37

25.7K 1.2K 106
                                    

Peperiksaan STPM secara rasminya akan tamat dengan jayanya hari ini setelah kertas peperiksaan terakhir berjaya diduduki oleh Emir. Sepanjang peperiksaan aku lihat wajah Emir yang relaks. Paling merisaukan aku adalah subjek yang diajar oleh aku sendiri. Sejarah. Banyak fakta yang perlu dihafal dan diingat.

Mampu atau tidak mereka menjawab soalan yang diberikan? Ketika lebihan kertas soalan dibawa keluar oleh para pelajar ada beberapa orang mereka berjumpa denganku. Katanya, ada beberapa soalan yang mereka boleh jawab. Ada beberapa soalan ramalan yang keluar tetapi ada juga soalan yang tidak dijangka turut keluar dalam peperiksaan kali ini. Biasalah. Lumrah peperiksaan. Ada yang mengena dan ada yang tidak mengena.

Yang penting adalah usaha untuk menjawab soalan sebaik mungkin. Selepas itu berdoa dan bertawakal kepada Allah. Semoga mereka berjaya menjawab soalan yang sebaik mungkin. Aku tidak meminta banyak, cukuplah sekadar mereka lulus dan tidak gagal. Itu yang lebih penting bagi aku.

"Hari ni last paper kan?" Aku berbasa basi dengan Emir ketika dia menyuapkan sandwich ke dalam mulut.

Dia mengangguk sebentar sebelum meneguk air kopi pahit tanpa gula yang dibancuhnya tadi. Entah macam mana rasa. Aku sendiri tak boleh bayangkan. Sepanjang minggu peperiksaan, Emir tinggal bersamaku di samping membantunya mengulang kaji. Itupun dalam subjek Sejarah, Bahasa Malaysia dan Pengajian Am sahaja. Subjek lain pula Emir belajar sendiri. Bilik aku dijadikan sebagai markas untuk berperang dengan buku.

Sepanjang minggu peperiksaan berlangsung, nasib baik perangai miangnya tidak muncul. Selamat sikit jantung aku. perhatian dan fokusnya ditumpukan ke arah peperiksaan. Aku senyum sendiri. Mungkin, kali ini Emir akan lulus dalam peperiksaan dan tidak perlu memunculkan diri untuk mendaftar semula pada tahun hadapan sebagai pelajar Tingkatan Enam Rendah.

Kalau tidak memang sah aku terberanak sekarang tu juga nanti.

"Ni, kenapa angguk-angguk senyum-senyum? Tengah fikir tempat honeymoon kita lepas aku exam ke?"

Purr... Tersembur keluar air milo yang sedang dihirup aku. Selamat mendarat di atas meja. Perlahan-lahan aku menoleh kea rah Emir dengan mata yang membulat. Mulut terlopong.

Say what? Honeymoon? Eh? Telinga aku tak salah dengar kan? Bukan honeydew ke tadi?

"Ho..ho..honeymoon?"

Tergagap- gagap aku mengulang semula perkataan keramat yang keluar dari mulutnya. Emir juling mata ke atas seraya menyuapkan sandwichnya. Suapan terakhir sebelum punggungnya diangkat dari meja makan. Amira pula sudah lama bersiap dan turun ke sekolahnya. Maklumlah sekolahnya agak jauh dari rumah sewa menyebabkan dia terpaksa tertolak awal ke sekolah tempatnya mengajar. Hampir memakan masa 20 minit. Tidak ditambah lagi dengan kesesakan lalu lintas seawal jam 5.50 pagi apabila para ibu bapa bersesak untuk menghantar anak mereka ke sekolah.

Mujurlah sekolah dan rumah sewaku agak dekat. Bersesak jugalah tapi pandai-pandailah aku sendiri mencari jalan altenatif untuk memendekkan masa ke sekolah. Kalau tidak mahu berkaroks juga aku di dalam kereta akibat terperangkap dengan traffic jam. Kalau suara sedap tidaklah kisah tetapi aku adalah seorang yang dikategorikan sebagai tone-deaf. Piching semua lari. Kalau katak dengar pun boleh menangis akibat suara aku.

"Ye, honeymoon sayang. Kau dengar apa tadi? Honeydew?"

Aku telan air liur. Honeymoon? Sepanjang aku berkahwin dengan Emir soalan honeymoon tidak pernah terfikirkan dek akalku. Honeymoon kat mana? dengan siapa? Berapa lama? Apa nak buat masa honeymoon?

Sungguh, aku langsung tidak pernah terfikir akan hal itu. Lebih-lebih lagi dengan lelaki bernama Emir Hafiz. Tidak terlintas langsung dalam kelapaku perkataan honeymoon akan muncul.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now