26

22.6K 1.2K 70
                                    

Isnin.

Isnin hari kelahiran junjungan Nabi Muhammad SAW, sepatutnya tiada istilah Monday Blues atau 'Isnin yang Biru' tetapi sayangnya aku lebih menggemari terma 'Black Monday', Isnin yang gelap. Segelap perasaanku ketika ini. Segelap hari-hariku bersua muka di rumah. Genap hari ini, sudah 3 hari Emir tinggal di rumah sewaku. Kesian dengan Amira, terpaksa bertudung tatkala Emir berada di rumah. Namun, di sebalik semua itu, aku lihat Emir semakin jarang membuat hal di sekolah. Walaupun ada masanya aku terasa mahu berlari marathon mengejar Emir menggunakan penyapu. Malah, ketika di dalam kelas, perhatiannya tertumpu semasa sesi PdPc.

Mungkin ada hikmahnya Emir bermalam di rumah sewaku. Senang untuk memantau Emir sama ada dia ada belajar ataupun tidak. Sekurang-kurangnya, terlihat perubahan sedikit dalam dirinya. Think positive Althea, walapun kau rasa macam nak humban Emir dalam gaung ketika ini. Dalam baiknya, ada jugak sakit hatinya.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Melepaskan beban yang terasa berat di pundakku. Semakin berat bila menghampiri STPM. Barisan guru yang mengajar pelajar STPM ini bertambah-tambah sakit perutnya bila semakin dekat dengan peperiksaan tersebut walaupun dah terbiasa untuk setiap tahun. Bila mengajar, kepuasan yang paling penting diriku adalah pelajar tersebut faham dengan ilmu dan pengetahuan yang diajar dan dapat mengaplikasikannya dalam peperiksaan. Bila mereka berjaya, terasa kepuasan mengajar lebih-lebih lagi jika mereka menjadi orang yang berguna. Dengan keadaan sekarang yang makin mencabar, kerja guru yang semakin bertambah dan tiada undang-undang yang boleh melindungi guru aku rasakan guru semakin tercabar dengan anak-anak zaman millennium ini.

Kalau dibandingkan dengan zaman dahulu, biasanya hukuman yang diberikan pada murid tidak menjadi masalah bagi ibu bapa. Malah, kadang kala ada murid yang tidak mahu memberitahu kesalahan yang dilakukan oleh mereka kepada ibu bapa, takut dihukum kali kedua. Tetapi sekarang? Sentuh sikit anak terus bawa ke mahkamah. Itu belum lagi mereka tahu perangai anak mereka semasa bersekolah. Tidak dinafikan bahawa ada kalanya, guru itu kehilangan tahap kesabarannya, tapi sebagai ibu bapa mereka perlulah faham. Anak mereka bukan seorang sahaja yang perlu diberi perhatian. Andaikan seorang guru ada 5 kelas untuk diajar, paling-paling 150 ragam yang terpaksa dihadapi. Kalau spesis murid yang baik, penyejuk mata dan perut ketika mengandung, itu memang sejuk hati cikgu nak mengajar. Tetapi kalau spesis badboy Emir tahap masuk balai polis? Anda rasa ? Kalau 150 berperangai seperti Emir? Mampu ke ibu bapa nak menghadapinya?

Aku tak tahu. Jadi fikirkanlah. Sebagai ibu bapa, anda pernah bersekolah dan pernah menerima pendidikan terlebih dahulu daripada anak-anak anda. Jadi, bagaimana ibu bapa melihat sendiri perubahan-perubahan yang berlaku semasa zaman mereka dan zaman sekarang? Kalau nak dibandingkan dengan sistem pendidikan zaman dahulu, sejujurnya aku lebih suka zaman dahulu. Kemenjadian murid itu berlaku dan boleh dikatakan menjadi manusia. Sekarang, aku tak tahu? Bak kata pepatah, hendak melihat bagaimana pemimpin masa akan datang, lihatlah pada generasi sekarang. Generasi sekarang yang dipengaruhi dengan pancaroba-pancaroba dan anasir yang bukan datang dari dalam tetapi lebih hebat jangkauannya ke luar negara apabila melibatkan penggunaan medium ICT. Perkongsian pintar yang ada pro and cons tersendiri.

Tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan perlulah seiring dengan perkembangan era globalisasi ini, maka telah mewujudkan PPPM 2013 - 2020 dan membentuk Aspirasi Pendidikan dan Aspirasi Murid yang menjadi akses kepada perkembangan kokurikulum yang hendak diimplementasikan dalam pembelajaran.

Woahh, Althea, apa kau membebel pagi-pagi buta ni. Daripada hal Emir terus masuk ke dasar kerajaan. Aku garu kepala sendiri. Mungkin inilah akibatnya tinggal bersama dengan Emir. Tiga  hari Emir tidur di rumah sewa membuatkan jantungku berdetak lebih hebat daripada normal. Contohnya, malam pertama dia tidur, aku rasa mahu meraung sekuat hati apabila dia dengan selamba sahaja tidur di sebelahku, memeluk pinggangku dan hanya berseluar pendek. Perghhh, nasib baik dia tak pakai boxer masa tidur. Mahu stop jantung aku dibuatnya. Sudahnya, Emir aku tolak kuat sehingga terjatuh dari katil. Akibatnya Emir mengamuk dan aku lari ke bilik Amira.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now