"Sejak bila cikgu suka dekat Farah?" tanyaku kepada Cikgu Daniel. Ini merupakan soalan yang ke-n aku tanya. Sebelum ini aku tanya soalan basic saja. Macam warna kegemaran, makanan kegemaran dan lain-lainlah. Aku pun malas nak senaraikan soalan basic tu.
Cikgu Daniel memandangku. Lama dia pandang aku. Soalan aku tadi pun dia belum jawab lagi. Susah sangat ke soalan aku tadi.
"Betul nak tahu ni?" Dia tanya kepadaku pulak. Apadaaa cikgu ni. Kita tanya soalan dia balas dengan soalan jugak. Jawab sajalah.
"Betullah. Kenapa? Tak boleh?"
"Betul ni? Farah yakin?"
"Betullah! Eeee... Kalau taknak jawab cakap je lah," Aku bengang. Tak nak jawab sudah. Aku pun tak ingin nak ambik tahu.
'Eh, kalau betul kau tak ingin asal kau tanya jugak soalan tadi?' hatiku bersuara.
Lantak akulah. Kau diam!
"Alahai. Janganlah marah sayang," Cikgu Daniel mencubit pipiku.
"Sakitlah!" Marahku. Aku menggosok pipi kiriku.
"Marahlah lagi. Abang cubit pipi sayang sampai merah. Nak?" tangannya cuba meraih pipiku lagi. Pantas aku menolak tangannya.
"Okay okay... Tak marah dah," aku tewas.
Cikgu Daniel tersenyum kemenangan.
"Tapi Farah betul-betul nak tahu ke?"
"Kalau cikgu nak bagi tahu Farah dengarkan saja. Kalau cikgu tak nak takpelah," jawabku.
"Hmm... Abang malulah," katanya sambil menggaru belakang lehernya.
"Eh, malu pulak? Kalau malu takpelah," tahu jugak erti malu rupanya. Ingatkan memang tak tahu malu.
"Actually... Abang... Abang sukakan Farah since kita jumpa dekat gelanggang futsal lagi. Ingat lagi tak time tu?"
Aku mengangguk. Aku teringat masa kami bertemu di gelanggang futsal dulu. Itulah kali pertama sejak aku berhenti sekolah aku berjumpa dengan dia.
"Masa tu abang mula percaya akan cinta pandang pertama," dia ketawa.
"Abang kerap berdoa semoga diberi peluang untuk bertemu semula dengan Farah. Dan syukur sangat-sangat bila doa abang dimakbulkan. Abang jumpa Farah sekali lagi dekat mall. Abang was really happy and now you are here as my lovely wife," ceritanya sambil mengusap kepalaku.
Aku terkedu. Dari riak wajah Cikgu Daniel sekarang, aku dapat lihat yang dia begitu gembira dan bersyukur bila punya aku sebagai isterinya. Aku tak sangka bahawa lelaki yang aku pernah menaruh hati di zaman sekolah dulu juga mencintai aku sepenuh hatinya. Aku tak pernah bermimpi untuk menjalankan hidup bersama sebagai pasangan suami isteri dengan lelaki ini. Tetapi lelaki di hadapanku ini begitu inginkan aku sebagai suri hatinya. Sedangkan aku hanyalah menerima dia kerana niat yang lain. Sungguh aku rasa berdosa sekarang. Aku teringat akan pesan emak.
'Patuh dan taat dekat suami. Jangan nak derhaka pulak. Ingat. Syurga seorang isteri letaknya pada si suami sekarang,'
"Sayang,"
Aku tersedar dari lamunanku. Allahu... Mengelamun pulak.
"Sayang okay tak ni?" tanya suamiku risau.
"Farah okay. Mengelamun sekejap tadi. Heee..." Aku ketawa menutup malu.
"Mengelamun pulak dia. Hah, giliran abang pulak tanya soalan ni,"
"Ha'ah. Apa soalannya?"
"Kenapa Farah masih panggil abang 'cikgu'? Kenapa tak panggil 'abang'? Kalau depan emak dengan ayah boleh je Farah panggil abang 'abang'. Kenapa depan abang tak panggil 'abang' jugak?" Tu dia. Sekali dia tanya sampai tiga soalan dia berikan dekat aku.
Farah buntu. Ini soalan aras kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Agaknya lagi tinggi arasnya ni.
"Errr.. Farah belum biasa lagilah nak panggil cikgu 'abang'. Maaflah kalau depan emak ayah Farah panggil cikgu 'abang'. Sebab Farah taknak mereka marahkan Farah," aku menundukkan kepalaku.
"Farah memang patut kena marah pun," selamba Cikgu Daniel kata begitu.
"Sorrylah. Farah dah biasa panggil cikgu 'cikgu'. Harap cikgu fahamlah dengan keadaan Farah ni," aku menegakkan keadilanku. Wahh! Menegakkan keadilan ya. Cantik ayat kau, Farah.
"Hmm.. Yelah yelah. But Farah kenalah biasakan diri guna panggilan 'abang' tu. Cuba panggil abang sekarang,"
"Sekarang? Tak naklah," aku mengelak. Adakah patut suruh panggil dia 'abang' sekarang. Tapi memang patut pun.
Tajam Cikgu Daniel memandangku. Aku mulai gerun.
"Janganlah pandang Farah macam tu cik- eh a-ab-abang," fuh... Punyalah susah aku nak sebut perkataan 'abang' tu. Sampai tergagap-gagap dibuatnya.
Cikgu Daniel tersenyum.
"Haaa.. Kan manis panggil macam tu. Make sure panggil abang 'abang' tau. Kalau abang dengar Farah panggil abang 'cikgu', abang cium Farah sampai Farah panggil abang 'abang'," dia bagi amaran dekat aku.
"Mana boleh macam tu," aku menunjukkan rasa tidak puas hatiku.
"Boleh. Well practise makes perfect. Kan, sayang?"
"Yelah," aku mencebik. Cikgu Daniel ketawa melihat reaksiku.
Pendek saja untuk bab ini. Maybe next chapter author akan buat panjang-panjang. Hehe Insyaallah. Btw yang silent readers tu I really hope that you could vote this story. It really gives me spirit to write this story. Lastly, thank you bagi yang selalu vomment and I really appreciate it so much. Love ya :)
YOU ARE READING
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...