8

18.8K 1.2K 33
                                    

"Awak ni dah kenapa?"

Aku ketap bibir. Menyesakkan jiwa. Sudahlah di sekolah menyakitkan hati, sekarang pulak dia buat permintaan melampau-lampau.

"I am being serious cikgu. Totally serious."

"Awak tahu tak cikgu ni perempuan. Bukan lelaki. Kalau awak tu perempuan, takpelah bagi awak tumpang bermalam. Awak dah la lekaki, haram bawak masuk rumah. Bukan mahram."

Senafas aku berkata. Ish, ada akal taknak guna.

"Habis tu kalau bukan mahram, tak boleh masuklah?"

Emir semakin jengkel. Rasa macam nak hentak aje kepala si Emir ni.

"Memanglah tak boleh. Awak tak baca hukum ke?"

"Malas." Senang sahaja jawapannya.

Ya Allah, pendek umur aku disebabkan budak ni. Darah tinggi, sakit jantung, sakit hati semua bercampur baur dalam jiwaku. Sesak.

"Macam nilah, Emir. Awak ada saudara mara ke, kawan ke, yang boleh tumpangkan awak untuk malam ni?"

Aku kendurkan suara. Malas sudah bertikam lidah dengan Emir sekarang ni. Aku marah ke tak marah, sama sahaja. Emir Hafiz degil.

Emir pandang luar tingkap. "Tinggalkan saya kat depan tu."

Dia tunjuk ke arah hadapan. Bus stop? Buntang mata aku. Segeram dan semarah aku, masih lagi ada rasa kemanusiaan terhadap manusia.

"E.M.I.R.H.A.F.I.Z"

"Ye Cikgu Althea."

"Nak tinggalkan awak kat sana? Kot ya pun, tolonglah cari tempat yang decent sikit."

Emir pandang aku. Dia mengeluh.

Aku angkat kening sebelah. "What?"

"Nanti kawan saya ambik. I already WhatsApp him. Another five more minutes he will come."

Grumpy. Annoying.

"Baguslah. "

Aku menghentikan kereta di tepi bus stop yang kelihatan lengang daripada orang. Cuma ada seorang dua sahaja di situ. Emir keluar dari kereta tanpa mengucapkan terima kasih. Hanya sekilas pandangan sahaja dilemparkan ke arah aku. Aku jongket bahu.

"Jangan lupa makan ubat. Rehat." Pesanku sebelum menyambung kembali pemanduan. Dari arah refleksi cermin, aku lihat Emir merenung jauh ke arah keretaku sebelum sempat menguntumkan senyuman.

Bipolar.

Kejap elok, kejap macam naga. Aku geleng kepala.

Tibanya Isnin aku diserang Monday Blue. Tingkatan Enam Pluto. Aku tarik nafas, hembus nafas. Tarik nafas, hembus nafas.

"Cikgu nak pergi bersenam ke?"

Satu suara menegur dari arah belakang. Aku segera menoleh.

"Cari semangat nak mengajar."

Cikg Ilham ketawa. "Boleh la saya amalkan lepas ni, kalau nak cari semangat mengajar."

Aku tersengih. "Jangan lupa bayar duit pengeras."

Cikgu Ilham ketawa lagi.

"Belanja makan cukuplah ganti duit pengeras tu."

Aku tergelak.

"So, macam mana percutian haritu?" Aku bertanya sambil menolak pintu bilik guru.

"Best. Pemandangan kat situ best. Kalau photoshoot kahwin memang cantik."

"See, told you already. Maka cepat-cepatlah kahwin cikgu Ilham kalau nak buat photoshoot kat situ."

Cikgu Ilham tersengih.

"Tak siapa yang sudi dengan saya ni cikgu."

Aku jongket kening sebelah. Tipulah kalau takde yang berkehendakkan cikgu bujang seorang ni. Rupa kacak, sedap mata memandang. Kuning langsat. Kerjaya cikgu. Rasanya beberapa minggu lepas aku tengok ada budak yang tertoleh dua tiga kali dengan cikgu Ilham seorang ni.

"Ni tipu ni. Banyak yang minat cikgu Ilham ni tapi tak berani nak cakap kot."

"Yeke?" Dia angkat kening sebelah, ala ala kening Ziana Zain.

"Banyak cikgu bujang kat sini cikgu. Tak pon cik kerani kat sekolah kita ni. Banyak yang bujang."

"Cikgu Ilham yang ketika itu sedang meneguk air, terbatuk kecil.

Aku tertawa sambil meletakkan beg di atas meja. Tiba-tiba tanganku tersentuh akan sesuatu. Pantas aku menoleh, dan terlihatkan sebuah kotak berukuran kecil dia atas meja.

Aku kerut kening. Siapa yang bagi? Siapa empunya?

"Kenapa cikgu?" Tanya Cikgu Ilham apabila aku mendiamkan diri, memerhatikan kotak kecil yang berada di atas meja.

Aku was-was. Pengalaman dikenakan oleh pelajar Tingkatan Enam Pluto kembali menerpa ingatanku.

Masih segar lagi ketika bulan keenam aku mengajar Tingkatan Enam Pluto, ketika itu aku memang terlepas kesabaran terhadap mereka. Hal ini disebabkan pintu belakang telah rosak akibat pergaduhan antara Emir dan budak kelas lain. Tak habis dengan bab bergaduh, aku terima lagi laporan Emir ponteng kelas, merokok di tandas bersama dengan Andre, Vera, Aizat dan Eric. Sambung lagi apabila ada budak perempuan yang ditangkap bawa alatan make up dan barang kemas. Lagilah aku rasa macam nak meletus. Jadi, apabila sampai masa aku, aku marahkan mereka dan bagi nasihat.

Ingatkan mereka boleh terima. Rupa-rupanya, keesokkan harinya, dengan muka bersalah, mereka meminta maaf dengan menghadiahkan aku sebuah kotak. Apabila buka sahaja kotak tersebut, rasa marah dan takut aku bercampur.

Kala jengking dan katak.

Aku terasa nak meraung ketika itu jugak. Sudahnya, ke bilik PKHEM jugalah destinasi terakhir 14 pelajar Tingkatan Enam Pluto.

"Cikgu taknak buka ke?"

Aku kembali tersedar. Senyuman kelat menghiasi mukaku. Lambat-lambat aku gapai kotak tersebut. Fobia.

Sambil membelek kotak tersebut, aku goncangkan. Mana tahu bom ke? Boleh sempat lari. Tiba di bucu kanan kotak, aku terjumpa sekeping kad kecik yang terselit.

'Daripada Aizat dan dan Kea Hin. Tq cikgu.'

Aku tutup semula kad tersebut dan kembali menggoncangkan kotak tersebut.

"Daripada cikgu dok goncang-goncang, buka aje cikgu." Cikgu Ilham sudah ketawa.

Aku tersengih. Fobia nak bukak hadiah pelajar Tingkatan Enam Pluto ni. Dengan langkah berat sambil membaca basmalah dan selawat, aku buka kotak tersebut.

Fuuhhhhhhh. Nasib baik. Cuma music box sahaja.

Aku tarik nafas lega. Sungguh lega.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now