39

24.7K 1.4K 152
                                    

Apa mimpinya Emir bersetuju untuk mengikuti aku ke majlis makan malam Tingkatan Enam aku sendiri masih tertanya-tanya. Ketika memasuki dewan hotel yang telah ditempah berkenaan, aku lihat separuh daripada dewan sudah dipenuhi dengan tetamu yang dijemput.

Mataku melilau mencari kelibat Emir. namun hampa. Kali terakhir aku melihat Emir adalah ketika dia meninggalkan aku di depan pintu masuk hotel dan dia menghilang untuk memakirkan kereta.

"Cari siapa tu? Suami terchenta ke?" Sapaan dari arah tepi sambil bahuku ditepuk lembut oleh Cikgu Jasmin menyebabkan aku terkedu.

"Eh, takdelah kak. Banyak dah yang sampai."

Cikgu Jasmin angkat kening lalu berjalan beriringan bersama aku. Kami berdua menuju kea rah meja yang sudah ditandakan oleh pelajar untuk para guru.

"Emir mana? Dia ikut tak?"

Aku menguntumkan senyuman. "Ada tadi. Tengah parking kereta kot." Lepas tu aku sendiri tidak tahu ke mana hilangnya manusia bernama Emir Hafiz.

" Rindulah tu. Mana boleh bagi lepas bini dia comel sorang ni."

Aku ketawa tanpa menjawab penyataan Cikgu Jasmin. Nampak gayanya modal Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah membahan aku lebih banyak untuk malam ini.

"Awal ke akak sampai?" Aku bertanya sambil mengelih ke arah jam. Baru 8.00 malam. Majlis dijangka bermula jam 8.30 pm, menunggu VVIP. Kebiasaan, kebergantungan majlis untuk bermula awal atau lambat adalah bergantung kepada kedatangan VVIP. Kalau datang awal. maka awallah majlis bermula, dan juga sebaliknya.

"Awal dah. Gerak sekali dengan Aisyah dan Yam tadi."

Aku mengangguk seraya melangkah bersama dengan Cikgu Jasmin. Dari jauh kelihatan tangan cikgu Aisyah dan Ustazah Maream melambai-lambai ke arah kami, menandakan meja yang bakal diduduki oleh barisan guru. Ada 4 buah meja selebihnya diisi oleh para pelajar dan tetamu jemputan.

Sampai sahaja di meja, aku mengambil tempat duduk di sebelah Cikgu Aisyah. Dia tersenyum-senyum memandang Cikgu Jasmin, seolah-olah menghantar pandangan 'isyarat rahsia'. Aku angkat kening.

"Lawa dress Al."

Aku pandang wajah Cikgu Aisyah. Mata dikecilkan untuk memahami maksud di sebalik pujian yang berbaur dengan maksud tersirat itu. Bukan aku tidak nampak isyarat mata yang diberikan kepada Cikgu Jasmin beberapa minit yang lalu tatkala melambai kea rah aku.

"Ha ah, macam sedondon pulak dengan baju Emir tadi kan."

Aku terbatuk-batuk apabila CIkgu Jasmin menambah nama Emir di hujung ayatnya. Tidak dinafikan tatkala aku keluar dari bilik, hampir semput nyawaku apabila melihat Emir selamba memakai baju warna dan tona sedondon dengan dressku. Bagaikan berjanji. Entah kenapa aura Emir kelihatan memukau ketika itu.

"Eh yeke?"

Ustazah Maream yang kelihatan terpinga-pinga terus melilaukan matanya mencari kelibat Emir. Sesaat kemudian dia tersengih. Sah, nampak gayanya Ustazah Maream pun bakal berjemaah mengusik aku malam ini nampak gayanya.

"Haa, betullah. Al dengan Emir ni berjanji ke ?"

Purr.. Tersembur air yang berniat hendak membasahi kerongkongku. Aku terbatuk-batuk kecil. Cikgu Jasmin dan Cikgu Aisyah memandangku sambil tersengih-sengih. Suka melihat aku gabra tatkala aku dikatakan berjanji dengan Emir.

"Tengok tu Emir pandang sinilah."

Ayat Cikgu Jasmin membuatkan mataku terpandangkan Emir yang beriringan masuk bersama dengan Aizat dan Kea Hin serta beberapa lagi pelajar lelaki Tingkatan Enam Pluto.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now