12

19.1K 1K 59
                                    

"So macam mana tadi?"

Soalan pertama yang muncul apabila aku memasuki kereta cikgu Ilham. Aku mengeluh.

"Susah nak cakap. Emir tu entahlah."

Cikgu Ilham senyap. Matanya fokus di hadapan jalan.

"Biasalah tu. Dengan budak Emir tu kena buat pelan-pelan sikit. Macam kucing yang liar, kita kena dekati perlahan-lahan, jangan mengejut. Sebagai cikgu ni, kita akan jumpa macam –macam ragam student. Ada yang kita jumpa tu baik, ada yang setengah macam Emir, ada yang dahsyat macam Emir. Yang penting kena banyak sabar. Tugas kita sebagai cikgu ni banyak. So Cikgu Althea, this is your experience."

Panjang lebar cikgu Ilham mengulas. Ada betulnya apa yang diperkatakan oleh CIkgu Ilham. Sesungguhnya sebagai guru ini, banyak benda yang aku akan jumpa. Ini baru antara benda pertama yang aku lalui, masih fresh lagi berbanding dengan guru yang sudah lama berkhidmat dan makan asam garam sebagai guru.

"So, nak balik teruslah lepas ni?"

Aku geleng kepala. " Balik sekolah dulu. Nak siapkan kerja."

Cikgu Ilham hanya mengangguk. Sepanjang perjalanan balik ke sekolah, aku terfikir akan pengalaman yang aku lalui. Masih setahun jagung berbanding dengan apa yang telah dilalui oleh cikgu lain.

Sampai di sekolah, aku dan Cikgu ilham beriringan masuk ke dalam bilik guru. Di bilik guru, aku dihujani oleh pertanyaan tentang kejadian Emir pengsan. Pemes sampai cikgu yang tidak mengajar Form 6 pun boleh kepoh bertanya tentang Emir.

"Amboi Al, semenjak dua menjak ni akak tengok melekat si Ilham tu dengan kamu."

Tanganku yang sedang menaip terhenti. Aku pandang wajah Kak Jasmin yang sedang tersengih ke arahku.

"Haah, akak tengok kan, rapat semacam Ilham tu kat division kita ni." Tambah Kak Maya pulak.

Aku kerut dahi. Yeke?

"Tengok tadi, balik sama-sama pulak tu. Siap belikan makanan lagi." Cikgu Ismadi dari meja depan jongket kening.

Aku ketawa. Sejak bila aku ni digandingkan bersama dengan Cikgu Ilham ni?

"sejak bila jadi division kemanusian ni bertukar jadi division murai.com ni?"

Ketiga-tiga mereka tersengih.

"Apa salahnya? Ilham tu kacak apa. Single mingle tringle lagi. Cikgu pulak tu." Kak Maya mula mencucuk.

Hmmmmm.

Aku rasa aku faham.

"Akak mana tahu. Entah-entah ada makwe dah. Saja tak nak kamboh."

Aku sambung menaip. Hilang sekejap stress nak menghadap Emir minggu ni. Lagipun cuti Deepavali dekat dah. Masuk ke hospital maknanya takdelah aku masuk ke balai polis kot kali ni. Ketua mafia bercuti umum.

Yahooo! Boleh tak aku buat tarian breakdance Korea sekarang ni? Salsa ke? Tango ke? Hawaiian ke?

"Alah, setakat status Ilham tu, akak tanya dah. Single dan dijamin available."

Aku melopong. Deabak! Cepat sungguhh cikgu Jasmin ni merisik Cikgu Ilham. Nak buat menantu CIkgu Jasmin pun boleh. Kenenkan dengan Hidayah.

"Nak buat menantu untuk akak ke?"

Aku mengusik Kak Jasmin. Kak Jasmin kerut dahi.

"Akak risik untuk Al lah."

Jawapan stop break kereta terus. Aku terbatuk-batuk. Mulutku melopong. Terbeliak mataku.

"Sesuai apa dengan Al. Ilham single. Al pun single. Dua dua single. Apalagi kahwin lah."

