18

18.7K 1.1K 72
                                    

Allahula illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin.

Ayat yang menjadi penenang aku di sepanjang perjalanan ke balai polis. Panas hatiku tatkala teringatkan perangai Emir. Sudahlah beberapa minggu lepas dia ditangkap oleh pihak polis walaupun ketika itu tindakkannya dianggap sebagai baik, tetapi di mata masyarakat, sekali kau adalah penjenayah selamanya kau tetap besalah. Kali ini apa pulak masalah yang dibawanya. Bergaduh dengan siapa sampai kena tahan dengan pihak polis kali ini? Aku garu kepala.

Pening dengan perangai Emir.

Lama-lama uban pun boleh tumbuh nampak gayanya. Sampai sahaja di perkarangan balai polis aku tarik nafas. Menahan rasa yang sedang bergelojak ketika ini. Marah geram sakit hati semuanya bercampur.

"Cik Nuralthea ye?"

Aku mengangguk kea rah pegawai polis wanita yang berada di hadapanku. Dia menunjukkan Emir yang sedang duduk di hadapan seorang pegawai polis lelaki.

Aku ketap bibir.

"Saya datang nak ikat jamin Emir."

Pegawai polis berkenaan tersenyum sambil mengangguk. Aku teruskan proses ikat jamin Emir yang sedang diam membatu di sebelahku. Hatiku terasa sakit untuk menoleh ke arahnya. Selesai sahaja ikat jamin, aku keluar tanpa mempedulikan Emir.

Mencari oksigen setelah terperangkap di dalam balai polis. Tidak betah lama di situ. Rimas dan panas apatah lagi bersebelahan dengan Emir. Nasib baiklah pegawai polis tadi boleh tahan handsomenya, sempat jugak cuci mata.

Berhadapan dengan kereta, aku pejam mata. Mencari kekuatan. Emir diam mengikuti langkahku.

"Apa lagi masalah awak ni Emir? Tak puas lagi ke masuk balai polis? Nak sangat duduk kat dalam penjara tu?"

Aku berpaling ke arahnya sambil cekak pinggang. Mujurlah kawasan agak lengang waktu pagi ini.

Emir buat rolling eye sambil peluk tubuh.

Aku ketap bibir. Ya Allah, takde hati perut ke manusia yang satu ini?

"Kau peduli apa? Sama ada aku nak duduk kat situ ke tak, tak payah datang ikat jamin aku. Aku boleh hidup sendiri."

Aku genggam jari dengan erat. Terasa ingin melayangkan penumbuk ke muka Emir sahaja. Kalaulah kepala aku ni volcano rasanya dah lama meletup agaknya.

"Ye, memang! Kalau diikutkan hati memang biarkan awak duduk kat balai polis tu je sampai bila-bila. Memang...."

"Kenapa tak buat aje! Tak payah susah-susah datang!" jerkahan Emir menyentakkan aku. "Lain kali, tak payah masuk campur urusan aku. Hidup kau, hidup kau! Hidup aku, hidup aku! Tak payah sibuk."

Aku tarik nafas mengumpul segenap kekuatan yang ada. Kekuatan untuk menahan amarah. Manakala kemarahan Emir terbias di wajahnya yang kemerah-merahan itu.

" Yes! Hidup awak memang hidup awak. Tapi selagi awak bergelar student, pelajar saya, saya akan ambil tahu tentang awak Emir!"

Emir senyum sinis. Sangat sinis sehingga aku terasa betapa tajamnya senyuman itu.

"Ohh, please la Althea! Jangan nak jadi guru mithali sangat yang berpura-pura tunjuk concern kat anak murid dia."

"Emir Hafiz!!" aku jerit kuat namanya.

"kenapa? marah? Haa, marahlah. Memang itu kenyataan dia. Kalau sekadar nak jadi guru mithali, tak payah tunjuk kat aku. Bagilah kat siapa-siapa."

Aku terasa seperti maruahku sedang dipijak-pijak oleh Emir ketika ini. Terasa seperti tanggungjawab dan amanah yang dipikul ketika ini sedang diperkotak-katikkan oleh Emir.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now