Aku sibuk menggaul gulai ikan tenggiri di dalam periuk. Yakin yang ikan tersebut sudah masak, aku masukkan tomato dan cili hijau dan dibiarkan beberapa minit sebelum aku menutup api gas. Aku mengalih gulai tersebut ke dalam mangkuk kaca dan diletakkan di atas meja makan. Menu untuk makan tengah hari ni simple je. Gulai ikan tenggiri dengan kacang bendir goreng ikan bilis dan telur. Sebelum ni memang aku tak suka mana-mana menu sayur kampung lagi-lagi kacang bendir. Tapi sejak aku mengandung, selera aku memang nak makan sayur je. Agaknya anak aku ni minat makan sayur kot.
Tidak lama kemudian, Cikgu Daniel balik dari kerja. Aku yang masih lagi di dapur menghampirinya dengan senyuman manis. Suami balik dari kerja mestila penat jadi aku sebagai isteri mithali kenalah senyum manis-manis supaya semua penat lelah yang ada dalam dirinya terus hilang ditiup angin (apa yang aku merepek ni haha). Cikgu Daniel membalas senyumanku.
"Sayang masak apa hari ni? Abang lapar la," tanya Cikgu Daniel. Dia merangkul pinggangku dan menapak ke dapur.
"Farah masak gulai ikan tenggiri dengan kacang bendir goreng ikan bilis dan telur," balasku sambil membuka tudung saji. Aku menyenduk nasi dan diletakkan ke dalam pinggan lalu dihulur kepada Cikgu Daniel yang sudah pun duduk di kerusi hadapanku.
"Sedap nya bau gulai ikan ni," pujinya. Aku hanya sengih lalu duduk di kerusi.
Seperti biasa, Cikgu Daniel membaca doa makan. Usai doa, kami pun makan dengan berselera. Memang sedap betul masakan aku. Puji diri sendiri nampak. Haha...
"Cepatnya abang makan. Nak nasi lagi tak?" ujarku apabila melihat pinggan Cikgu Daniel yang sudahpun licin. Cikgu Daniel geleng kepala. Aku akur dan sambung menyuap nasi ke dalam mulut.
"So, mana janji Farah malam tadi?" Tanya Cikgu Daniel setelah beberapa minit mendiamkan diri.
Aku tersedak. Pantas tanganku mengambil gelas yang berisi air kosong di hadapanku dan aku minum dengan rakus. Aku menghela nafas lega. Nasib baik tak mati tersedak. Nauzubillah...
"Err... Janji apa?" Aku pura-pura lupa. Cikgu Daniel masih lagi memandangku dengan dagu ditongkatkan dengan tangan kirinya.
"Janji malam tadi lah. Takkan dah lupa kot,"
"Haah. Farah lupa. Hehe," aku sengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal.
"Farah kan dah janji hari ni nak cerita dekat abang pasal pertama kali Farah jumpa abang Farah dah jatuh cinta kat abang. Apa maksud Farah pertama kali kita jumpa tu?" Dia mengingatkan janji semalam.
"Farah ni memang pelupa betul eh?" Sambungnya lagi.
"Ohh... Baru Farah ingat. Ye, memang Farah janji nak cerita dekat abang pasal tu. Tapi biarlah Farah habis makan dulu eh? Tak baiklah bercakap depan rezeki ni," aku cuba berdalih.
Cikgu Daniel melihat pingganku yang masih lagi berisi nasi dan lauk.
"Ye lah,"
Aku tersenyum kelat. Haih... Nak tak nak terbongkar jugakla rahsia aku tu.
***
Usai solat Zuhur, aku dan Cikgu Daniel berbaring di katil. Suasana senyap seketika sebelum Cikgu Daniel kembali mengingatkan aku janji semalam.
"Janji?"
Aku berpaling memandang wajah Cikgu Daniel di sebelahku.
"Err... Kita tidur dulu eh? Farah ngantuk la," pintaku. Hakikatnya aku tak mengantuk langsung.
"No! Kenapa Farah selalu sangat mengelak setiap kali abang suruh Farah ceritakan hal tu? Complicated sangat ke cerita Farah tu?" Tanya Cikgu Daniel bertubi-tubi. Keningnya bertaut menandakan dia sedang menahan sabar dengan perangai aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romansa[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...