4

20.4K 1.2K 62
                                    

"Al, kau bila lagi nak kahwin?"

Purrrr.

Terpercik keluar air laici yang sedang dihirup aku. Pincing mata aku lihat wajah Raifa yang sedang elok tersengih di hadapanku. Najiha dan Nadia ketawa. Aku terbatuk-batuk kecil.

"Yelah, dalam kumpulan ni, kau aje paling senyap." Sokong Anif.

Mentang-mentang bakal isteri.

"Nadia dengan Najiey masing-masing dah ada steady partner. Kau aje yang senyap."
Tambah Aqil.

"Habis kau tu?"

"Aku dah ada makwe."

Aku kerut dahi. Penting sangat ke ada steady partner ni?

"Aku malas nak ambik tahu."

Aku jungkit bahu. Senang. Tak pening.

"Ke, kau takleh nak move on lagi dari Fared?"

Aku pincing mata tengok Najiey aka Najiha. " Benda 4 tahun dululah. Aku move on dah."

Aku dah lama buka buku baru. Life goes on. Tak bermakna hidup musnah kalau aku break up dengan mamat tu. Stay strong strive for the future.

"So?"

"So?" Aku ulang balik ayat Nadia.

"So?" Mereka berlima angkat muka dengan muka excited.

"Kalau korang tengok ada lelaki yang jabat tangan tok kadi nanti, kawenlah aku. See, easy."

Najiey pandang muka aku dengan perasaan geram. Aqil dan Nadia tidak percaya. Anif dan Raifa ternganga.

"Kau ni....."

Aku ketawa. Seronok pulak kenakan kelima-lima sahabat baikku ini.

"Chill la. Umur masih muda, baru lepas suku abad. Aku nak bina kerjaya dulu."

Nadia mencebirkan bibirnya. "Alasan."

Aku ketawa. Sememangnya, dalam kalangan sabahatku ini, aku paling senyap. Nak mengada-ada cerita ada steady partner, kantoi menipu pulak. Siapa yang aku nak rembat jadi bidan-terjun-steady-partner aku? Pokok rambutan?

"Kau ni, cepat-cepatlah cari steady partner. Boleh join sekaki dengan kitorang."

Aku angkat kening sebelah. "Oh, memandangkan aku takde steady partner korang halau aku ye."

"Eh, mana ada. Takdelah Al. Ni semua mulut kau lah ni." Tangan Najiey terus hinggap di lengan Aqil. Aqil mengaduh kesakitan. Aku tergelak.

"Aku gurau ajelah. Takde niat pun nak cakap macam tu."

Aqil tersengih, melukis rasa bersalah di mukanya. Aku faham. Tak kisah, dan tahu mereka cuma bergurau sahaja. Masakan 10 tahun bersama mereka tidak faham lagi sikap setiap sahabat baikku?

"So, bakal pengantin ni kenapa keluar bersama? Bukan ke tak boleh berjumpa ke dekat-dekat nak kahwin ni?"

Nadia tersenyum sinis.

"Sebab korang ajak kumpul bersamalah aku join ni. Rugi kot."

"Ha, yelah. Dahlah bising dalam group set pukul berapa dengan tempat lagi."

Kami hanya ketawa.

"Ez mana?"

"Kena ikat dengan bini dia. Takleh keluar."
Aku kerut dahi.

"Wow, takkan sampai macam tu sekali?"

"Ye. Kau tahu, even aku satu pejabat dengan Ez pun, aku jarang lepak dengan dia." Aqil bercerita.

"Eh? Kenapa macam tu?" Kami semua kerut dahi.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Dahyat sangat kot penangan si bini Ez tu. Keluar melepak dengan kita pun dia tak dapat. Isteri dia merajuk. Susah nak pujuk katanya."

Aku melopong. Dahsyiat.

"Aku dah cakap kat Ez, dari dulu Aneem tu memang queen control. Masa abang aku couple dulu dengan dia, aku ni sesak nafas tengok. Sana tak boleh. Sini tak boleh. Ke maklumkan awal-awal lagi kat dia. Bagitau secara details."

Najiey tarik nafas. Aku ingat lagi, masa abang Najiey tengah hangat bercinta dengan Aneem, hari-hari nama Aneem terbit dari bibirnya. Mengutuk.

Aku jungkit bahu. Ez adalah seorang lagi sahabat baikku. Ez atau nama sebenarnya Ezalman. Kami bertujuh bersahabat baik. 3 lelaki, 4 perempuan.

Tapi Ez paling cepat kahwin. Bekerja pada umur 20 dan berkahwin pada umur 23 dengan Tasneem Aulia. Tinggal Raifa dan Anif yang bakal melangsungkan perkahwinan beberapa hari  lagi. Aku, Aqil, Najiey dan Nadia tunggu seru lagi nampaknya.

"Ha, kat sekolah kau takde cikgu single ke? Pergilah mengayat dia."

Puurrr kali kedua air laici aku. Terbatuk-batuk kecil sekejap.

"Kenapa aku dijadikan topik arini? Bukan sepatutnya Raifa dengan Anif ke topik utama?"

Aku jeling wajah Nadia. Soalan bernas sangat tanya.

"Yelah, kau aje yang single mingle tringle at sini. So, ada tak?"

Aku geleng kepala. "Takde pulak aku buat kajian berapa ramai cikgu single kat sekolah aku. "

Raifa terus tampar bahu aku. Tergeliat aku sebentar. Tangan dinasour ke apa?

"Habis tu, taste kau kat student ke? Ada student handsome tak? Kau ajar form 6 kan."

Segera wajah Emir Hafiz terlayang di mindaku.

Purrr.

Purrrr.

Choiii! Kenapa pulak muka Emir Hafiz yang muncul ni?

Hampir tersedak segala isi makanan aku tatkala muka Emir muncul. Takde muka lain ke muncul? Cikgu Ilham ke? Putera Mateen ke?

"Kau gila ke? Weh, taste aku laki lagi tua daripada aku. Tak main lah dengan budak-budak ni."

Kelima-lima mereka mencebikkan bibir.

"Haa...yelah. Jangan takbur. Aku doakan jodoh kau dengan student kau. Aminnn. Guys, aminkan doa aku."

Mereka semua serentak mengaminkan doa Aqil. Thorbhoik punya kawan.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now