2

22.4K 1.2K 80
                                    

Sah, memang tak lain dan tak bukan.

EMIR HAFIZ BIN AWALLUDIN ASRAF.

Nama cantik, orangnya boleh tahan. Tapi sayang perangai hantu. Aku rasa macam nak facepalm muka sendiri.

Cikgu Hong  pandang muka Emir.

"Ikut saya ke bilik PKHEM. " Arahan mandatori Cikgu Hong.

Emir melirik sebentar ke arah rakan sekelasnya sebelum matanya singgah sekejap kepadaku. Aku angkat kening.
Pergi-ikut-cikgu-Hong-cepat. Dia berpaling lalu membontoti langkah PKHEM tersebut.

"Haa, yang lain masuk kelas. Andre, Vera kemas benda ni. Jangan nak tawaf sekolah pulak. Selepas ni masa Pengetua."

Andre dan Vera mengeluh sebelum mengambil mop di tandas pelajar. Manakala yang lain memasuki kelas.

Emir Hafiz.

Pelajar baru yang baru mendaftar sebulan lepas. Pertama kali dia datang, hidupku haru biru. Sangat haru biru. Kalau 6 Pluto dulu tidaklah seteruk ini, tapi semenjak kedatangan Emir, semuanya berantakkan.

Boleh dikatakan bahawa dialah penghulu segala kes di sekolah. Sebut aje pasal gaduh, nama Emir yang akan naik, automatik naik jugak lah nama Tingkatan Enam Pluto dan nama aku sekali.

Tingkatan mana? Tingkatan Enam Pluto.

Siapa guru kelas? Cik Nuralthea Hazami.

"Baik, kelas. Latihan cikgu bagi siap dah ke?"

Semua menoleh sesama sendiri.

"Cikgu ada bagi ke?"

Aku ketap bibir. Minggu lepas aku bagi dah. Arh, kalau lah aku boleh bertukar jadi Goku, sudah lama aku kemehamehakan budak Tingkatan Enam Pluto ni. Boleh pulak tanya aku ada bagi ke tak?

"Cikgu bagi hari Jumaat lepas, tarikh 11 Ogos , pukul 8.45 pagi. So, mana latihan cikgu? "

"Tak faham cikgu. Jadi, saya tak buat."

Senang sahaja jawapan Arwish, pelajar berkaca mata sambil memandang buku latihannya yang suci bersih daripada sebarang debu. Pelajar yang lain sama mengangguk.

"Tak faham ke lupa nak buat?"

Mereka tersengih. Aku geleng kepala sambil mengeluh.

"Siapkan sekarang. Habis masa cikgu, cikgu nak semua siap dan hantar."

"Tapi cikgu..ini banyak meh......"

Suara Eric meleret. Aku jeling mata.

"S.E.K.A.R.A.N.G!!"

Sambil memuncungkan mulut, tangan mereka bergerak menyiapkan latihan. Vera dan Andre sudah kembali ke dalam kelas selepas membersihkan kotoran hijau di hadapan pintu.

"Weh, kau rasa Emir marah kita tak lepas ni?"

Aku dengar suara Aizat bertanya.

"Haa.. Yalah. Kau nampak tak jelingan maut dia tadi?"

Aku dengar lagi suara Kae Hin membalas.
Aku kerut dahi. Boleh tahan jugak reputasi si Emir ni.

Panjang umur Emir, tak sampai seminit namanya disebut, kelibatnya sudah muncul di dalam kelas. Kelas yang bising tadinya, terus senyap. Masing-masing tunduk muka menghadap meja. Senyap bagai dilanda garuda.

Aku angkat kening sebelah.

"Emir, duduk tempat awak."

Emir pandang tajam muka aku. Aku buat tak endah. Takut memang takut dengan pandangan tajam Emir, namun aku kuatkan hati. Tunjuk nanti, Emir bukak pulak perangai badboy level 7 dia.

Duduk sahaja dia mejanya, Emir hentak tangan atas meja. Terkejut sekejap aku. Eh, budak ni. Dah lah meja tak bersalah, kena hentak lagi.

Nasib baik bukan kepala aku kena hentak.

"Emir, latihan awak mana?"

Emir buat muka toya dengan aku.

"Latihan mana Emir?" Suaraku mula mengeras.

Emir letak kaki atas meja sambil bersilang. Dia peluk tubuh sambil pandang aku.

"Tak buat."

Aku pejam mata. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Nuralthea Hazami, jangan marah. Coooolllll aje. Coollll.

"Kenapa tak buat?" Aku cuba lembutkan suara.

"Sebab aku memang taknak buat."

Boleh tak aku laser beamkan budak ni? Pinjam weapon Freedom musnahkan budak ni aje? Jawapan dah la menyakitkan hati aku, bahasa yang digunakan pulak bukan main lagi.

"Soalan tak faham ke?"

Nuralthea Hazami, T.E.N.A.N.G.

"Tak faham. Just go. Go away!" Suara Emir semakin meninggi. Ayat terakhir ditekan kuat.

Aku buntang mata.

"No. Nope! Never."

Aku peluk tubuh pandang muka Emir yang semakin memerah. Budak macam ni kena bagi perhatian lebih sikit.

Budak ke?

Kalau umurnya 22 tahun? 3 kali tukar sekolah dalam tahun ni? 2 kali repeat paper STPM?

"Just leave me alone! Can you fucking do it?!

Emir sudah berdiri. Dia hentak meja guna kedua-dua belah tangannya. Pandangan tajam bagai sedia membaham aku.

"Why must leave you alone?"

Emir bagaikan tersentak seketika sebelum dia hentak meja sekali lagi. Nasib baik meja tak patah dua.

"Just leave me alone C.I.K.G.U."

"Nope."

"Tak reti bahasa ke Cikgu Althea."

Aku genggam erat jari. Rasa macam nak cekik si Emir ni ada, nak tembak guna machine gun pun ada.

"Sebab cikgu rasa reti bahasalah cikgu nak awak tu jawab soalan cikgu."

Tenang Althea. You can do it. Jangan bagi muka dengan Emir.

"Arhh! Susah nak cakap dengan cikgu ni!"

Serentak itu, kaki Emir terus melangkah keluar dari kelas. Aku pandang kelibat belakang badan Emir. Apa yang berlaku sebenarnya?

"Cikgu, janganlah sebabkan Emir marah. Nasib baik Emir tak datang tangan dekat cikgu." Suara Nadyrah kedengaran.

Aku pandang wajah semua warga kelas Tingkatan Enam Pluto yang bagaikan menaril nafas lega.

"Kenapa?"

Mereka senyap.

Aku mengeluh. " Siapkan kerja cikgu."

Sehingga selesai masaku, Emir tidak masuk ke kelas semula. Melangkah sahaja ke bilik guru, aku mengeluh.

Kak Nina dan Abang Zul yang sedang berborak bersama dengan Kak Shila terus menoleh ke arahku.

"Kuat sangat mengeluh ni kenapa Al?" Kak Nina menegur.

Aku pandang wajah mereka lalu mengeluh kembali.

"Emir happened."

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now