11

18.9K 1.1K 25
                                    


Aku tergamam. Serentak 3 pasang mata berpaling ke arah bilik yang bernombor 201 itu.

Emir sedang ketap bibir menaham amarah. Matanya dengan cemerlang melemparkan jelingan maut mafia level 10 ke arah aku.

Erk!

Emir Hafiz, si mafia STKH memang marah tahap gaban dengan aku.
Boleh tak aku buat-buat pengsan sekarang?

Nice timing sungguh si Emir Hafiz ni muncul. Cheescake! Pavlova! Red Velvet sungguh. Kenapalah aku tak ingatkan nurse tadi suruh inject sekali ubat tidur kat Emir ni?

Baru nak korek cerita. Gagal! Punah harapanku.

"Kenapa sibuk sangat dalam urusan aku ni hah?!"

Aku diam.

"Kenapa biadap sangat ni Emir? She is your teacher!" Dr. Awal sudah berdiri sambil menggenggam tangannya. Padangannya diarahkan kepada anaknya.

Emir mendengus geram.

"Oh ye?" Suaranya sinis.

"Tapi sampai nak korek semua rahsia tu kenapa? Kemaruk sangat ke nak jadi guru mithali sampai semua nak ambil tahu? Dan abah pun, nak cerita semua kat dia? Macam tu?"

Berdesing ayat itu masuk ke telingaku. Menusuk sampai ke urat saraf terus. Aku ketap bibir.

Aku tarik nafas. Hembus nafas.

Tarik nafas. Hembus nafas.

Cool. Tenang. Walaupun kau rasa nak baling benda kat muka Emir sekarang ni, kau kena sabar. Ingat, sini dekat mana. Ibu bapa Emir ada kat sini. Guna cara diplomasi. Lembut. Aku tenangkan hati.

"Kalau awak rasa cikgu ni menyibuk hal awak, cikgu minta maaf. "

Emir masih lagi membatu tanpa memberikan apa apa reaksi di depan pintu. Mukanya beku namun bahang amarah masih lagi terasa.

"Emir Hafiz! Abah tak ajar Emir biadap macam tu tahu. Lagi lagi depan cikgu Emir. Minta maaf sekarang jugak! "

Melengking suara Dr. Awal di ruang ini. Aku pulak tertoleh-toleh kot ada mata yang memandang.

"Emir Hafiz!! Minta maaf sekarang jugak!"

Emir hempas pintu dengan kuat bersama dengusan tanpa mempedulikan Dr. Awal yang sudah merah padam. Ikutkan hati nak sahaja Emir aku jerit marah sambil bagi backhand, flying kick, namun ada batas yang perlu aku jaga. Ada nama yang perlu junjung. Ada kerjaya yang perlu aku hormati normanya. Telah aku basuh hati ini untuk kebal berhadapan dengan manusia bernama Emir Hafiz ini. Telah aku kentalkan iman, jiwa dan perasaan ketika berurusan dengan Emir Hafiz. Semuanya kerana dia adalah mafia STKH. Cuma bezanya dia tak bawa senapang, pistol, pedang tu aje.

Aku pandang wajah ayah dan ibu Emir. Serba salah. Aku senyum kambing. Ini baru aku berhadapan dengan Emir dalam tempoh tak lama. Bagaimana pulak dengan mak ayah Emir yang setiap hari berhadapan dengan perangai naga jantan Emir? Tak gila ke?

"Saya minta maaf bagi pihak Emir."

"Takpe puan. Saya faham. Tapi seperti yang saya cakap tadi, saya nak tahu apa sebenarnya masalah Emir ni. Nanti, saya boleh refer dekat Unit Kaunseling untuk kes Emir. "

Aku kena selesaikan kes Emir ni. Kalau dibiarkan lama-lama sampai ke datuk lah Emir ni melekat gam gajah kat Form 6 ni. Memang terus jadi senior citizen batu.

