Bab 22

8.4K 270 12
                                    

Aku melihat pregnancy test di tanganku. Dari arahan yang terdapat di kotaknya, aku dapat tahu yang keputusan akan ditunjukkan selepas lebih kurang 3 minit. Menanti 3 minit itu sungguh menyeksakan dan mendebarkan walaupun ia merupakan masa yang begitu singkat. Masa terus berlalu dan aku pun melihat skrin kecil alat penguji tersebut. Negative

Dah agak dah. Kecewa? Tak. Aku taklah kecewa sangat. Mungkin bukan rezeki aku. Aku bukannya nak sangat guna pregnancy test ni. Ini pun cadangan budak Adelin yang bawak aku pergi farmasi sebab nak belikan benda tu. Aku pun keluar dari jamban. Aku melihat Adelin yang jelas terpancar riak wajah terujanya. Mungkin mengharapkan jawapan yang positif dari aku.

"Macam mana?" Soalnya.

Aku menggeleng kepala. Terus hilang senyuman dari bibirnya. Aduhai... Aku ni taklah kecewa macam tu sangat. Yang dia tu melebih sangat kecewa asal? Nak sangat timang anak pergilah kahwin dengan Rizwan cepat-cepat. 

"Kau sabar eh. Mungkin bukan rezeki kau," Adelin menepuk lembut bahuku.

Aku cuma tersenyum. Aku tak pernah berharap pun yang aku akan mengandung sekarang dengan tanda-tanda yang Kak Suzy dan Adelin tengok sebelum ni. Mereka tu je yang lebih-lebih fikir jauh sangat.

"Tapi kan... Aku peliklah. Kalau kau tak pregnant, kenapa kau mual-mual? Lepastu mengada-ngada cakap tak ada selera masa makan sushi tadi. Sedangkan tu makanan favourite kau," sambung Adelin semasa kami keluar dari tandas awam.

"Entah." Aku menjongket bahu. 

"Cikgu Daniel tahu tak pasal ni?"

"Tak. Aku malaslah nak kasi tahu kat dia. Hal remeh je pun," jawabku selamba. Buat apa nak bagitahu dekat Cikgu Daniel? Sakit biasa saje kot. Bukan penting pun.

"Hal remeh kau cakap?! Isy, kau ni... Nanti jadi apa-apa dekat kau macam mana?" Mata Adelin membuntang kepadaku. Marah lah tu.

Aku mengeluh perlahan. Susah betul dapat kawan macam Adelin ni. Terlebih prihatin. 

"Kau tak payahlah risaukan sangat pasal aku ni. Aku kan dan besar. Dah kahwin pun. Pandailah aku jaga diri sendiri. Okaylah. Hari pun dah lewat so aku balik dulu eh," aku meminta diri ketika sampai di hadapan pintu keluar. Baik blah awal-awal sebelum Adelin bagi ceramah percuma dekat aku.

"Hek eleh... Kau ni memang tak sayang aku kan? Baru hari ni dapat lepak sama, kau dah nak balik awal." 

Aku tersengih. Kepala yang tidak gatal digaru. "Bukan tak sayang. Aku sayang gila dekat kau, weh. Kaulah kawan paling terbaik pernah aku ada. Tapi aku lagi sayangkan laki aku dekat rumah tu. Aku rindu betul dekat dia sampai tak sabar nak balik rumah," kataku panjang lebar. Alasan je semua tu.

"Ceh... Menyampah betul aku. Okaylah! Kau baliklah dulu. Aku nak stay sini. Lepasni nak dating dengan buah hati pulak," katanya dengan suara gedik.

Aku pulak yang menyampah. 

"Kau dengan Rizwan asyik-asyik dating. Cubalah save duit korang tu untuk tunang nanti. Tak pun korang kahwin je terus. Hesy... Entah-entah aku dah bercucu nanti baru dapat tengok korang kahwin," sempat aku menyindir. 

Adelin hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang putih itu. "Wat lek pis yo lah, sis!" 

"Suka hati kaulah, labu. Okaylah. Aku blah lu. Bye..." 



***



"Akhir betul sayang balik?" Soal Cikgu Daniel sebaik sahaja aku masuk ke dalam rumah.

I LOVE YOU, CIKGU HOT!!Where stories live. Discover now