[COMPLETE]
Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...
Aku memandu sambil mata meliar mencari tempat yang dihantar oleh Lidya semalam melalui Whatsapp.
"In 100 metres, turn right. Your destination will be there," suara perempuan dari aplikasi Waze berbunyi. Aku hanya ikutkan sahaja. Kalau tak ikut, boleh sesat aku nanti.
Selepas masuk simpang kanan, sekali lagi mataku menjalankan tugasnya. Kiri kanan bangunan aku tengok. Dan ketika itulah aku jumpa tempat yang dicari-cari dari tadi. Chizzy French Restaurant. Aku memarkir kereta tepat di hadapan restoran itu. Nasib baik hari ini hari Isnin, adalah lengang sikit jalan dan tempat parking.
Sebelum aku keluar dari kereta, aku terlebih dahulu memaklumkan kepada Lidya akan kedatangan aku di situ. Kebetulan dia sedang online, jadi dia pun menyuruh aku masuk ke dalam. Yalah. Party orang yang baru kenal. Kenalah bagitahu bila dah sampai. Kang nanti orang tu tak ada dekat dalam restoran tu kan malu.
Aku menolak pintu restoran yang agak mewah itu. Bila melihat dekorasi di dalam restoran itu, aku rasa macam sekarang ni aku tengah berada di negara Perancis. Terdapat satu replika Eiffel Tower di tepi kaunter tersebut. Dekorasi dalam restoran itu jugak bertemakan Perancis. Nampak mewahlah jugak. Alahai... Lupa pulak nak check dompet tadi. Berapa eh duit dalam dompet aku ni. Kecut pulak aku nak order makanan lepasni.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Bien venue." Kata seorang pelayan perempuan di kaunter.
Aku yang keliru dengan perkataan singkat itu tadi hanya mampu senyum je dekat dia. Apa dia cakap tadi? Bean venue? Tempat kacang? Hok alorh! Tak faham aku.
"Can I help you?"
Hah! Cakap gitu baru aku faham dan kebetulan pulak aku memang perlukan bantuan dia sekarang.
"Err... Saya cari kawan saya. Dia buat party dekat sini,"
"May I know the name?" Soalnya lagi.
"Lidya?" Jawabku tak pasti. Aku tak tahu nama panjang Lidya.
"Oh... Dia duduk dekat meja hujung sana," jari telunjuknya diarahkan ke meja yang dikatanya.
Aku turut melihat tempat yang ditunjuk oleh pelayan tersebut. Terdapat beberapa orang perempuan sedang bergelak ketawa di meja hujung sana. Tapi tak ada pun kelibat Lidya dekat sana. Hmm... Mungkin dia duduk membelakangkan aku. Aku senyum kepada pelayan yang baik hati itu dan mengucapkan terima kasih. Kakiku melangkah perlahan menuju meja hujung di mana Lidya dan kawan-kawannya sedang duduk.
"Assalamualaikum," tegurku apabila sudahpun berada di meja tersebut.
Lidya dan kawan-kawannya menoleh ke arah aku. Aku menguntum senyum.
"Who are you?" Tanya salah seorang daripada kawan Lidya dengan kasar.
"I am Farah. Lidya's friend," jawabku sambil senyum paksa. Dalam hati aku sekarang dah berbakul sumpahan aku bagi dekat perempuan tadi. Tanya orang tak boleh tanya elok-elok ke? Harap muka je lawa tapi perangai hampeh! Nasib baik Lidya tak macam kawan dia yang seorang tu.