15

19K 1.1K 31
                                    

"Ready?"

Ready? Jujurnya aku tak ready lagi.

Aku tak bergerak dari bilik tidurku. Malas! Ini semua gara-gara tangan gatal si Amiralah. Dan si Emir tu menggedik nak bubur KFC lah. Spaghetti Bolognese lah! Amboi sakit dia boleh demand macam-macam. Sakit buat cara sakit. Aku rasuah nurse dengan doctor kat hospital tu bagi ubat tidur 24 jam kat dia baru tahu. Biar tak bangun-bangun lagi.

"Ya Allah. Tak ready lagi ke?" Amira geleng kepala.

"Kau yang nak melawat dia kan? Kau ajelah pergi. Beli sekali pesanan naga jantan tu."

Aku merengus geram.

Amira ketawa. "Kau ni, cubalah ikhlaskan hati. Kau tak nak fikir emir tu naga jantan , kau fikirlah kau nak melawat saudara seIslam yang sakit. Macam tu."

Aku diam. Tarik nafas. Hembus nafas. Ada betulnya apa yang dikatakan oleh Amira. Kalaupun aku tak sukakan Emir, baik anggap sebagai saudara seIslam. Daripada asyik menyumpah, baik aku doakan yang baik-baik, semoga cepat insafkanlah si Emir tu.

"Kejap, tunggu aku bersiap."

Dalam 10 minit, aku keluar dari bilik. Amira bagaikan hendak meletup. Melotot matanya.

"Kau! Biaq betik."

Jari telunjuknya turun naik meneliti pakaian aku.

Aku kerut dahi. Senonoh aje aku pakai. Lainlah aku pakai ngepan ke melawat Emir. Itu memang luar biasalah.

"Kenapa?"

Aku tutup bilik sambil meletakkan beg sandang di bahu.

"Babe, kau melawat orang sakit. Kau nak tambah kesakitan Emir ke?"

Aku juling mata ke atas. Aku bukannya pakai seksi meksi depan Emir pun sampai nak bagi Emir sakit jantung.

"What? Pakaian aku decent aje. Lagipun kat hospital mana ada dress code kalau nak melawat orang." Gerutuku perlahan.

"Paling-paling pun, pakailah make up ke, pakai cantik-cantik ke? Bagilah Emir nak bersemangat sikit nak cepat sembuh."

Aku jeling maut ke arah Amira. Amboiih! Semenjak semalam, bukan kemain dia kenenkan aku dengan Emir. Aku kahwinkan dia dengan Emir baru tahu.

"Aku pakai elok aje. Okeylah ni."

"Haa.. yelah 'elok'lah sangat." Amira bercekak pinggang.

Aku ketawa sambil menggelengkan kepala. Ayat Amira berbaur sarkastik.

"Kau tengok pakaian kau. Seluar tracksuit, t-shirt colorong coloreng, tudung pasar malam dan tak pakai make up."

Amira pandang aku atas bawah.

"Heloklah ni. Kau nak suruh aku cantik depan Emir buat apa? Dapat dosa adalah."

"Hadis mana kau pakai ni? Mazhab mana?"

Amboii, melampau nampak si Amira ni. Dah register masuk dalam kelab fanatic Emir ke? Emirian? Sampai masuk dah bab mazhab dengan hadis. Ni nasib baik tak masuk lagi nama ulamak yang dikeluarkan semua fatwa. Lagi bahaya ni.

"Kemceng semacam je kau dengan si Emir tu. Kemain lagi."

Kening dijongket sebelah. Amira berpaling sambil tersengih.

"Disebabkan kau ni, aku tengok macam spesis yang boring, so mestilah ada something yang mewarna-warnikan hidup kau. Contohnya, Emir. Taklah bland aje, kan."

Aku buat rolling eye sambil buat aksi menyampah. Jongket bahu, tangan atas bahu. Alasan tak boleh hadam. Memang rosakkan sistem pencernaan terus. Life aku takdelah teruk sangat sampai kena cop 'bland' kot. Cuma, aku bukan jenis sociable. Introver but not heavy. Waktu cuti duduk rumah, jarang bercuti ke mana-mana.

"Jomlah. Emir tunggu nanti."

"Wekk! kau bukan kejar crush kau kat hospital tu ke?"

Muka Amira merah sedikit. Aku tersengih. betullah tu. Beria-ia sokong Emir tu sebenarnya ada maksud. Dasar kawan.

"Mana ada."

Penafian yang bukan lagi penafian. Penafian yang membongkar kebenaran.

"Hek eleh. Kau siap nanti. Sebut lagi nama Emir depan aku, aku bongkar rahsia kau dekat crush kau doctor tu."

Amira mencebik. Tangannya pantas mengambil kunci kereta lalu melangkah keluar dari rumah.

"kau tahu ke?"

"Kau rasa aku siapa? Aku ni cikgu. Cikgu kan ada instinct kuat nak detect orang ni."

Aku angkat kening beberapa kali. Smirk. Amira mencebik lagi.

"Yelah. Instinct bila melibatkan Emir buat masalah."

Amira senyum menang. Hishhhh! Macam nak menari-nari saja gayanya di depan aku.

"Tsk! berbulus-bulus telinga aku dengar nama tu."

Amira ketawa lagi. Seronok menyakat aku. Modalnya cuma satu sahaja. Emir Hafiz.

Sampai sahaja kami berdua di hospital, kepala Amira sudah menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari kelibat seseorang. Sesaat kemudian, bibirnya tersenyum. Senyuman sampai ke telinga.

Ternampak crush lewwtuww. Aku geleng kepala. Nampak sangat dah terjatuh sampi ke lantai si Amira.

"Haa, mana crush kau tu?" aku memanjangkan leher.

"Tu."

Lurus jari telunjuknya ke arah seorang lelaki yang berkot putih, memakai cermin mata. Kulit putih melepak. Kemeja biru dan seluar slack hitam. Kacak. Boleh tahan detector Amira ni. Boleh detect lelaki handsome dan matang.

"Kasi kat akulah."

Amira jeling maut level 99. Mak hang! Pandangan membunuh terus dihadiahkan ke arah aku.

"tu hak aku! don't disturb. Tu hak kau, si Emir tu."

Aku tampar bahu Amira. Masin mulut, aku cekik betul – betul Amira ni, biaq tak dapat kahwin dengan crush dia.

Padan muka.

"Emir tu anak murid. Tolong eh, bawah umur. Tak matang. "

"Bawah umur? 22 kot budak tu. Tapi Emir tu handsome lah. Badboy vibe, you know. Sesuai untuk kau."

Giliran aku bagi jelingan maut level 99 ke arah Amira. Terdiam sebentar dia. Berbekalkan mata yang sepet ini, kadang-kadang amat berguna ketika menjeling orang. Tajam dan menusuk.

"Aku nak yang matang Amira. Yang boleh bimbing aku. Emir tu kau rasa boleh bimbing aku ke? Jangan-jangan dia pun lagi dahsyat perangainya. Ini yang baru aku tahu. Yang aku tak tahu?"

Amira membatukan diri.

Aku bukanlah jenis yang meminta atau mengada-ngada tetapi sebagai wanita, kita haruslah pandai memilih bakal suami supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Therefore, shop around before you married the first man. Pilih betul-betul, kalau tidak, he will clip your wings.

"Jangan terlalu gelojoh untuk menghukum Emir tu. kita tak tahu apa yang berlaku di sebalik hidup dia. Mungkin ada sebab dia macam tu. We don't know, you know. Everything happen had its own reason."

Aku diam.

Mencerna ayat-ayat Amira.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now