17

18.7K 1K 20
                                    

Meeting.

Salah satu perkara yang tidak terlepas daripada skop kerja guru adalah meeting. Tidak kiralah meeting dengan para guru, meeting tepi cubicle, meeting dengan Pegawai Pendidikan Daerah ataupun meeting aktiviti sekolah. Meeting is always a meeting.

Aku tarik nafas.Lebih kurang seminggu peristiwa aku membaling teddy bear ke arah muka Emir. Apa khabar teddy bear tersebut aku pun tidak tahu. Menyesal pulak aku baling teddy bear berkenaan. Baik bawak baik rumah, lepas tu dijadikan sebagai punching bag. Imagine muka Emir di situ.

Lama-lama mengadap Emir ni aku pun boleh sakit jiwa dan raga. Benci mungkin?

"Lama termenung Thea. Teringat siapa tu?"

Aku terkejut. Pantas kepalaku menoleh.

Cikgu Ilham.

Aku tarik nafas seraya tersenyum. Senyum pahit di dalam hati. Semenjak peristiwa di hospital nama Thea terus melekat di bibir Cikgu Ilham. Malah, guru-guru di division aku semakin suka mengenakan aku dengan Cikgu Ilham. Jujurnya, aku tiada apa-apa perasaan terhadap lelaki berkulit cerah ini. Mungkin, dalam hatiku aku tak bersedia lagi untuk menawarkan sekeping hati yang pernah terluka ini.

"Takdelah. Cikgu lain sampai dah ke?"

"Dua tiga orang baru sampai. Biasalah tu. Meeting lama lagi. Baru jam 2.20 pm."

Cikgu Ilham tersenyum manis sambil mengambil tempat duduk di hadapanku. Aku menoleh sekeliling. Cuma ada beberapa orang guru yang baru masuk ke dalam bilik mesyuarat. Meeting bermula pukul 2.30 petang, namun Cikgu Maream, selaku setiausaha meeting telah mula mengedarkan minit meeting.

Meeting pertandingan debat.

Aku semak senarai AJK dan hampir terjojol mataku melihat namaku di bawah nama Cikgu Ilham. Dia merupakan ketua AJK Buku Program. Aduii, sungguh jodoh ataupun kebetulan sahaja? Ataupun sengaja rancangan mengenakan aku apabila melihatkan senarai nama AJK Tertinggi di situ. Geng mak jemah division aku.

"Eh, tak sangka kita satu AJK kan Thea. Jodoh ke ni?"

Aku tersengih sambil garu kepala. Aduii, kenapa cikgu Ilham ni makin menunjukkan aura dangerous kepada aku ni?

"Jodoh hangpa dua la ni." Sampuk Cikgu Ismadi di sebelah Cikgu Ilham.

CIkgu Ilham ketawa sahaja. Seronok terpancar di wajahnya. Aku tayang gigi. Tidak tahu jawab apa. Soal jodoh maut aku tinggalkan untuk jawapan Allah yang Maha Mengetahui.

"Amin." Sampuk CIkgu Jasmin yang kebetulan mengambil tempat di tepiku.

Aku diam sahaja. Malas mahu bersuara apabila Cikgu Ismadi dan Cikgu Jasmin makin rancak mengenakan aku dengan Cikgu Ilham. Cikgu Ilham pula seronok ketawa. Mungkin ayat gurau sahaja. Aku husnudzon.

Tidak lama kemudian, mesyuarat dimulakan apabila Pengetua masuk dan memulakan mesyauarat pada petang itu. Selesai mesyuarat aku bersama Cikgu Ilham dan seorang lagi guru mula berbincang. Memandangkan AJK Buku Program kena bergerak dengan lebih awal untuk mendapatkan maklumat senarai peserta dan senarai AJK di samping perlu menyediakan design yang sesuai untuk program di samping sesuai dengan tema debat.

Minggu yang sama menyatukan aku kembali bersama dengan CIkgu Ilham di bawah AJK Hari Kantin sekolah. Akibat sibuk dengan aktiviti, kepalaku mula ringan sikit memikirkan masalah Emir. Lagipun, seminggu ini, tiada kes besar melibatkan Tingkatan Enam Pluto dan terutama Emir.

Tenang dan kedamaian. Kenyamanan.

"Emir mana?"

Aku kerut dahi masuk Tingkatan Enam Pluto. Kelibat Emir tiada.

"Tak tahu."

Sah, ponteng lagi. Kali ini mana pulak dia pergi bertapa? Baru tadi aku terasa ringan tidak memikirkan Emir. Sudahlah namanya acap kali popular dalam kalangan Pegawai Pendidikan Daerah. Kalau kena soal siasat dengan PPD, rasanya aku sendiri pun tak tahu nak jawap apa.

"Aizat. Bukan kamu yang sehati sejiwa dengan Emir tu ke? Mana Emir?"

Aku pandang wajah AIzat yang tersengih. wajah Kea Hin juga tersengih. Baki yang lain semua tayang gigi.

Bersengkokol nampaknya.

"Cakap betul-betul dengan cikgu. Mana Emir? "

Aku guna cara diplomasi. Nak tak nak kena siasat juga mana hilangnya Emir. Payah nanti kalau sesuatu berlaku terhadap dia. Kalau guna cara kasar memang jarang dapat jawatan sebenar.

"Tak tahu cikgu."

Jawapan ringkas Kea Hin membuatkan semangat aku nak mengajar turun 20%. Namun apabila difikir-fikir, tenangnya tanpa Emir. Naik lagi 30% semangat nak mengajar.

Aku jongket bahu.

"Baik. Ikut kamulah tak nak bagitau cikgu kat mana Emir. Tenang sikit dunia cikgu."

Reverse psychology.

Tingkatan Enam Pluto ini, satu kebaikan yang mereka ada adalah saling tolong menolong. Saling tolong cover-mencover. Back up person always available. Alangkah bagusnya kalau semangat begini ditunjukkan untuk belajar tetapi malangnya tidak sama sekali.

Tanpa membuang masa, aku mulakan sesi pembelajaran. Hal Emir ponteng, biarlah. Lagi aman hidupku walaupun untuk seketika. Seketika yang cuma bermakna untuk 5 mjnit sahaja. % minit sahaja! Masuk saat pertama minit keenam, telefonku berdering.

Sah.

Sah.

Sah.

Bila mana lagu ini sahaja berkumandang, sah dan tidak dapat dinafikan lagi. Aku tahu di mana Emir berada.

Balai polis!

Aku terasa ingin meraung. Baru minggu lepas dia dimasukkan dalam hospital, takkan tak insaf lagi? Lambat-lambat aku gesek ikon hijau d skrin. Telan air liur. Kadang kala hakikat itu pahit untuk diterima.

"Selamat pagi. Boleh bercakap dengan Cik Althea? Kami dari balai polis."

Ayat skema yang sebati dalam kepalaku.

"Ye, saya bercakap. Siapa buat hal? Emir lagi ke?"

"Ye cik. Minta cik datang untuk proses ikat jamin Emir Hafiz."

Aku tarik nafas dalam dalam sambil tutup mata. Menahan amarah yang jelas mahu meledak sekarang ini. Apa lagi kes Emir kali ini? Sudahla ponteng sekolah.

"Ye, nanti saya ke sana."

Aku tolak ikon merah. Tarik nafas. Hembus nafas. Tarik nafas. Hembus nafas. Cool down Althea.

"Kelas, siapkan latihan esei muka surat 139 dengan 140. Hantar masa selesai habis masa cikgu."

Aku kemas meja sambil menghantar Whatsapp kepada Cikgu Ilham untuk memohon bantuan mengendalikan kelas aku dan memaklumkan hal Emir kepada Guru PKHEM.

"Cikgu nak pergi mana?" Aizat bertanya.

Aku menoleh sekejap sebelum tarik nafas dengan perasaan geram.

"Nak pergi serang rumah naga."

Aku tinggalkan wajah Aizat yang terpinga-pinga dengan jawapan aku. Sampai di bilik guru, aku terserempak dengan Cikgu Ilham yang kebetulan sedang membawa bukunya untuk ke kelas Tingkatan Enam Pluto.

"Apa yang belaku?"

Aku tarik nafas.

"Apa lagi. Emir tu la. Balai polis call tadi," balasku dengan perasaan geram, marah dan sakit hati.

Ingatkan bila Emir senyap tiada masalah, hidupku aman tapi usah bermimpi di siang hari. Selagi namanya Emir Hafiz, dialah orang bakal bertanggungjawab membuatkan aku diserang penyakit darah tinggi, tekanan perasaan, sakit jantung di usia muda ini. Nak tambah bilangan pesakit mental di Tanjung Rambutan pun boleh.


















HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now