3

20.6K 1.1K 20
                                    

*Edited*

Aku punggah barang aku dengan perasaan gembira. Memang gembira. Tersangat gembira.

H.O.L.I.D.A.Y.

Yeay!

Maknanya aku terlepas daripada kekusutan masalah Tingkatan Enam Pluto. Takde balai polis. Takde bilik PKHEM. Paling penting, takde Emir Hafiz.

Minggu keamanan untuk Nuralthea Hazami.

"Happy semacam ni kenapa?"

Aku pandang housemate aku, Cikgu Amira.

"Aku happy balik kampung."

Dia ketawa. "Happy balik kampung ke happy sebab tak jumpa Tingkatan Enam Pluto ni?"

Aku tersengih. "Yang tu paling penting."

Amira geleng kepala. Tahu saja tentang kemasyhuran Tingkatan Enam Pluto ini. Mengalahkan kemasyhuran Kesultanan Melayu Melaka gamaknya. Sampaikan sekolah yang satu dalam kawasan yang sama boleh tahu tentang Tingkatan Enam Pluto, STKH.

Hebat tak? Tapi kalaulah dalam akademik.

"Kau nak aku hantar ke Kuching Sentral pukul berapa? "

Aku kelih jam tangan. "Pukul 8.00. Sebab nak amik bas pukul 8.30 pagi. Senang abah aku nak ambik nanti."

"Haa kan. Kampung kau jauh." Amira mengangguk sekejap.

Aku pandang Amira sambil menyusun barangku dalam boot kereta. "Pukul berapa flight?"

"Pukul 1.00 petang. Guna Uber aje. Kereta mintak tolong kat Uncle Zuber tengokkan. Aku suruh kau bawak balik, kau taknak."

Aku geleng kepala. Jauh kot nak bawak kereta dari Kuching ke kampung aku. 6 jam macam tu. Lebih-lebih lagi kereta orang. Baik naik bas, aku boleh tidur lena.

Tepat jam 8 aku sampai di Kuching Sentral yang mulai sesak dengan orang ramai. Kebetulan cuti sekolah sudah bermula, jadi banyaklah yang balik kampung.

Bas merupakan pengangkutan utama di Sarawak, selain daripada kereta, ekspres air dan kapal terbang. Tiba di kaunter, aku membeli tiket dan kemudian makan sebentar di kedai sebelah pintu masuk.

Aku pandang skrin fonsel apabila kedengaran lagu Kibou no Uta mula meraung-raung. Abah. Aku tolak slide hijau.

"Assalamualaikum bah. Haa...bas bertolak pukul 8.30. Sampai nanti kat Sarikei dalam 1.30 pm. Nanti Eya maklumkan kat abah kalau dah sampai."

Suara abah kedengaran di hujung fonsel. Sambil mengangguk, aku menamatkan talian apabila jam menunjukkan pukul 8.20. Aku bergegas mencari bas.

"Eh, Cikgu Al."

Aku pandang sebelah kanan.

"Eh, Cikgu Ilham."

Aku terkejut. Kenapa Ilham ada kat sini?

"Balik mana?"

Ada saudara mara dekat sini ke cikgu keyel ni? Ke melancong?

"Balik rumah awak."

Aku kerut dahi. Hm. Ayat teh tarik dia.

"Alah, cikgu Al ni. Saya gurau ajelah. Member sama U dulu ajak jalan-jalan kat kampung dia. So, otw ke kampung dia lah ni." Jelasnya.

Ohhh. Aku angguk kepala.

"Rupanya. Kat mana cikgu?"

"Kat Kampung Penibung rasanya. Dekat-dekat situlah. "

Aku kenal tempat tu. Salah satu tempat yang aku pernah kunjungi untuk program baktisiswa dulu. Cantik dan mempesonakan. Paling penting, makanan laut utama adalah udang.

"Cantik tempat tu cikgu. Pergi sana guna apa?"

"Katanya guna ekspress. Ekspress tu bas ekspress ke, Cikgu Al?"

Aku ketawa.

"Ekspress tu bot penumpang. Selalunya mereka panggil ekspress. So, guna jalan lautlah ni cikgu ye?"

Buntang mata Cikgu Ilham. Mulutnya terlopong.

"Kira bot penumpang guna jalan air lah ni ye?"

"Ye cikgu."

Aku mulai selesa dengan Cikgu Ilham. Guru muda ini lebih setahun berkhidmat dengan STKH daripada aku. Bersama Cikgu Ilham, kami berdua berkongsi pengalaman tentang di Universiti dan tidak terlepas jugak tentang Tingkatan Enam Pluto.

Aku ingatkan nama Tingkatan Enam Pluto ini sudah terhapus sebaik saja kakiku melangkah ke Kuching Sentral. Rupanya tidak. Terjumpa pula guru Pengajiam Am Tingkatan Enam Pluto.

Ha.

Ha.

Ha.

"Tak sangka sampai juga ke bandar Sarikei ni. Lepas tu, guna ekspress lagi nak gi ke Kampung Penibung tu."

Kami berdua ketawa.

"So, kawan cikgu ambik ke lepas ni?"

Aku bertanya sambil memunggah barang dari bawah bas. Dia mengangguk. Dari jauh, abah sudah menunggu aku bersama emak. Aku tersenyum.

"Saya gerak dulu la cikgu. Abah saya tunggu dah."

"Kawan saya pun dah tunggu jugak tu cikgu," katanya seraya jari telunjuknya ke arah seorang pemuda yang melambai-lambai ke arahnya.

Aku mengangguk seraya melambai-lambai ke arah Cikgu Ilham.

"Siapa tu?"

Aku angkat kening. Soalan ayah lain macam aje di pendengaranku. Emak tersengih.

"Cikgu sama sekolah. "

Abah diam apabila aku malas mengulas lanjut. Memang takde benda nak ulas pun.

"Benda menarik kat sekolah apa?" Emak bertanya.

Aku ketawa. Sampai sekarang belum pernah lagi aku ceritakan yang anaknya yang seorang ni menjejakkan kaki ke balai polis. Bersama emak, aku ceritakan peristiwa yang berlaku di sekolah. Pengecualian kepada the latest case.

"Raifa nak kahwin kan minggu depan."

Aku angguk.

"Tak sangka kan mak. Kahwin jugak si Raifa tu dengan Anif. Kalau dulu bukan main anti si Raifa kat Anif, last-last cinta maut jugak dengan si Anif tu."

Emak ketawa. Abah hanya geleng kepala mendengar anak perempuannya yang satu ini mula bergosip dengan ibunya.

Semoga percutian aku kali ini lebih aman.


**************************************************************************************

First, saya minta maaf untuk part ini, tak perasan saya tak habiskan, dan biarkan hanging on the cliff.

Gomenasai😫😫😫. 

Terima kasih sudi tegur dan support saya. Have a nive day guys. Esok saya akan update next part.

Stay tuned. 😘





HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now