention! Ovari aku tak exploded lagi kay! HAHA

Memandangkan Cikgu Daniel masih lagi merenungku, nampaknya terpaksalah aku memulakan bicara. "Kenapa cikgu tak bagitahu awal-awal sebelum datang sini?"  

"Saja je. Tak boleh ke?"

Fuhhh! Jawapan Cikgu Daniel ni memanglah hebat. Aku malas nak bagi respon.

"Jomlah! Kata nak makan big apple." Kata Cikgu Daniel kepadaku apabila melihat aku diam sahaja.

"Bila masa pulak saya cakap nak makan big apple. Cikgu yang tiba-tiba ajak saya tadi."

"Yelah. Yelah. Saya yang ajak.  Nak ke taknak?" 

"Ofcourse lah nak. Jom!" Aku tersenyum girang seperti kanak-kanak yang diberi gula-gula. Aduhai, umur dah 24 tahun tapi perangai masih tak matang lagi.


Hambar kan? Hmm.. Saya terlalu busy sampaikan idea pun takda nak sambung story ni. Sorry ye readers sekalian nanti kalau ada masa InsyaAllah saya akan editkan. Keep reading it okay? I love you!!

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang