27

21.4K 1.1K 96
                                    

Aku gigit bibir. Nak lari daripada Emir dan lari daripada tugasan sekarang kena guna cara berhemah. Nanti tak pasal-pasal telinga lintah mata rimau cikgu-cikgu divison aku dapat menghidu sesuatu yang tidak berbau nanti. Bahaya! Terutama dengan CIkgu Ilham yang kebetulan dekat dengan aku ketika ini. Aku hampir pengsan apabila dia perasan akan Emir yang memandang aku bagaikan aku ini sejenis makanan bernama tomyam.

Perlahan-lahan aku menoleh ke arah kiri dan kanan mencari jalan keluar, laluan-laluan selamat yang boleh dilalui daripada mengelak 'terserempak' dengan Emir. Mungkin yang paling selamat adalah tandas wanita. Gila Emir nak masuk ke tandas wanita semata-mata nak kejar aku? Mahu meraung guru wanita kelak.

Tapi, kalau namanya Emir Hafiz anda rasa Emir akan peduli? Ohh, tidak! Jangan cakap dia main aci redah aje nanti. Aku picit kepala. Akal mula berjalan untuk mencari tempat selamat untuk bersembunyi daripada Emir.

"Err, Cikgu Ilham. Saya rasa sakit perut tiba-tiba ni. Boleh tolong cover untuk saya sekejap tak?" aku buat muka berkerut. Haraplah Cikgu Ilham termakan dan tidak menyangka yang bukan-bukan.

"Awak okey tak ni? Makan apa pagi tadi sampai ke sakit perut?" Soal Cikgu Ilham penuh prihatin.

"Entahlah. Saya pun tak tahu."

Aku menekan-nekan perut, umpama sedang dalam kesakitan. Sememangnya perut aku tengah meragam, sakit sebab aku takut dengan tindakan Emir selepas ini. Melihatkan mulutnya yang terkumat kamit bagaikan membaca mentera dan mata helangnya yang umpama bersedia untuk menerkam mangsanya aku jadi sakit perut. Jantungku tiba-tiba berdebar.

"Ke sebab Emir jeling awak semacam aje tadi, awak sakit perut?"

Aku ketap bibir. Serkap jarang Cikgu Ilham memang tepat pada jawapannya. Namun ada kelainan dalam nada suaranya. Bagaikan satu perasaan yang tidak suka aku lari hanya sebab aku takutkan Emir. Atau mungkin sekadar telahan aku sahaja.

"Mana ada. Saya betul-betul sakit perut ni. Takkan saya nak tipu Ilham pulak?"

Semata-mata nak mengelak boleh pulak nama Ilham disebut tanpa ada pangkal 'cikgu' di hadapannya. Aku mengurut-mengurut perutku, seolah menunjukkan aku betul-betul sakit. Aduh, Cikgu Ilham masa macam ni boleh tak jangan nak ganti Sinichi Kudo? Tolong jadi seperti Kougoro Mouri yang sentiasa tidur ketika Conan menyelesaikan kes pembunuhan.

CIkgu Ilham diam sahaja. Kemudian tarik nafas lalu melemparkan senyuman pembuluh darahnya.

"Baiklah. Tapi, kalau teruk sangat bagitahu. Nanti saya bawak awak klinik terus."

Aku angguk kepala.

"Sekejap aje Ilham ye. Jangan risau." Tiada yang teruk sebenarnya, cuma aku nak lari daripada Emir sahaja, sambungku di dalam hati.

Aku meletakkan apron di tepi meja. Kepada CIkgu Jasmin aku titipkan pesanan untuk ke tandas sekejap, takut dia tercari-cari. Cikgu Jasmin kepochi sedikit orangnya, namun aku tahu dia adalah seorang yang baik dan tegas semasa mengajar. Tidak hairanlah Cikgu Jasmin amat terkenal sebagai seorang guru yang agak disayangi oleh anak muridnya, termasuklah Tingkatan Enam Pluto.

Dengan Cikgu Jasmin tidak pulak mereka mencari masalah. Tetapi dengan aku? Boleh dihitung dengan jari sahaja aku mengalami suasana PdPc yang tenang tanpa gangguan daripada pelajar Tingkatan Enam Pluto, panggilan umum bilik PKHEM dan perintah khas daripada balai polis. Itupun kalau pernah. Rasanya sangat dan amat jarang kot. kalaupun suasana aman dan damai itu terjadi disebabkan oleh Emir yang tidak hadir. Emir, ketua segala masalah dan kes di sekolah aku penyebab aku sentiasa stress setiap hari aka laki aku.

Siapa kata kerja guru senang? Senangnya bila kita hanya mengajar dan menemui murid-murid yang baik, tidak mendatangkan masalah serta mendengar arahan yang diberikan. Sejuk dan tenang cikgu nak mengajar. Nak turun mengajar hari Isnin pun bersemangat, the bright and shining Monday.

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now