"Abang, macam mana ni?" Tanyaku kepada Cikgu Daniel yang sedang mengemas dirinya di hadapan cermin.
"Kenapa?" Soal dia balik.
"Farah baru teringat permintaan Adelin. Dia nak Farah dengan baby kita pakai baju yang dia bagi masa birthday Farah dulu untuk majlis akikah ni," ujarku.
"Then?"
Aku picit kepala. Suami aku ni memang tak faham ke apa yang aku cuba sampaikan atau buat-buat tak faham.
"Abang tengok ni. Takkan nak bagi Danish pakai baju ni kot," aku menayangkan dress bayi perempuan yang diberi oleh Adelin untuk hadiah hari jadi aku sebelum ni kepada Cikgu Daniel.
Cikgu Daniel lepas tawa. Apa pulak masalah suami aku ni. Aku tengah serius dia boleh pulak ketawa.
"Sayang ni. Takkan la Adelin tu kejam sangat. Dia mesti la faham kalau Danish tak pakai baju tu. Sayang bagi je la Danish pakai baju melayu," katanya selepas tawanya reda.
"Abang ni yakin sangat ke Adelin tu boleh faham? Farah ni dah bertahun-tahun jadi kawan dia, masak sangat dengan perangai gila dia tu. Kalau dia suruh buat A, kita kena buat A jugak. B, C dan D semua dia tolak kalau tak dia merajuk," luahku.
Aku pandang Danish yang sedang enak tidur di atas katil. Alhamdulillah. Aku selamat melahirkan Mohd. Danish Fareeq bin Daniel Harith sebulan yang lepas. Danish pun lahir dalam keadaan yang normal dan sihat.
Hari ni merupakan majlis akikah putera aku dan Cikgu Daniel. Dan kalau ikut plan kawan aku yang gila tu (siapa lagi kalau bukan Adelin), aku dan anak aku sepatutnya memakai pakaian yang dia bagi untuk hadiah hari jadi aku dulu. Aku okay je dan dress yang dia bagi khas untuk aku tu pun dah cantik melekat kat tubuh badan aku sekarang.
Masalah nya, yang buat aku pening sikit ialah baju yang dia bagi untuk anak aku tu. Jantina anak aku sekarang ialah lelaki bukan perempuan. Tak patut sungguh aku pakaikan dress baby yang dia bagi tu dekat Danish. Dah la hari ni majlis akikah. Jatuhlah maruah anak aku nanti kalau dia dah besar.
'Walaupun yang lahir nanti baby boy aku tetap nak tengok dia pakai dress yang aku beli tu'
Terngiang-ngiang suara Adelin berulang kali mengucap ayat tersebut. Utamakan perasaan kawan baik ke maruah anak sendiri? Argh! Stress...
***
"Babe, sorry la aku tak dapat tunaikan permintaan kau," awal-awal lagi aku meminta maaf kepada Adelin.
Adelin ketawa.
"Kau ni... Takda la aku kejam sampai macam tu sekali. Anak kau anak aku jugak. Jatuhlah maruah Danish nanti kalau dia pakai dress yang aku bagi tu," kata Adelin.
Aku senyum lega. Danish yang berada di dalam dukungan Adelin aku tatap. Baju melayu berwarna silver yang dipakai Danish itu sesuai betul dengan dia. Nasib baik kawan mama baik kan, Danish.
"Mana pulak Rizwan dengan Cikgu Daniel ni?" Tanya Adelin. Matanya melilau mencari kelibat kekasih hatinya dan suami aku.
"Entahlah," aku pun turut tercari-cari bayangan manusia dua orang itu yang hilang selepas habis sahaja acara cukur jambul.
Tiba-tiba mataku tertancap pada seseorang. Dia turut memandang ke arah aku lalu satu senyuman mesra dia ukir untukku. Laju saja kakinya melangkah menghampiri tempat aku dan Adelin duduk.
YOU ARE READING
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romansa[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...