20

20.7K 1.1K 86
                                    

Aku genggam erat jariku. Terasa ingin menumbuk seseorang dan muka Emir Hafiz adalah sasaran yang sesuai untuk ditumbuk ketika ini. Sakit hati, marah, meraung dan menangis, semuanya bercampur baur dalam hatiku. Terasa sesak jiwaku ketika ini. Mahu saja aku menyuruh bumi untuk menelan aku sekarang. Biar aku hilang untuk selama-lamanya dan tidak perlu untuk menanggung rasa getir ketika ini.

Ya Allah, sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi dugaan yang Kau berikan kepadaku ini. Aku ingin lari jauh. Jauh sejauh yang mungkin dan tidak perlu aku menoleh kembali. Andai masa boleh diputar semula, tidak akan aku menjejakkan kaki ke rumah Emir hari ini. Seandainya aku lebih mendengar kata hati, mungkin aku tidak akan berhadapan dengan situasi sekarang.

Situasi yang memerangkap aku dan Emir Hafiz.

Sesak mindaku sekarang. Berhadapan dengan situasi yang tidak terjangka seperti ini membuatkan aku buntu. Buntu sambil ditemani air mata yang kian lebat membanjiri wajahku. Sudah tidak tertahan marah dengan Emir, aku menangis di tepi Amira yang datang setelah ditelefon oleh Puan Mawardah.

"Syhhh... Al. Sabar. Tenang okey."

Amira gosok perlahan belakang badan aku.

Tenang macam mana? Sabar macam mana? Emir sendiri bagaikan hendak tak hendak sahaja memberikan kerjasama. Kerjasama penting untuk membersihkan nama aku dan dia. Sungguh, aku tidak ingin terperangkap dan dipersalahkan bersama dengan Emir Hafiz. Aku tidak ingin menjadikan diriku mangsa naga jantan seperti Emir Hafiz. Amat bahaya.

"Emir, saya mohon pada awak. Ceritakan benda sebenar kat mak ayah awak dan saya. Tolonglah. Tolonglah Emir!"

Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutku setelah puas aku memarahi dan melepaskan perasaan geram terhadap Emir akibat keengganannya memberitahu perkara yang sebenar.

"Apa lagi! Aku cakap benda betul dah! Memang kau terjatuh atas badan aku. Takkan aku jatuh atas badan kau. So?"

Emir mendengus geram. Dia berpeluk tubuh sambil mukanya menahan geram. Masam dan kelat seperti asam jawa. Riak tidak puas hati terlakar di wajahnya. Sejak tadi itulah reaksi yang dipamerkan olehnya selain muka grumpynya. Dia tahu tak aku dengan dia tengah menghadapi masalah besar sekarang? Dia faham tak?!

Tak! Dia tak faham. Dia tak faham bahawa jika perkara ini tersebar, maruah aku akan tercalar teruk. Mungkin dikecam oleh masyarakat dan yang paling bahaya adalah netizen keyboard warrior kalah tentera berperang dengan musuh. Mereka yang lebih hebat mengecam dan memalukan di samping menokoktambahkan lagi masalah yang sedia ada. Tak sanggup aku nak keluar rumah.

Tambah lagi kerjaya sebagai seorang guru. Habislah aku! Die me die ! Musnah kerjayaku kalau perkara ini tersebar. Emir takpelah. Dia berada di zon selamat. Siapa yang akan menyalahkan dia nanti? Paling-paling sikit aje nanti. Mungkin sebab itu dia tidak mahu menyelamatkan aku. Sebab benda ini takkan bagi efek yang mendalam kepada dia.

Namun, sebaliknya yang terjadi kepadaku. Kecaman dan pemberatan masalah akan 80% kepada aku. memalukan pihak guru sahaja. Aku yang sepatutnya memberikan contoh yang baik rupanya telah mencalarkan nama aku sendiri, nama keluarga dan nama sekolah.

Aku mengongoi dalam pelukan Amira. Amira dari tadi tidak jemu jemu meniupkan kata semangat kepadaku. Namun sayangnya semua bagaikan angin lalu di telingaku.

Aku pandang wajah babah dan mama yang keruh di tepi. Rasa bersalah muncucuk di dalam hatiku. Bersalah kerana aku menghampakan mereka semua. Menghampakan semua harapan ibu dan ayahku.

Masih segar lagi peristiwa tadi.

Dek kerana takutkan kucing aku terus berlari tanpa mempedulikan apa-apa pun di hadapan. Tanpa sengaja aku terjatuh di atas badan Emir yang tanpa berbaju. Secara kebetulan, ketika itu, aku disergah oleh ibu ayah Emir. Mahu luruh jantung aku disergah oleh Dr. Awal.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now