"Iklan lagi. Asyik-asyik iklan, asyik-asyik iklan. Tak habis-habis dengan iklan. Huh," Aku merungut apabila drama yang ditonton diganggu oleh iklan.
Mula-mula iklan syampu lepastu iklan hotlink pula. Hari ni saja dah masuk tiga kali aku tengok iklan yang sama. Bosan. Takda iklan lain lagi ke nak ditunjuk. Asyik ulang iklan yang sama saja. Tiba-tiba iklan ayam goreng Mcd pulak yang muncul. Mendengar bunyi kerangupan kulit ayam goreng tersebut membuatkan aku terliur pulak. Tambah lagi dengan rasa pedas nya yang kaw-kaw. Umph. Aku telan liur perlahan. Tak boleh jadi ni! Laju kaki aku melangkah masuk ke dalam bilik.
"Abang abang!" Aku mengejutkan Cikgu Daniel yang sedang enak dibuai mimpi itu. Tak cukup lengannya digoncang aku pukul-pukul pulak pahanya.
"Abang bangunlah..."
"Kenapa ni sayang?" Tanya Cikgu Daniel dengan matanya yang maseh tertutup.
"Farah nak ayam goreng mcd," pintaku jujur. Terus terbuka mata Cikgu Daniel yang tadinya elok saja tertutup rapat. Terkejut mungkin.
"Tadi kan kita baru saja lepas makan malam. Esok-esok la kita makan ayam goreng mcd tu okay?" Kata Cikgu Daniel lalu memejam kembali matanya.
Memang mereka baru lepas makan malam. Tapi tekak aku sekarang nak sangat merasa ayam goreng mcd tu.
"Taknak esok. Nak sekarang jugak. Cepatlah bang belikan untuk Farah," rengekku macam budak kecil.
"Esok la... Abang nak tidur ni esok kena bangun awal pergi kerja. Tak kesian ke dekat abang?"
"Farah tengah mengidam ni. Abang tak kesian ke kat Farah?" Aku tanya soalan yang sama. Cikgu Daniel hanya diam. Matanya masih terpejam. Aku mengetap bibir. Geram.
"Takpelah. Biar Farah je yang pergi beli. Abang tidurlah puas-puas ye," perlahan aku berdiri. Baru saja aku buka langkah, lengan kananku dipegang oleh Cikgu Daniel.
"Okay okay... Abang bangun ni,"
Aku sembunyi senyum lalu menoleh kepadanya yang sudahpun duduk. Memang aku sengaja cakap nak pergi beli sorang-sorang sebab aku tahu dia tak akan biarkan.
"Eh, takpe. Abang sambung la tidur. Farah okay je keluar sorang," aku jual mahal.
"Sayang jangan degil boleh tak? Sayang tu bila-bila masa boleh beranak. Bahaya kalau pergi sorang. Kang tiba-tiba air ketumban pecah masa on the way beli ayam goreng mcd siapa nak tolong?" Marahnya pulak.
"Farah pulak yang kena marah. Tadi Farah kejutkan abang suruh belikan abang taknak. Huh," aku meluah rasa tidak puas hati. Tangan disilang di dada. Merajuk la camni.
"Merajuk lah tu. Nak ke tak ayam goreng mcd tu? Kalau taknak abang sambung tidur balik ni. Sayang merajuk la puas-puas," giliran Cikgu Daniel pulak yang main tarik tali. Laju saja kepalaku mengangguk.
"Nak nak. Cepatlah bang. Farah mengidam ni," aku menarik kedua-dua tangan Cikgu Daniel. Konon nak angkat dia dari katil tapi tak dapat. Beratnya ya ampun!
"Okay sayang. Abang bangun ni. Sayang kemasla cepat,"
"Yeayyy... Okay, boss!"
***
Aku menjilat jariku yang berminyak itu. Habis sudah tiga ketul ayam goreng mcd yang aku idamkan selepas melihat iklan tadi. Sedap wei. Tak rugi aku mengidam. Hehe...
"Sedap?" Tanya Cikgu Daniel. Dia juga baru saja selesai menghabiskan burger double cheeseburgernya itu.
"Sedap... Thanks abang," ucapku sambil tersenyum girang. Dia membalas senyumku.

ANDA SEDANG MEMBACA
I LOVE YOU, CIKGU HOT!!
Romance[COMPLETE] Atas hajat emak dan ayah, Farah Hanani terpaksa menerima lamaran daripada bekas cikgu sekolah lamanya, Daniel Harith. Walaupun Farah Hanani memang sudah ada rasa cinta kepada Daniel Harith namun egonya terlalu tinggi sehinggakan pelbagai...