6

18.9K 1.1K 56
                                    

"Just focus on your driving,Cikgu."

Aku tersengih. Muka serius Emir yang berpaling menghadap cermin kereta kelihatan jengkel sekejap.

"Aizat, Kea Hin apa yang berlaku?"

Aku fokus dengan pemanduan sambil menoleh sekilas ke arah belakang. Aizat dan Kea Hin berpandangan sesama sendiri sebelum tunduk sekejap , dan menoleh ke arah Emir yang bertukar jadi pantung cendara. Pura cendara...pura cendana...

Emir pandang tajam mereka berdua, seolah -olah menghantar isyarat ' siap-aku-kerjakan-kalau-korang-dua-bagitau-kat-cikgu'.

Aku angkat kening. " Cerita aje. Tak payah pedulikan Emir ni."

Aizat tunduk dan Kea Hin diam. Emir pula alih pandangannya semula ke cermin kereta di sebelah kirinya. Menarik sangat ke?

" Kalau taknak cerita, takpelah. Lepas ni jangan cari cikgu, suruh ikat jamin kamu berdua. Masuk kali ni dah , rasanya 2 kali dan cikgu ikat jamin kamu berdua."

Aku guna cara lain.

"Cikgu, sebenarnya...."

Belum sempat Kea Hin mula cerita, Emir hentak dahsboard kereta. Dek kerana terkejut, aku terbrek mengejut. Nasib baik di jalan yang lengang. Kalau tak, tak tahulah apa akan terjadi.

"Kamu ni dah kenapa Emir? Marah hentak meja. Marah hentak dashboard. Meja takpelah, hak milik sekolah. Tapi kereta ni? Ni kereta orang lain tahu!"

Emir pandang aku dengan rasa tidak percaya. Dia seolah-olah terpana seketika.

Aizat dan Kea Hin tersentak di belakang.

Dia mendengus sebentar. Tangannya terus menolak pintu kereta, hendak keluar. Dengan pantas aku pegang lengan bajunya.

"Dah, duduk. Jangan buat perangai PMS awak sekarang ni."

Dengan kekuatan yang ada bercampur perasaan marah, aku tarik sekuat hati lengan baju Emir. Dia terduduk tersandar di kerusi.

Aku terus lock kereta dan meneruskan pemanduan apabila kedengaran bunyi hon kereta dari arah belakang. Eh, kot ya pun sabarlah. Aku tengah mengadap ketua mafia sekolah ni. Nasib baik dia tak banyak bunyi sekarang ni.

Sampai di klinik aku daftarkan mereka bertiga di kaunter. Sementara menunggu giliran, aku ke kedai 7Eleven yang kebetulan berada di sebelah klinik berkenaan.

"Nah, roti. Makan ni untuk alas perut."

Aizat dan Kea Hin sambut roti dan air manakala Emir masih lagi dengan sifat degilnya. Rasa macam nak ketuk-ketuk aje kepala si Emir ni.

" Terima kasih Cikgu."

Aku angguk sekejap. Padangan dilemparkan ke arah Emir yang masih senyap namun mukanya sedang menahan perasaan jengkel dan geram.

"Nah, makanan ni. Untuk alas perut awak tu."

"No need cikgu. Tak payahlah kesiankan aku atau nak baik dengan aku. I will not change into a good person for you."

Aku jeling tajam. "Saya tak suruh awak berubah pun. Saya suruh awak makan."

Banga... Aku rasa macam nak sebut aje perkataan tersebut, namun ditahan. Tenang, cool, calm down Nuralthea Hazami.

Menghadap Emir Hafiz ini menyebabkan aku hilang ketenangan dan kesabaran. Jangan sampai aku keluarkan super saiya nanti baru nak insaf.

"Makan ajelah. Tak luak apa pun. Nak say suapkan baru nak makan?" Dek kerana geram aku terjerit sedikit ke arah Emir.

Emir pandang aku dengan semacam. Aku angkat kening. Kenapa semacam aje ni?

"So, kalau macam tu suap saya." Dia nganga mulut.

Aku terlopong. Biaq betiq tembikai rambutan durian dia ni?

Aku tolak roti dan air ke mukanya. "Makan sendiri. Tak kuasa cikgu nak suap awak."

Dia ketawa kecil.

Aku pegun sekejap. Dalam sebulan lebih aku kenal Emir, hanya muka kerutan, muka marah, muka mafia, muka sakit hati, dan segala muka jahat dia bagi kat aku.

"Kenapa cikgu?" Dia senyum sinis.

Aku pincing mata, kemudian berlalu ke arah Aizat dan Kea Hin yang baru keluar dari bilik rawatan. Malas mahu menjawab soalan sinis Emir.

"Macam mana?"

"Ok cikgu. Cuma luka sikit. Doktor suruh ambil ubat."

Aku angguk kepala. Kemudian, Emir masuk ke dalam bilik rawatan apabila namanya dipanggil. Aman sikit duniaku ketika Emir tiada. Sementara menunggu Emir, aku melilau ke dalam klinik sambil bermain telefon. Aizat dan Kae Hin berlalu ke arah farmasi untuk mengambil ubat.

"Hello, ye Amira. Aku tak balik lagi. Bawa mereka ke klinik lagi."

"Apa yang berlaku?"

Aku mengeluh.

"Bergaduh lagi. Kali ini pegawai cakap Emir yang mulakan dulu. Tapi aku nak tahu cerita sebenar. Aizat dengan Kea Hin pun ada waktu tu, tapi mereka dua taknak bukak mulut."

"Takut dengan Emir kot, ke cuba nak rahsiakan sesuatu?" Tebak Amira tiba-tiba.

Aku terfikirkan benda yang sama sebenarnya.

"Amira, kejap lagi aku call. Nak soal siasat Aizat dengan Kea Hin ni."

Aku putuskan talian dan Amira sempat mengucapkan salam. Aizat dan Kea Hin yang semakin menghampiri, aku pandang sekejap.

"Ok. Sementara Emir takde, bagitau cikgu hal sebenar."

Aizat dan Kea Hin berpandangan sesama sendiri.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now