Aku geleng kepala. "Ish, akak ni. Taknak lah saya. Rasanya, Ilham tu pun mesti ada taste dia sendiri. takkan lah dia nak kat saya ni?"

"habis tu taste kamu macam mana Al?" sampuk cikgu Ismadi.

Ehh, laju pulak orang tua ni tanya. Selalu senyap je.

"Ha ha, taste kamu macam mana Al? kot lah ada anak saudara akak yang boleh akak kenenkan kat kamu ke?"

Ehhh?! Sejak bila bertukar dari murai.com ke rancangan Perfect Match ni? Bezanya, Meng Fei diganti pulak dengan Cikgu Jasmin.

"Saya ni terima orang ni seadanya kak. saya tak tetapkan apa – apa syarat. Karang saya minta macam ni, Allah bagi macam tu. Allah knows the best kak."

Ayat selamat. Takkan lah aku nak cakap taste aku nak ala-ala muka anime tu? Mau pengsan dak-dak cikgu nanti. Menangis nak cari.

Kak Jasmin dan Kak Maya buat oohhhhh. Cikgu Ismadi angguk kepala.

See, easy peachy. Takkan ada soalan lagi. Sememangnya aku tak pernah terfikir akan berkahwin dalam masa yang terdekat. Sebab aku tak berani lagi nak hadap lagi kopi nescaffe kopiko espresso Americano latte seseorang dulu. Dan aku black tea yang tak ready lagi nak tambah gula.

"Akak ingatkan taste Al jenis badboy."

Hampir terlepas gelas yang dipegang aku ketika ini. Terkeluar anak mataku mendengar komen selamba Cikgu Ismadi.

Deabak! Wanjang deabak!! Idea mana CIkgu Ismadi ni kutip? Ingat novel wattpad badboy-fall-in-love-with-good-girl ke?

"Kenapa pulak Bang Ismadi?"

Curiousity kills the cat, you know?

"Setiap hari nama Emir tak pernah gagal keluar dari mulut Al."

Aku pandang lantai. Boleh tak lantai ni terbelah dan telan aku? Wahai lantai hijau tolonglah kau terbelah, makan lah aku, telanlah aku. Aku baru aman daripada dengar nama Emir sekarang ni. Kenapa? Kenapa muncul jugak?!

Jodohku ?

Gilaaaaaaaaaaaa! Tak hendak aku! Aku doakan semoga tak makbul doa sahabatku.

"Sebab nama Emir tu bermaksud masalah. Hari-hari dia yang buat masalah. Abang Is kan tahu perangai dia macam mana? Saya ni semangat nak mengajar boleh terus melayang nyawa bila kena panggil ikat jamin budak kat balai polis pagi-pagi."

Mereka ketawa. Namun itulah hakikat pertama yang aku lalui semasa mengajar dan berhadapan dengan Emir and the gang, the Upper 6 Pluto. Mungkin sebagai guru baru vs guru lama, pengalaman berjumpa dengan pelajar begini boleh dikatakan sebagai benda biasa, tapi bagi aku agaklah keterluarbiasaan. Kali pertama jejak kaki ke balai polis semasa period kedua, bulan keempat mengajar. Mahu sakit jantung aku ketika itu. Mana tidaknya, aku yang dihubungi oleh pegawai polis meminta untuk ikat jamin.

Selepas sahaja aku ikat jamin, aku bukak kuliah Subuh sampai Isyak terhadap Arwish, Aizat dan Karl. Lost word sekejap berhadapan dengan pihak polis. Dengan buta prosedur ikat jamin ditambah dengan kepala yang masih pusing dengan kejadian sakit jantung, aku tidak mampu memproses data yang diterima. Loading.

Cuma, bila sampai ke tempat parking, barulah otak boleh berfungsi seperti sedia kala. Kalau tidak, memanglah aku masih di awang-awangan. Tambahan lagi, mereka juga telah diberikan surat gantung sekolah.






HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now