Bab 26

7.7K 253 10
                                    

"Seronok tak party tadi?" Tanya Cikgu Daniel setelah aku melabuh duduk di sebelahnya. Dia memeluk bahuku.

"Hmm... Tak seronok. Better Farah lepak dengan abang je tadi," rungutku sambil membaringkan kepalaku di dadanya. 

"Kenapa tak seronok pulak?"

"Hahaha... Takdalah. Farah gurau je tadi. Pandai betul Lidya pilih tempat untuk buat party. Kawan-kawan dia pun semua baik-baik. Farah dengan baby pun kenyang selepas pergi party tu," jawabku. Hakikatnya semua yang aku katakan itu palsu belaka. 

"Ohh... Baguslah kalau macam tu."

"Abang dah makan belum?" Tanyaku pula. 

"Hmm... Belum lagi," suamiku buat mimik muka seperti merajuk. 

"Lerrr... Yeke? Kesiannya. Sayang, tengok papa sayang ni belum makan lagi. Kecian papa kan? Jom, tolong mama masak untuk papa." Aku menunduk kepala sambil bercakap dengan kandunganku. Cikgu Daniel ketawa sebentar.

"Apa Farah cakap tadi? Mama? Papa?" Dia ketawa lagi.

"Why? Abang tak suka?" Giliran aku pulak yang nak merajuk.

"Aduhai... Sayang, tengok mama sayang ni. Gurau sikit dah merajuk. Macam mana papa tak stres kalau hari-hari nak kena pujuk mama sayang ni," katanya kepada perutku lalu membelainya. "Kalau anak papa dah keluar nanti, jangan kuat merajuk macam mama tau. Lagi stres papa kena pujuk dua orang nanti."

Aku tersenyum mendengar ayat dari suamiku itu. Anak masih dalam kandungan lagi kami suami isteri dah macam ni. Apatah lagi kalau dah keluar. Sungguhlah benar kata orang. Anak itu merupakan penyeri rumah tangga. 

***

Petang sabtu itu, aku dan suami membeli barang dapur di supermarket. Kami terpisah sebentar sebab aku terlebih dahulu tertarik dengan sudut barangan bayi. Aku menyuruh Cikgu Daniel mencari barang dapur yang perlu dibeli dahulu dan tinggalkan aku di situ.

Rambang betul mata aku sekarang ni. Baju-baju bayi yang tersusun kemas di rak itu sungguh cantik. Akhirnya, di tangan aku sekarang sudah pun memegang beberapa helai baju bayi untuk dibeli. Aku pilih yang unisex punya sebab tak tahu lagi anak yang bakal aku lahir nanti lelaki ke perempuan. 

"Wah, banyak betul sayang pilih baju tu."

Aku terkejut sebentar sebelum menoleh menghadap empunya suara tadi. Haih... Laki aku rupanya. Nasib baik tak gugur jantung tadi.

"Abang ni dah tak pandai bagi salam dulu ke?" Marahku. Dia tersengih.

"Sorry. Hahaha..."

"Mana barang dapur? Abang belum beli lagi ke?" Tanyaku apabila melihat tangannya yang kosong itu.

"Dah. Abang letak barang dalam kereta tadi. Abang fikir nak makan dekat restoran yang kita pernah pergi dulu lepas ni,"

Aku angkat kening sebelah. Restoran mana pulak?

"Restoran tempat abang lamar Farah dulu. Takkan tak ingat dah?" Katanya. Macam tahu je yang aku ni tertanya-tanya tentang restoran itu.

"Ingatlah cuma keliru. Tapi, kenapa nak makan dekat situ? Makanan situ mahal-mahallah,"

"Sebab abang nak makan dekat situlah,"

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Where stories live. Discover now