Bab 23

9.4K 267 12
                                        

Aku terjaga dari tidur apabila merasakan ada tangan menggoncang badanku. Siapa lagi kalau bukan suami aku. Haih... Malas betul nak bangun.

"Bangunlah, Farah. Dah masuk subuh ni," kata Cikgu Daniel. Tangannya masih tidak berhenti menggoncang badanku.

"Emm... Okay..." Perlahan aku bersuara.

Cikgu Daniel sudahpun berlalu masuk ke dalam bilik mandi untuk mengambil wuduk. Aku duduk sebentar di atas katil sambil memeluk tubuh. Sejuk betul. Bila melihat suamiku keluar dari billik mandi, aku pun bangkit. Bila sudah berdiri, aku merasakan otakku berdenyut-denyut. Mataku terpejam dan mukaku berkerut menahan sakit di kepala. Aku memicit-micit kepalaku.

"Sayang kenapa?" Cikgu Daniel berdiri di hadapanku dengan riak wajah yang risau.

"Tak... Pening sikit je. Mungkin pening sebab baru bangun tidur kot," ujarku lalu kembali melangkah menuju ke bilik mandi.

Usai sahaja solat subuh, aku kembali berbaring di atas katil. Cikgu Daniel pulak seperti biasa dia akan mandi dulu dan bersiap untuk pergi kerja. Sementara dia bersiap aku akan membuatkan sarapan pagi tapi hari ini aku rasa malas pulak. Pening di kepala masih lagi tidak hilang. Bilik pulak masih sejuk sedangkan penghawa dingin sudah pun aku tutupkan tadi. Aku menarik selimut tebal dan menyeliputi badanku sehingga ke leher. Mata dipejam sebentar.

"Sayang, bangun."

Aku terdengar suara Cikgu Daniel di telingaku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan melihat suamiku yang sudah lengkap berpakaian kerja. Ya ampun. Aku terlelap ke tadi? Sarapan belum dibuat lagi ni. Pantas aku bangkit dari baringan dan ketika aku berdiri di atas lantai, badanku tiba-tiba hilang keseimbangan. Otakku berdenyut lagi. Lebih kuat denyutannya dari tadi. Aku pun terduduk di atas katil. Ya Allah... Sakitnya! Aku memicit-micit kepalaku.

"Sayang ni kenapa? Sayang tak sihat ke?" Suamiku meletak belakang tapak tangannya di dahiku. "Panasnya. Sayang demam ni."

"Takde apa-apalah, bang. Demam biasa saje ni. Dahlah... Farah nak mandi. Nanti akhir pulak masuk kerja," aku menafikannya. Bagiku demam macam ni bukan teruk pun. Telan panadol satu biji, tengah hari nanti baiklah.

"No! Abang tak izinkan. Hari ni Farah off. Kita pergi klinik," ujarnya tegas. Dia keluar dari bilik.

Aku yang selalunya akan membidas segala kata-katanya mula akur. Teringat akan janji semalam. Segala permintaan dia akan aku tunaikan. Ini juga merupakan satu permintaan walaupun ia berbaur seperti satu arahan daripada seorang suami. Cikgu Daniel kembali masuk ke dalam bilik dengan membawa segelas air.

"Makan ubat ni dulu lepastu rehat. Pukul lapan kita pergi klinik," katanya apabila duduk di tepiku.

Aku mengambil sebiji pil panadol dari tangannya dan diletakkan di dalam mulut lalu meminum air kosong di dalam gelas kaca itu.

"Abang tak pergi sekolah ke?" Soalku. Jam sudah menunjukkan pukul 7. Sepatutnya dia dah berangkat pergi kerja tapi dia masih lagi setia duduk di tepiku.

"Abang ambil cuti. Farahkan demam... Takkan abang nak biarkan Farah sorang-sorang dalam rumah ni?"

Alahai... Sanggup dia ambil cuti hanya untuk menjaga aku yang sedang demam biasa ini. Makin jatuh sayang aku dekat suami aku ni. Haha.

"Hmm... Farah lupalah nak telefon Farid. Nak minta kebenaran dekat dia untuk bagi cuti," aku baru teringat terhadap klinik.

"Tak payah risaulah. Farah rehat je dulu. Nanti abang cakap dekat Farid yang Farah tak dapat turun kerja hari ni," dia menolak lembut badanku supaya berbaring.

Aku ikutkan saja. Rasa letih yang teramat. Dia menyelimuti badanku dengan selimut tebal. Aku perasan yang riak wajahnya sungguh tenang. Tapi aku yakin, di dalam hatinya mesti dia risau. Yalah. Suami mana yang tak risau bila isteri jatuh sakit. Kan?

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang