34

22K 1.2K 60
                                    

Suasana di meja makan senyap seperti dilanda garuda. Aku garu pipi sambil menyuapkan makanan dalam mulut. Malah Dr. Awal dan Puan Mawardah senyap. Kusyuk menyuapkan makanan. Sedap sangat ke makanan? Aku lihat Aarif, Aathif dan Ain bersopan ketika makan. Emir?

Selamba sahaja mukanya. Tadi bukan main gelak tak ingat dunia apabila dia berjaya lumurkan pipi aku dengan darah ikan. Akibatnya aku kejar Emir yang sudah angkat kaki melarikan diri. Tiba di muka pintu aku terkejut kerana disergah oleh Dr Awal dan Puan Mawardah yang kelihatan tergamam apabila melihat ada darah di pipiku.

Dr Awal sudah kelihatan cemas manakala Puan Mawardah sudah pucat lesi. Mungkin menyangka ada kecederaan yang di dapur ketika aku menolong Puan Mawardah memasak, atau lebih tepatnya menyiang ikan. Nasib baiklah ikan sudah siap disiang oleh Emir, kalau tidak memang aku sumpah Emir jadi ikan patin sekarang tu jugak.

Lepas tu tulang aku tanam kat belakang dapur.

Cuma apabila aku jelaskan darah itu cumalah darah ikan, barulah mereka berdua menarik nafas lega. Namun, sudahnya Emir jugak yang dimarahi. Emir merenung tajam ke arahku apabila aku tunjuk wajah padan muka apabila dimarahi oleh Dr. Awal. Smug face. Puas hati aku. Hampir sahaja aku menjulur lidah ke arahnya tapi nasib baik sempat lagi ditahan.

"Macam mana pelajaran Emir, Althea?" Soalan pertama yang keluar dari mulut Dr. Awal memecahkan kesunyian di meja makan.

Air liur terasa berpasir. Rasa seperti dihadapkan dengan Hari Permuafakatan Ibu Bapa dengan Guru aje. Para ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka.

Aku garu kepala.

"Baik, Alhamdulillah setakat ni, Dr."

Terasa kaku lidahku. Sejak belakangan ini, Emir tidak sehavoc dulu, bila mana namanya akan naik di papan kenyataan tiap-tiap minggu. Aku perhatikan semakin dekat dengan tarikh exam, prank Tingkatan Enam Pluto pun semakin berkurang. Kadang kala dalam seminggu hanya ada sekali aku dengar guru yang bertugas kompelin tentang Tingkatan Enam Pluto, termasuklah aku.

Mungkin bos besar yang sedang duduk di sebelah aku ni telah mengurangkan aktiviti mafianya maka secara tidak langsung perangai pelajar Tingkatan Enam pluto tidaklah menyakitkah hati sangat sampai level aku nak hambat dan ikat mereka semua ke pokok pinang. Senang, tak bagi lepas. Mudah untuk kawal kelas.

Kedidaktoran Althea. Pemerintahan kuku besi untuk rejim Tingkatan Enam Pluto.

"Dr.?" Dr. Awal jongket kening sebelah.

"Err..."

"Panggil abah. Althea kan dah jadi menantu abah."

Aku senyum. Mulutku terasa kaku untuk senyum. Aku janggal berada dalam situasi ini. Dr. Awal bapa mentuaku.

"Baik abah."

Menantu yang menurut perintah.

"Berbalik pada soalan abah, perangai Emir okey ke sekarang? Dia tak buat hal macam dulu lagi ke?"

Entah kenapa hatiku berkata soalan Dr. awal ada maksud tersirat. Aku gagal untuk menangkap ayat di sebalik kata-kata Dr. Awal. Rasa seperti Dr. Awal sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti Emir.

"Emir okey abah."

Sesaat aku rasa macam ada sesuatu yang sedang berbahang di tepiku. Seperti ada sesuatu yang sedang berbahang. Eh. Ada kebakaran ke? Aku menoleh ke arah meja tepiku. Kelihatan Emir sedang menahan amarah. Mukanya yang cemberut tidak mampu gambarkan. Mungkin seperti kertas yang sudah digumpal-gumpal dengan perasaan sakit dan geram.

"Jangan tipu abah, Althea."

Suara amaran Dr. Awal meniti di hung bibir. Aku ketap bibir. Memang itu yang berlaku sekarang, kecuali perangai luar biasa miang buluh di rumah sewaku.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now