[COMPLETE]
Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...
Kami sampai di rumah tepat pukul 8 malam. Balik sahaja dari majlis graduasi, Cikgu Daniel mengajak aku, emak dan ayah makan di sebuah kedai mamak berhampiran dengan universiti. Tak lupa juga dengan si Adelin dan Rizwan. Emak dan ayah banyak menanyakan soalan kepada Cikgu Daniel. Yelah, nak kenal-kenal dengan bakal menantu. Happy bebenor muka diorang. Cikgu Daniel tenang saja menjawab setiap soalan yang diajukan.
Kawan aku yang dua orang itu pulak tak berhenti-henti menyakat aku dan Cikgu Daniel. Kata Adelin yang aku ni rupanya pernah ada hati dekat Cikgu Daniel masa di sekolah. Mati-mati aku menidakkannya. Nasib baik Cikgu Daniel tolong aku. Katanya, "Cikgu yang dah lama ada hati dekat kawan kamu ni. Bukan dia." Rizwan pun terus mengusik Cikgu Daniel. Pening aku melayan kerenah pasangan gila itu. Nasib baik kawan kalau tak dah lama aku hentak kepala mereka.
Seusai saja mandi dan menyiapkan diri, aku terus membaling badanku ke atas katil. Lagak seperti atlet lompat tinggi. Untunglah tilam empuk. Aku mencapai iphoneku. Sengaja aku matikan phone sebab taknak orang ganggu. Lagi-lagi Cikgu Daniel. Kejamkan aku. Tapi maaflah sebab aku taknak Cikgu Daniel tahu yang dulu dan sekarang aku pernah menaruh hati padanya. Aku taknak identiti aku sebagai 'Fani' terbongkar. Aku cuma nak dia tahu yang sekarang aku terpaksa berkahwin dengan dia sebab nak tunaikan hajat emak dan ayah.
Bila difikirkan tentang esok, jantungku terus berdegup laju. Rasa berdebar sangat-sangat sebab esok kali pertama aku berjumpa dengan keluarga Cikgu Daniel. Entah mereka sudi atau tidak menerima aku sebagai bakal menantu. Dari soal sesi perkenalan antara emak ayah dan Cikgu Daniel tadi aku baru tahu yang dia juga turut merupakan seorang anak tunggal. Haih... Apalah nasib. Pasti berat hati ibu bapa Cikgu Daniel nak melepaskan anak lelaki kesayangan mereka kepada aku. Sebab aku muda lagi. Cewahhhh! Haha... Esok confirm giliran aku pulak disoal siasat oleh ibu bapa Cikgu Daniel. Yakin sangat-sangat. Jadi kenalah sediakan bahan untuk menjawab soalan maut nanti. Mudahan dipermudahkan segalanya esok. Aamin.
***
Aku tenung cincin berlian di jari manisku. Simple saja tapi sangat cantik bagiku. Sudahlah dengan warna kegemaranku, pink. Aku senyum nipis. Sekarang aku sudah jadi tunang kepada Cikgu Daniel. Kedua-dua pihak sudah bersetuju untuk melangsungkan majlis perkahwinan kami sebulan selepas tarikh pertunangan. Singkat? Ya, memang singkat. Sebab kedua-dua ibu bapa taknak menangguhkan tarikh perkahwinan lama-lama. Takut terjadi benda yang tak diingini pulak. Lagipun tempoh sebulan itu cukup untuk prepare semuanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Suka ke dengan cincin tu?" Satu suara perempuan menegurku dari belakang.
Aku memusingkan kepala untuk melihat pemilik suara itu. Oh, Aunty Zila. Ibu kepada Cikgu Daniel. Sebenarnya aku belum sempat nak berkenalan dengan ibu bapa Cikgu Daniel. Cikgu Daniel pun tak menghadirkan diri hari ini. Tak wajib pun untuk tunang lelaki menghadirkan diri dalam majlis pertunangan ini. Asalkan ada wakil untuk menyarungkan cincin pertunangan di jari manis sang perempuan.
"Aunty, duduklah sini." Pelawaku kepadanya. Aunty Zila pun mengambil tempat di sebelahku.
"Tak payahlah panggil aunty. Panggil ibu je,"
Aku tersenyum malu. Panggil ibu lah pulak.
"Tadi ibu tanya Farah suka tak cincin tu?" Soal ibu sambil mulutnya dimuncungkan sedikit ke arah cincin di jari manisku. Comel pulak rupanya.
Aku angguk. Memang aku suka. Kalau tak suka takdalah dari tadi aku duk tenung je cincin ni.
"Cincin ni Daniel awal-awal lagi tempah untuk Farah. Katanya Farah suka dengan warna pink," cerita ibu.
Aku pelik. Jadi sebelum ni Cikgu Daniel memang dah rancang awal-awallah nak melamar aku. Aku ingatkan dia tak tegur aku selama dua bulan lebih tu sebab dah putus asa. Rupanya ada rancangan sendiri.
"Ibu harap Farah dapat cintakan Daniel dengan sepenuh hati Farah. Ibu tahu Farah merupakan perempuan terbaik untuk anak ibu. Hanya dia seorang je anak yang ibu dan abah ada. Nanti bila kami dah tak ada, Farahlah yang kena jaga Daniel. Ibu harap Farah tak mengecewakan kami,"
Aku tersenyum pahit. Makin besar tanggungjawab aku rupanya. Ingatkan bila dah tunaikan hajat emak dan ayah yang nak lihat aku kahwin dah selesai. Sekarang ibu pulak yang beri hajat untuk aku tunaikan. Kedua-dua hajat mereka sama. Bila mereka dah tak ada mereka nak lihat anak mereka bahagia dalam jagaan orang lain.
Perempuan terbaik? Maaf, ibu. Aku bukan perempuan terbaik. Aku sekarang menjadi tunang kepada anak dia sebab nak tunaikan hajat emak dan ayah. Bukan atas kerelaan aku. Memang aku cintakan Cikgu Daniel tapi biar hanya aku dan Allah sahaja yang tahu tentang itu.
'Farah minta maaf andai Farah tak dapat tunaikan hajat ibu. Farah mungkin akan sakitkan hati anak ibu.' Kata-kata itu aku cuma mampu katakan di dalam hati.
Sorry readers sekalian. Farah dan Cikgu Daniel hanyabertunangsahajadalam chapter ni. Maybe chapter yang seterusnyabarumerekakahwin 👉👈 so sorry 🙏 btw keep reading it okay ☺ Janganlupa vote dan comments ya 😘💕