Bab 13

9.6K 308 0
                                        

Aku tersedar dari lenaku apabila merasakan lenganku digoncang oleh seseorang. Aku menggeliat. Aku cuba untuk melihat manusia yang mengganggu aku tidur tadi. Tapi penglihatanku masih kabur. Aku memisat-misat mataku. Membuang tahi mata yang terkumpul. Apabila sudah jelas, wajah Cikgu Daniel yang sedang senyum menghiasi pandanganku.

Ya Allah. Spontan aku menegakkan badan. Haduh... Buruknya perangai aku. Mesti hodoh rupa aku tadi. Aku menekup mukaku dengan kedua-dua tapak tangan. Cover malu sikit.

"Sorry. Abang kejutkan Farah sebab nak ajak solat subuh sama-sama. Dah masuk waktu subuh ni," kata suamiku lembut.

Aku mencari wajah suamiku dari celah-celah jari.

"Tak payahlah nak tutup muka tu. Cantik je abang tengok. Masa tidur lagi cantik. Sampai abang tak sanggup nak kejutkan Farah tadi," puji suamiku. Entah ikhlas ataupun tidak. Mungkin sekadar untuk menyedapkan hati aku.

"Dah... Dah... Ambik wuduk cepat. Abang tunggu," dia bangkit dari katil lalu menghampar sejadah.

Aku pun turut sama bangkit dan segera mengambil wuduk. Sempat jugak aku lihat muka aku dekat cermin tadi. Selesai subuh dan bacaan doa darinya, aku menyalam tangannya. Dia pulak seperti solat Isyak malam tadi, mencium dahiku dengan penuh syahdu.

"Farah nak sambung tidur lagi ke?" Tanya Cikgu Daniel.

Aku tengok jam di dinding. Masih awal lagi. Baik aku tidur sekejap. Aku pun mengangguk.

"Okay. Farah tidurlah. Abang nak baca Quran dulu," dia mengambil Quran di meja belajarku lalu duduk di birai katil.

Subhanallah. Kagum betul aku dekat Cikgu Daniel. Selepas solat subuh dia mengisi masanya dengan membaca al-Quran. Tak macam aku ni. Lepas subuh terus membuat tahi mata.

Aku baring sambil melihat belakang Cikgu Daniel. Merdu sungguh suaranya. Tanpa sedar aku pun terlelap diiringi dengan alunan suara Cikgu Daniel.

***

Sinaran cahaya matahari dari luar menyilaukan mataku. Sekali lagi lenaku terganggu. Aku membuka mataku perlahan. Cuba untuk menyesuaikan diri. Apabila aku sudah sedar sepenuhnya aku cuba untuk bangkit. Tapi dihalang sesuatu. Aku mencari benda yang menghalang di pinggangku.

Mataku terus membuntang bila terlihat tangan Cikgu Daniel sedang kemas memeluk pinggangku. Terus aku bergoleng ke kiriku lalu...

"Auch!!!" Aduhku kesakitan. Sekarang aku sudah terduduk di atas lantai. Sedap wei jatuh dari katil. 'Apalah bodoh kau ni Farah,' kutuk hatiku.

Cikgu Daniel yang terkejut dengan jeritan kecilku segera menghampiri aku. Dia duduk bercangkung di hadapanku.

"Kenapa ni?" Tanya Cikgu Daniel, risau.

"Farah jatuh tadi,"

"Kenapa boleh jatuh pulak?" Soalnya kehairanan.

"Err... Farah... Fa- farah tak tahu. Farah tidur tadi. Tiba-tiba boleh ada dekat atas lantai ni," bohongku. Takkan nak bagitahu yang aku dengan rela hati bergoleng ke keluar dari zon katil sebab terkejut tengok dia peluk pinggang aku tadi. Gila kau. Fuh... Nasib baik dia percaya.

"Okay tak ni?"

"Okay.. Okay.." Aku cuba untuk bangun. "Aduh!!" Tapi gagal. Punggung aku masih sakit lagi sebab kena hentak atas lantai kuat sangat.

"Tak okay ni," kataku akhirnya.

Tiba-tiba sahaja diriku sudahpun terapung di atas lantai. Cikgu Daniel ni suka sangat buat sesuatu tak bagi salam tak minta izin. Aku memeluk erat lehernya bila dia mendukung aku seperti seorang puteri. Terkejut dengan tindakannya itu. Dia meletakkan diriku di atas katil. Nasib baik aku tak berat. Huhuhu...

"Duduk sekejap. Lepastu try berdiri balik. InsyaAllah, okay punya."

Aku patuh. Selepas lima minit aku duduk, perlahan-lahan aku cuba berdiri semula. Cikgu Daniel memegang pinggang dan bahuku. Langkah berjaga-jaga. Mana tahu tak okay jugak.

Alhamdulillah. Aku berdiri dengan bangganya. "Terima kasih," ucapku kepada Cikgu Daniel.

"Anything for my love,"

***

"Tambahlah lagi nasi tu, Daniel." Kata emak apabila melihat pinggan Cikgu Daniel yang hampir kosong itu.

Cikgu Daniel tersenyum sambil mengangguk.

"Abang nak nasi lagi ke?" Tanyaku kepadanya. Aku bahasakan dia 'abang' di hadapan emak dan ayah. Gila nak bahasakan 'cikgu' depan mereka. Memang 24 jam lah aku diberi ceramah percuma oleh emak.

Cikgu Daniel menghulurkan pinggannya kepadaku. Aku kaup sesenduk nasi goreng ke pinggannya. Kali ini sudah merupakan kali ketiga dia menambah nasi goreng kampung yang dibuat oleh emak. Pelahap jugak Cikgu Daniel ni.

"Sedap sangat ke nasi goreng ni?" Ayahku minta pendapat dari menantu lelakinya.

"Sedap sangat, ayah. Nanti nak minta resepi dekat emak boleh tak?"

"Tak payah nak minta resepi. Tu, isteri kamu tu dah diturunkan pelbagai ilmu memasak dari emak. Dekat rumah nanti kamu suruhlah dia masak nasi goreng kampung ni," sampuk emak pula.

"Lain orang lain rasanya nanti. Agaknya nasi goreng emak lagi sedap,"

"Mana ada! Abang belum rasa lagi nasi goreng Farah. Farah buat lagi sedap sehingga menjilat jari. Farah tak tipu tau. Emak dengan ayah dah bagi anugerah nasi goreng kampung paling sedap dekat Farah," aku pertahankan diri. Hek eleh... Dia belum cuba lagi masakan aku dah cakap macam tu. 'Lain orang lain rasanya.' Memang pun. Tapi yang pasti aku punya lagi sedap. Huh...

"Ye ke sayang? Baiklah kalau macam tu. Esok pagi sayang pulak masak nasi goreng ni untuk abang. Okay?" Pinta suamiku.

"No hal lah. You wait and see," semangatku berkobar-kobar bila dicabar olehnya. Tak sabar nak tunggu esok pagi. Kalau boleh tengah hari ni jugak aku masakkan nasi goreng kampung untuk dia. Tapi takut nanti dia muak pula. Sarapan dah makan nasi goreng takkan lunch pun makan benda yang sama.

Seriously dah out of ideas 😭 bila idea datang masalah pulak nak translatekan dalam bentuk ayat haihhh sorry guys if story ni hambar 🙏🙏

 

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang