23

21.3K 1.1K 114
                                    

Antara hidup dan mati. Antara fantasi dan realiti. Antara kebenaran dan penipuan. Aku tersepit di tengah-tengah. Ditelan mati emak. Diluah  mati bapa.

Aku pandang lama cincin yang tersarung di jari manis. Aku telan  Air liur. Masih terasa bagaikan dalam mimpi apabila aku sah sebagai isteri Emir Haziq bin Awalludin Asraf.

Boleh tak aku putar balik masa?

Terasa kesat air liur ditelan apila Emir melafazkan akad. Aku seakan-akan mahu memberontak ketika itu, namun jelingan maut babah dan pegangan mama di tangan, membatalkan niatku.

"Kau senang lenang sini, laki kau mana, yang hensem tu?"

Aku pandang Amira yang tersengih-sengih. Suka benar dia. Semenjak kes aku dengan Emir bermula hari-hari dia kenenkan aku dengan Emir. Masin mulut kau Amira. 

Sekarang, aku selamat menjadi isteri naga jantan tersebut.

"Entah, mana aku tahu."

Amira kerut dahi.

"Ish, laki kau tu. At least kau kena pantau. Kena amik tahu. Nak-nak dekat dengan STPM lagi ni. Mak ayah kau dengan Emir tak bangkang ke kau tak tinggal serumah dengan Emir?"

Aku senyap. Siapa cakap tak bangkang? Siap berdas-das babah tembak aku dengan tanggungjawab seorang isteri terhadap seorang suami. Mama pun sama, dengan amanat berkilometernya. Ibu ayah Emir pada mulanya berkeras untuk aku tinggal serumah dengan Emir, tapi demi nama baikku yang sudah sedia tercemar, aku tak ingin tambah lagi pencemaran tersebut. Gosip aku tinggal serumah dengan Emir. Bahaya.

Jadinya, keputusan sepakat diperolehi, aku dibenarkan untuk tinggal di rumah sewa lama dan tiada halangan jika Emir tiba-tiba rajin melawat aku di rumah sewa. Emir datang melawat?

I doubt that. Jangan-jangan tunjuk muka pun tak. Seminggu aku di rumah sewa, jenguk pun tidak. Malah di sekolah pun dia tak bagi muka kat aku. Anti- Althea sangat. Aku? sejak azali lagi aku anti-Emir Hafiz agaknya.

Setiap hujung minggu aku kena balik ke rumah mentuaku, kecuali jika ada hal lain. Bagiku, tiada masalah. Cuma masalah adalah Emir Hafiz.

Aku sebolehnya tidak mahu bersua muka hatta ternampak kelibat dia sekali pun. Selesai sahaja akad nikah, dia menghilangkan diri. Aku garu kepala. Hatiku sudah terasa kebas untuk mempunyai perasaan. Majlis akad nikah pula berlangsung sederhana.

Majlis yang hanya dihadiri oleh keluarga aku dan keluarga Emir, buang part saudara mara. Cukup dengan tok kadi, saksi, wali dan pengantin dan tidak ketinggalan Amira, yang berlangsung di rumah Emir.

"Hoii, aku cakap dengan kau ni. Boleh pulak mengelamun." Suara Amira yang bercampur geram kedengaran sambil bantak segi empat melayang tepat ke mukaku.

Aku terkejut sambil kerut dahi.

"Apa kau ni. Aku tengah syok layan drama kat tv tu." Aku beralasan.

Amira juih bibir. "Yelah tu. Takkan sampai telefon kau menyalak dari tadi tak dengar?"

"Eh? Siapa call?"

Amira angkat bahu. Aku gapai telefon yang dihulur oleh Amira.

Eh? Cikgu Ilham? Aku garu kepala yang tidak gatal. Hairan menyapa apabila Cikgu Ilham menelefon pada waktu malam. Mungkin dia ada urusan penting?

Husnudzon.

Aku gesek ikon hijau tatkala nama Cikgu Ilham terpampang di skrin telefon seraya menghulurkan salam.

"Maaf, Ilham kacau Thea malam malam macam ni."

Cikgu Ilham buka mukadimahnya. Mukadimah yang menyeramkan. Tiada lagi saya awak. Berganti nama Ilham dan Thea.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now