Aku sebenarnya taknak menghadap Emir lagi untuk tahun hadapan. Cukuplah untuk setahun ini. Bertambah lagi tahun depan, nescaya perkara pertama aku buat adalah buat permohonan pertukaran petempatan. Posting dekat pedalaman pulak. Tak serabut menghadap Emir.

"Sebenarnya, bukan kami...

"Tak reti nak balik ke cikgu? Baliklah! Tak habis lagi ke korek cerita aku? Nak bagi simpati cikgu kat aku ke?"

Tak sempat Puan Mawardah menghabiskan ayat, suara Emir sudah melengking dari dalam bilik. Bahuku terhenjut sedikit akibat rasa terkejut.

Ceit.

Ingatkan naga jantan dah beradu nyenyak berlayar ke alam mimpi. Lepas ni, baik aku jumpa doktor, buat permohonan untuk bagi suntikan ubat tidur kat Emir. Biar tidur untuk selamanya daripada asyik menyakitkan hati sahaja. Telinga pun boleh pekak sebab Emir.

Dr. Awal yang mula melangkah ke arah bilik Emir, menghentikan langkahnya dengan tiba tiba apabila tangan Puan Mawardah menggenggam erat tangannya. Perlahan saja gelengan Puan Mawardah. Dr. Awal mengeluh sambil menarik nafas sedalam yang mungkin.

Aku diam sahaja memerhatikan pasangan suami isteri ini. Drama sebabak slot Akasia 6.50 TV3, dan tak sangkanya aku antara pelakon utama.

Jam di tangan aku kelih sekejap. Hampir menginjak ke waktu asar. Nasib baik aku bercuti. Selamat sikit daripada aku terkejar kejar mencari surau di hospital ini. Pandangan diarahhkan semula ke hadapan ibu bapa Emir. Ada baiknya aku tidak mula mengorek rahsia gelap Emir sekarang. Wait for the right time and place.

"Puan,Dr. Awal, saya balik dululah. Berkenaan hal Emir, ada baiknya kita bincang di lain hari. Emir pun tengah sakit. Saya tak nak kacau Emir buat masa sekarang."

Itulah yang terbaik.

"Cikgu, again, thank you and sorry atas perangai kurang ajar Emir tadi. Salah saya tak pandai mendidik anak."

Perlahan suara Puan Mawardah. Aku diam. Baiknya Puan Mawardah. Memahami dan tidak meletakkan asbab perangai bipolar naga jantan mafia Emir Hafiz ke atas pundakku ini. Walaupun hakikat sebenarnya sebenarnya aku kadang kala alpa mencari punca permasalahan Emir.

"Kita sama-sama cari jalan penyelesaian Puan. Kalau macam tu, saya balik dulu. Jam pun dah lewat ni."

"Kalau cikgu tak keberatan, boleh kita berjumpa lagi? Tentang Emir?"

Aku mengangguk. "Boleh. Nanti puan maklumkan kepada saya."

Aku pamitan meninggalkan ibu bapa Emir yang masih lagi duduk di tepi bilik Emir. Kesian juga aku melihat ibu bapa Emir ni, bagai mengalami penuaan 4 kali ganda disebabkan perangai mafia Emir.

Aku pun sama. Penuaan 10 kali ganda agaknya.

Sy sampai ke hosp. Awk kt mana?

Whatsapp Cikgu Ilham.

Otw ke parking. Kita balik ke sekolah, boleh tak?

Ada barang lagi tertinggal ke sekolah.

Blh aje.


................................................................................................................................................



Happyyyyy New Year guysss!!!!!!!
Azam tahun ni?
Nak hbskan kisah Emir.😆
Hahahahaaaaaa..
Azam baru korang pulak?
Sy doakan smg azam baru korang tercapai hendaknya dan doakan sy tabah untuk menyiapkan Emir ..😋😂😂😂😂😂😂

HUBBY = STUDENTWhere stories live. Discover now